2016
Keibubapaan Adalah Tanggungjawab Kudus
September 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2016

Keibubapaan Adalah Tanggungjawab Kudus

Kaji bahan pengajaran ini dengan doa dan carikan inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi. Bagaimana pemahaman “Suatu Perisytiharan kepada Dunia” boleh meningkatkan iman anda kepada Tuhan dan memberkati mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Meterai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Bapa Syurgawi kita menubuhkan keluarga untuk membantu kita mengajar prinsip-prinsip yang betul dalam suasana yang penuh kasih sayang. Presiden Thomas S. Monson berkata: “Berikan anak kamu satu pujian dan pelukan; dan berkata, ‘Saya sayang kamu’ lebih kerap; sentiasa tunjukkan kesyukuran kamu. Jangan membiarkan masalah yang perlu diatasi menjadi lebih penting daripada orang yang perlu dikasihi.”1

Susan W. Tanner, bekas presiden umum Remaja Puteri, mengajarkan: “Bapa di Syurga kita memberikan contoh corak yang kita harus ikuti. Dia mengasihi kita, mengajar kita, bersabar dengan kita, dan mengamanahkan kita dengan hak pilihan kita. … Kadang-kadang disiplin, yang bermaksud ‘untuk mengajar,’ dikelirukan dengan kritikan. Kanak-kanak—termasuklah juga orang ramai yang pelbagai umur—memperbaiki tingkah laku melalui kasih sayang dan galakan lebih daripada pengkritikkan.”2

“Jika kita dengan setia mengadakan doa keluarga, pembelajaran kitab suci, malam keluarga, berkat-berkat imamat, dan kepatuhan Hari Sabat,” kata Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul, “anak-anak kita akan … bersedia untuk rumah abadi di syurga, tidak kira apa yang terjadi kepada mereka di dunia yang susah”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

1 Nefi 8:37; 3 Nefi 22:13; Ajaran dan Perjanjian 93:40; 121:41

Kisah Benar

“Saya sedang membaca surat khabar apabila salah seorang cucu kecil saya merapati saya,” kata Elder Robert D. Hales dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Sambil saya sedang membaca, saya gembira untuk mendengar suara manis dia bercakap di latar belakang. Bayangkan terkejutnya saya apabila, beberapa ketika kemudian, dia menolak dirinya antara saya dan kertas. Mengambil muka saya dalam tangannya dan menekan hidungnya ke hidung saya, dia bertanya, ‘Atuk! Adakah kamu di sana?’

“… Berada di sana bermaksud memahami hati pemuda-pemudi kita dan berhubung dengan mereka. Dan berhubung dengan mereka bermaksud bukan hanya berbual-bual dengan mereka tetapi melakukan perkara dengan mereka juga. …

“Kita mesti merancang dan mengambil kesempatan daripada detik-detik mengajar. …

“… Semakin saya hidup, semakin saya menyedari bahawa detik-detik pengajaran di masa remaja, terutamanya yang disediakan oleh ibu bapa saya, telah membentuk hidup saya dan membuat saya menjadi saya.”4

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Love at Home—Counsel from Our Prophet,” Liahona, Ogos 2011, 4.

  2. Susan W. Tanner, “Did I Tell You … ?” Liahona, Mei 2003, 74.

  3. Quentin L. Cook, “Tuhan Ialah Cahayaku” Liahona, Mei 2015, 64.

  4. Robert D. Hales, “Our Duty to God: The Mission of Parents and Leaders to the Rising Generation,” Liahona, Mei 2010, 96, 95.

Pertimbangkan Ini

Mengapa Injil diajar lebih baik melalui bahasa dan contoh kasih sayang?