Remaja
Satu Seyuman Boleh Membuat Perbezaan
Presiden Uchtdorf mengenalpastikan dua matlamat yang harus kita miliki dalam kelakuan kita: kasihi Tuhan dan kasihi sesama diri. Tetapi ada masanya yang susah untuk mengasihi orang lain. Sepanjang hidup anda, akan ada masa apabila susah bagi anda untuk bergaul dengan orang lain—mungkin seorang yang pernah melukakan anda atau seorang yang susah berkomunikasi atau bercampur gaul. Pada masa ini, cuba untuk mengingatkan kasih sayang yang anda rasai dari rakan-rakan, keluarga, Bapa Syurgawi, dan Yesus Kristus. Ingatlah kebahagiaan yang anda rasa dalam situasi-situasi itu dan cuba untuk gambarkan jika setiap orang berpeluang untuk merasa kasih sayang yang sama. Ingatlah bahawa setiap orang ialah puteri atau putera Tuhan dan layak menerima kasih sayang-Nya dan kasih sayang anda.
Fikir tentang seseorang dalam hidup anda yang susah bagi anda untuk bercampur gaul. Memasukkan mereka dalam doa-doa anda dan memohon Bapa Syurgawi untuk membuka hati anda kepada mereka. Anda akan mula melihat mereka seperti bagaimana Dia melihat mereka: sebagai seorang anak-Nya yang layak menerima kasih sayang.
Selepas anda berdoa, lakukan sesuatu yang baik untuk mereka! Mungkin jemput mereka untuk menghadiri satu aktiviti Mutual atau berjalan-jalan bersama rakan-rakan. Memberi bantuan dengan kerja rumah. Mahupun hanya ucapkan “helo” dan berikan satu senyuman. Perkara-perkara yang kecil boleh membuat perbezaan … dalam hidup anda dan hidup orang itu!