2017
Tujuan Lembaga Pertolongan
Januari 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Januari 2017

Tujuan Lembaga Pertolongan

Kaji bahan pengajaran ini dengan berdoa dan carikan inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk “menyediakan para wanita untuk berkat kehidupan abadi,” kata Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan.1 Melalui iman, keluarga, dan pertolongan, kita melibatkan diri dalam “bahagian penting kerja ini.”2

Lembaga Pertolongan “ialah satu kerja jasmani dan kerja rohani,” kata Carole M. Stephens, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Lembaga Pertolongan. “Para wanita pada zaman Juruselamat buat demikian, dan kita hari ini harus terus buat demikian.”3

Semasa kita membaca tentang kisah wanita Samaria di perigi, yang meninggalkan buyung airnya dan lari untuk memberitahu orang lain bahawa Yesus ialah seorang nabi (lihat Yohanes 4:6-42), atau Febe, yang melayan orang lain sepanjang hidupnya dengan kegembiraan (lihat Roma 16:1-2), kita dapat melihat teladan wanita pada zaman Juruselamat yang mengambil bahagian untuk datang kepada Kristus. Dialah yang membuka jalan kita ke kehidupan abadi (lihat Yohanes 3:16).

Apabila kita memandang ke para saudari perintis kita di Nauvoo, Illinois, yang berhimpun di rumah Sarah Kimball pada tahun 1842 untuk menubuhkan organisasi mereka, kita lihat rancangan Tuhan untuk menubuhkan Lembaga Pertolongan selaras dengan imamat. Selepas Eliza R. Snow menuliskan satu perlembagaan, Nabi Joseph Smith kaji semula perlembagaan itu. Dia sedar bahawa Gereja tidak dapat ditubuhkan dengan sepenuhnya sehingga para wanita diorganisasikan. Dia kata bahawa Tuhan menerima rancangan mereka tetapi ada perkara yang lebih baik. “Saya akan mengorganisasikan para wanita di bawah imamat dan menurut pola imamat,” dia berkata.4

“Lembaga Pertolongan bukan hanya satu lagi persatuan wanita yang cuba untuk melakukan kebaikan dalam dunia ini. Ia berbeza. Ia adalah ‘lebih baik’ kerana ia ditubuhkan di bawah wewenang imamat. Penubuhannya ialah satu langkah penting dalam kerja Tuhan pada bumi.”5

Tulisan suci dan Maklumat Tambahan

Ajaran dan Perjanjian 25:2-3, 10; 88:73; reliefsociety.lds.org

Nota

  1. Linda K. Burton, dalam Sarah Jane Weaver, “Relief Society Celebrates Birthday and More March 17,” Church News, Mar. 13, 2015, news.lds.org.

  2. Linda K. Burton, dalam Weaver, “Relief Society Celebrates Birthday.”

  3. Carole M. Stephens, dalam Weaver, “Relief Society Celebrates Birthday.”

  4. Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 11–12.

  5. Daughters in My Kingdom, 16.

Pertimbangkan Ini

Bagaimanakah Lembaga Pertolongan menolong para wanita untuk melaksanakan peranan ilahi mereka yang diberikan oleh Bapa Syurgawi dan membimbing mereka ke kehidupan abadi?