Pesanan Presidensi Utama, Januari 2017
Memanah ke Pusat
Baru-baru ini, saya memerhati sekumpulan orang melatih sukan memanah. Semasa pemerhatian saya, saya mendapati bahawa jika anda hendak menjadi mahir dengan busur dan anak panah, ia memerlukan banyak masa dan latihan.
Anda tidak boleh memperolehi satu reputasi sebagai seorang pemanah yang handal dengan memanah pada satu dinding kosong dan kemudian lukiskan sasaran mengelilingi anak panah pada dinding itu. Anda mesti belajar untuk mencari sasaran dan mengenai pusat sasaran.
Lukiskan Sasaran
Memanah dahulu kemudian lukiskan sasaran mungkin nampaknya tidak masuk akal, tetapi kadangkala kita buat demikian dalam situasi kehidupan kita.
Kita ahli Gereja mempunyai kecenderungan untuk mengikatkan diri kepada program-program Injil, isu-isu, dan juga ajaran yang nampaknya menarik hati, yang penting, atau yang seronok. Kita tertarik untuk melukis sasaran mengelilingi perkara-perkara itu, dan percaya bahawa kita memanah ke pusat Injil.
Ini senang dilakukan.
Sepanjang sejarah kita sudah menerima nasihat dan ilham yang baik dari nabi-nabi Tuhan. Kita juga menerima arahan dan penjelasan dari pelbagai bahan penerbitan, buku panduan, dan manual-manual Gereja. Kita boleh dengan senangnya memilih topik Injil kegemaran kita, lukiskan pusat sasaran mengelilinginya, dan menganggap bahawa kita sudah mengenalpastikan pusat Injil.
Juruselamat Menjelaskan
Ini bukan masalah unik pada zaman kita. Pada zaman purba, para pemimpin agama menggunakan banyak masa untuk menyenarai, menyusun, dan membahas tentang perintah apakah yang paling penting.
Satu hari, satu kumpulan sarjana agama cuba melibatkan Juruselamat dalam kontroversi itu. Mereka menanya Dia untuk memberi pandangan bagi satu isu yang tidak banyak orang boleh setuju.
Mereka menanya-Nya, “Guru, perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?”
Kita tahu jawapan Jesus: “Kasihilah Tuhan, Rajamu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.
“Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!
“Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”
“Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”1
Sila beri perhatian kepada ayat terakhir: “Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”
Juruselamat tidak hanya menunjukkan sasaran itu kepada kita, tetapi Dia juga mengenalpastikan pusat sasaran.
Mengenai Sasaran
Sebagai ahli Gereja, kita berjanji untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus. Tersirat dalam perjanjian itu ialah pemahaman bahawa kita akan berusaha untuk belajar tentang Tuhan, menyayangi-Nya, meningkat iman kita kepada-Nya, berjalan seperti-Nya, dan berdiri dengan setia sebagai saksi tentang-Nya.
Lebih banyak kita belajar tentang Tuhan dan merasa kasih sayang-Nya bagi kita, lebih kita menyedari bahawa korban Yesus Kristus yang tak terbatas ialah satu kurnia Tuhan. Dan kasih sayang Tuhan mengilham kita untuk menggunakan jalan pertaubatan yang benar, yang akan menuju ke mukjizat pengampunan. Proses ini membolehkan kita untuk memperolehi kasih sayang dan belas kasihan yang lebih besar terhadap orang di sekeliling kita. Kita akan belajar untuk melihat di luar label. Kita akan menahan godaan untuk menuduh dan menghakimi orang lain berdasarkan dosa, kelemahan, kecacatan, pandangan politik, kepercayaan agama, kerakyatan, atau warna kulit mereka.
Kita akan memandang setiap orang yang kita temui sebagai seorang anak Bapa Syurgawi kita—saudara atau saudari kita.
Kita akan membantu mereka dengan pemahaman dan kasih sayang—mahupun orang yang tidak mudah disayangi. Kita akan berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.2
Dan kita akan sedar bahawa kita tidak perlu berasa terseksa tentang sasaran Injil yang betul.
Kedua-dua perintah utama dan terpenting ialah sasaran Injil. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.3 Apabila kita menerima perkara ini, semua perkara baik akan berlaku.
Jika fokus utama kita, fikiran kita, dan usaha kita berpusat pada peningkatan kasih sayang kita kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan menyayangi orang lain, kita boleh tahu bahawa kita sudah memperolehi sasaran yang betul dan memanah ke pusat sasaran—menjadi pengikut benar Yesus Kristus.
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reseved Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, January 2017. Malay. 97921 348