2017
Berdoa untuk Kedamaian
Februari 2017


Remaja

Berdoa untuk Kedamaian

Penulis ini tinggal di Arizona, AS.

Ibu bapa saya selalu ada pertemuan selepas gereja, dan saya akan menjaga ketiga adik lelaki saya dan bantu mereka menyediakan makan tengah hari—walaupun mereka sering cepat naik darah dan lapar. Biasanya jika mereka mula bergaduh, saya dapat menyelesaikan masalahnya yang kecil dengan cepat. Tetapi kadang-kadang susah untuk mendamaikan mereka kalau pergaduhan sudah bermula kerana saya menjadi panas hati.

Pada satu petang, adik-adik lelaki saya sangat susah untuk bermesra. Saya mendapati bahawa usaha saya mendamaikan mereka hanya membuat perkara menjadi lebih teruk saya pun panas hati. Jadi saya menyediakan makan tengah hari saya dan berhenti bercakap. Akhirnya saya mengumumkan, “Saya akan berdoa.” Bolehkah kita berdiam untuk seminit?” Apabila mereka berdiam, saya memohon berkat atas makanan. Dan sebelum saya tutup doa, saya menambah, “Dan tolonglah kami menjadi pendamai.”

Pada awalnya, mereka seperti tidak mendengar dan mula bergaduh lagi. Saya berasa jengkel tetapi saya tahu saya perlu menjadi penyayang dan bertenang sebanyak mungkin kerana saya baru saja berdoa untuk kedamaian. Selepas seminit, saya rasa sangat tenang. Saya makan tanpa sebut apa-apa, dan lama-kelamaan adik-adik lelaki saya berhenti bergaduh. Saya menyedari bahawa damai yang dirasai saya ialah jawapan doa saya yang tidak rumit. Saya telah berdoa untuk menjadi pendamai, dan Bapa Syurgawi saya telah membantu saya terus bertenang apabila tergoda untuk menjerit. Saya tahu Dia benar-benar boleh memberi kita kedamaian.

Cetak