2017
Sebagaimana Aku sudah mengasihi Kamu
Februari 2017


Pesanan Presidensi Utama, Februari 2017

“Sebagaimana Aku sudah mengasihi Kamu”

Beberapa tahun lalu, seorang kawan yang bernama Louis mengisahkan cerita manis tentang ibunya yang lemah lembut yang suaranya pun lemah lembut. Apabila dia meninggal dunia, dia tidak meninggalkan anak-anak lelaki dan perempuannya harta kekayaan tetapi warisan kaya dalam teladan, pengorbanan dan ketaatan.

Setelah madah di upacara pengebumiannya telah diucapkan dan perjalanan sedih ke tanah pengebumian telah dijalankan, keluarga yang sudah dibesarkan itu mengasingkan kepunyaannya yang tidak seberapa banyak yang telah ditinggalkannya. Antaranya, Louis menjumpai nota dan anak kunci. Notanya mengarahkan: Di penjuru bilik tidur, dalam laci terbawah ada kotak kecil. Ia mengandungi harta hati saya. Kunci ini akan membuka kotak itu.”

Mereka semua bertanya-tanya apa kepunyaan ibu mereka yang cukup bernilai untuk disimpan dengan kunci dan anak kunci.

Kotak dikeluarkan dari tempat tinggalnya dan dibuka dengan teliti dengan bantuan anak kunci. Ketika Louis dan yang lain memeriksa kandungan kota, mereka menjumpai gambar masing-masing setiap anak, dengan nama anak dan hari lahirnya. Louis lalu menarik keluar sehelai kad hari Valentine buatan sendiri. Dalam tulisan seperti kanak-kanak, yang dia kenali sebagai tulisan dia sendiri, dia membaca kata-kata yang ditulisnya 60 tahun yang lalu: “Ibu, saya mengasihi kamu.”

Hati lembut, suara lemah lembut dan matanya berair mata. Harta ibu merupakan keluarganya yang abadi. Kekuatannya terletak atas landasan “Saya mengasihi kamu.”

Dalam dunia zaman kini, tidak ada tempat di mana landasan kasih itu diperlukan lebih daripada rumah. Dan tidak patut dunia cari teladan lebih baik landasan itu dari rumah Orang Suci Zaman Akhir yang telah menjadikan kasih pusat hidup keluarga mereka.

Untuk kita yang menganggap diri sebagai pengikut Juruselamat Yesus Kristus, Dia memberi arahan meluas ini:

“Sekarang Aku memberikan perintah baru kepadamu: Hendaklah kamu saling mengasihi; sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi.

“Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”1

Kalau kita mahu mematuhi perintah untuk saling mengasihi, kita mesti memperlakukan satu sama lain dengan rasa kasihan dan hormat, menunjukkan kasih kita dalam interaksi seharian. Kasih mempersembahkan kata baik, balasan sabar, tindakan tidak mementingkan diri, telinga yang fahami, hati yang mengampuni. Dalam semua perhubungan kita, tindakan ini dan tindakan begini akan menyatakan bukti kasih yang ada dalam hati kita.

Presiden Gordon B.Hinckley (1910–2008) memerhatikan: “Kasih … merupakan emas di hujung pelangi. Akan tetapi ia lebih dari hujung pelangi. Kasih juga berada pada permulaan juga, dan darinya lompat keindahan yang melengkung ke seberang langit pada hari-hari yang beribut. Kasih merupakan perlindungan untuk mana anak-anak yang menangis, kemahuan muda, pelekat yang mengikat perkahwinan, dan pelincir yang menghalangi geseran yang dapat binasakan rumah tangga; ia adalah cahaya matahari yang bersinar menusuk kematian. Betapa kaya mereka yang menikmatinya dalam perhubungan dengan keluarga, sahabat, gereja, dan jiran.”2

Kasih adalah intipati Injil, sifat jiwa manusia yang paling mulia. Kasih adalah ubat untuk keluarga yang kurang kuat, masyarakat tidak sihat dan negara sakit. Kasih adalah senyuman, salaman, ulasan baik hati, dan pujian. Kasih adalah pengorbanan, pelayanan, dan tidak mementingkan diri.

Para suami, kasihlah isteri anda. Memperlakukan mereka dengan maruah dan penghargaan Para saudari, kasihlah suami anda. Memperlakukan mereka dengan hormat dan galakan.

Ibu bapa, kasihlah anak-anak anda. Doakan untuk mereka, mengajarkan mereka, dan bersaksi kepada mereka. Kanak-kanak, kasihlah ibu bapa anda. Tunjukkan mereka kehormatan, kesyukuran dan ketaatan.

Tanpa kasih yang murni Kristus, Mormon menasihati, “[kita] tidak bermakna langsung.”3 Doa saya adalah supaya kita dapat mengikuti nasihat Mormon untuk “berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar [kita] boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus; agar [kita] boleh menjadi putera-putera Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia.”4

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Monson mengajar kita kepentingan menunjukkan kasih murni seperti Kristus, khususnya dalam rumah. Pertimbangkan menanyakan mereka yang anda kunjungi berkumpul sebagai keluarga dan berbincang mengenai cara mereka dapat menunjukkan lebih kasih kepada satu sama lain. Anda boleh menggalakkan mereka untuk memilih salah satu dari idea-idea tersebut dan membuat matlamat untuk mencapainya sebagai keluarga. Misalnya, ahli keluarga mungkin cuba melakukan tindakan pelayanan secara rahsia untuk seorang ahli keluarga yang lain setiap minggu. Anda boleh meminta mereka untuk memikirkan nanti bagaimana cuba mencapai matlamat mereka meningkatkan kasih dalam rumah.