Pesanan Presidensi Utama, April 2017
Orang Benar akan Hidup Oleh Iman
Rabai dan Pembuat Sabun
Terdapat suatu kisah Yahudi tentang seorang pembuat sabun yang tidak percaya kepada Tuhan. Satu hari semasa dia berjalan kaki bersama seorang rabai, dia berkata, “Ada sesuatu yang saya tidak dapat faham. Kita ada agama untuk beribu-ribu tahun. Tetapi di mana-mana kamu melihat ada kejahatan, kebinasaan, ketidakjujuran, ketidakadilan, kesakitan, kelaparan, dan keganasan. Kelihatannya agama tidak memperbaiki dunia sama sekali. Jadi saya menanya kamu, apa gunanya?”
Rabai tidak menjawab untuk satu masa tetapi terus berjalan kaki dengan pembuat sabun. Akhirnya mereka menghampiri taman permainan di mana kanak-kanak, diliputi dengan debu, tengah bermain di dalam tanah.
“Ada sesuatu yang saya tidak faham,” rabai berkata. “Pandanglah kanak-kanak itu. Kita ada sabun untuk beribu-ribu tahun, tetapi kanak-kanak itu masih kotor. Apa guna sabun?”
Pembuat sabun menjawab, “Tetapi rabai, tidak adilnya untuk menyalahkan sabun disebabkan kanak-kanak kotor ini. Sabun perlu digunakan sebelum ia boleh mencapai tujuannya.”
Rabai senyum dan berkata, “Tentulah.”
Bagaimana Kita Akan Hidup?
Rasul Paulus, memetik seorang nabi daripada Perjanjian Lama, meringkaskan apa maksudnya untuk menjadi orang percaya apabila dia menulis, “Orang benar akan hidup oleh iman” (Roma 1:17)
Mungkin dalam ayat mudah ini kita memahami perbezaan di antara satu agama yang lemah dan tidak berkesan dengan agama yang berkuasa untuk mengubahkan kehidupan.
Tetapi untuk memahami apa maksudnya untuk hidup oleh iman, kita harus memahami apakah iman.
Iman adalah lebih banyak daripada kepercayaan. Ia adalah kepercayaan penuh kepada Tuhan disertakan dengan tindakan.
Ia adalah lebih banyak daripada keinginan.
Ia adalah lebih banyak daripada hanya berehat-rehat, mengangguk kepala kita, dan berkata kita bersetuju. Apabila kami bercakap “orang benar akan hidup oleh iman,” kami maksud kita dibimbing dan diarahkan oleh iman kita. Kita bertindak dengan cara yang konsisten menurut iman kita—bukan daripada perasaan kepatuhan yang tidak berfikir dahulu tetapi daripada kasih sayang yang yakin dan ikhlas bagi Tuhan kita dan bagi kebijaksanaan tidak ternilai yang Dia telah mengungkapkan kepada anak-anak-Nya.
Iman harus disertakan dengan tindakan; jika tidak ia tidak bermakna (lihat Yakobus 2:17). Ia bukan iman langsung. Ia tidak berkuasa untuk mengubahkan seorang individu, apa lagi dunia ini.
Lelaki dan perempuan beriman mempercayai kepada Bapa Syurgawi berbelas kasihan mereka—walaupun semasa keadaan tidak menentu, walaupun semasa keadaan keraguan dan kesusahan apabila mereka mungkin tidak melihat dengan sempurna atau memahami dengan jelas.
Lelaki dan wanita yang beriman bersungguh-sungguh berjalan di jalan penganutan dan berusaha untuk mengikuti teladan Juruselamat kesayangan mereka, Yesus Kristus. Iman mendorong dan, sememangnya, memberi inspirasi kepada kami untuk mencondongkan hati kita ke syurga dan secara aktif untuk menghulurkan, mengangkat, dan memberkati sesama kita.
Agama tanpa tindakan bagaikan sabun yang tertinggal di dalam kotaknya. Ia mungkin mempunyai potensi mengagumkan, tetapi sebenarnya ia mempunyai sedikit kuasa untuk membuat perbezaan sehingga ia mencapai tujuan kegunaannya. Injil yang dipulihkan Yesus Kristus ialah Injil tindakan. Gereja Yesus Kristus mengajar agama benar sebagai pesanan harapan, iman, dan kasih ihsan, termasuk menolong orang lain dengan cara rohani dan duniawi.
Beberapa bulan yang lalu, isteri saya, Harriet, dan saya dalam perjalanan keluarga bersama beberapa daripada anak-anak kami di kawasan Mediterranean. Kami mengunjung beberapa khemah-khemah orang pelarian dan melawat keluarga-keluarga dari negara-negara yang dilanda perang. Orang ini tidak menyembah menurut iman kita, tetapi mereka saudara dan saudari kita dan mereka segera memerlukan bantuan. Hati kami sangat tersentuh apabila kami mengalami secara langsung bagaimana iman aktif daripada ahli-ahli Gereja kita membawa bantuan, kelegaan, dan harapan kepada sesama kita yang diperlukan, tanpa mengira agama, kewarganegaraan, atau pendidikan mereka.
Iman penuh dengan tindakan yang konsisten akan mengisi hati dengan kebaikan, minda dengan kebijaksanaan dan pengertian, dan jiwa dengan kedamaian dan kasih sayang.
Iman kita boleh memberkati dan mempengaruhi dengan soleh kedua-dua orang di sekeliling kita dan kita sendiri.
Iman kita boleh mengisi dunia dengan kebaikan dan kedamaian.
Iman kita boleh mengubahkan kebencian menjadi kasih sayang dan musuh menjadi kawan.
Orang benar, kemudian, hidup dengan bertindak oleh iman; mereka hidup dengan mempercayai kepada Tuhan dan berjalan ke dalam jalan-Nya.
Dan ia jenis iman yang dapat mengubahkan individu, keluarga, negara, dan dunia ini.
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, April 2017. Malay. 97924 348