Pesanan Pengajaran Berkunjung, April 2017
Sumpah dan Perjanjian Imamat
Kaji bahan pengajaran ini dengan berdoa dan cari inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi. Bagaimana dengan memahami tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan anak perempuan Tuhan untuk berkat kehidupan abadi?
Semakin kita sebagai para saudari memahami bahawa sumpah dan perjanjian imamat berkaitan dengan kita secara peribadi, semakin kita akan menghayati berkat dan perjanjian imamat.
Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata, “Semua yang membuat perjanjian kudus bersama Tuhan dan menghormati perjanjian itu menjadi layak untuk menerima wahyu peribadi, untuk diberkati oleh pelayanan para malaikat, untuk bercakap dengan Tuhan, menerima Injil yang dipulihkan, dan akhirnya, untuk menjadi pewaris bersama Yesus Kristus bagi semua yang Bapa memiliki.”1
Berkat-berkat dan perjanjian-perjanjian daripada sumpah dan perjanjian imamat berkaitan dengan kedua-dua lelaki dan perempuan. Sister Sheri L. Dew, bekas penasihat dalam Presidensi Umum Lembaga Pertolongan, berkata, “Kegenapan imamat yang dikandung dalam tatacara-tatacara tertinggi dalam rumah Tuhan hanya dapat diterima oleh lelaki dan wanita bersama-sama.”2
Sister Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, telah mengeluarkan panggilan ini, “Saya menjemput anda untuk menghafal sumpah dan perjanjian imamat, yang dapat ditemukan dalam Ajaran dan Perjanjian 84:33–44. Dengan melakukan demikian, saya berjanji kepada anda bahawa Roh Kudus akan meluaskan pengertian anda tentang imamat dan memberi inspirasi dan meningkatkan anda dalam cara menakjubkan.”3
Arahan Joseph Smith kepada Lembaga Pertolongan bertujuan untuk menyediakan wanita untuk “datang ke dalam kepunyaan hak keistimewaan & berkat-berkat & kurnia daripada imamat.” Ini akan dicapai melalui tatacara-tatacara bait suci.
“Tatacara bait suci [ialah] tatacara imamat, tetapi mereka [tidak] melimpahkan jawatan Pengkhutbah pada lelaki atau wanita. [Tatacara-tatacara ini menyempurnakan] perjanjian Tuhan kepada umat-Nya—wanita dan lelaki—akan ‘dianugerahi dengan kuasa dari tempat yang tinggi’ [A&P 38:32].”4
Tulisan suci dan Maklumat Tambahan
Ajaran dan Perjanjian 84:19-40, 10; 121:45; reliefsociety.lds.org
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan Visiting Teaching Message, April 2017. Malay. 97924 348