2017
Apabila Kawan Saya Meninggal
July 2017


Remaja

Apabila Kawan Saya Meninggal

Pengarang ini tinggal di Utah, Amerika Syarikat.

Ketika di sekolah menengah, kawan saya mengalami aneurisme di dalam otak dan meninggal dunia keesokan harinya. Walaupun saya seorang ahli Gereja, saya masih bergelut. Sepanjang kehidupan saya telah diajar bahawa saya boleh bergantung kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat untuk apa jua, tetapi saya tidak pernah melalui sesuatu sebegini sebelumnya.

Saya menangis berjam-jam, cuba mencari sesuatu—apa jua—untuk memberi saya ketenangan. Malam selepas peninggalannya, saya melihat dalam buku nyanyian rohani. Sambil saya menyelak-nyelak muka surat buku itu, saya tiba pada “Ya, Tinggallah Besertaku,” (Nyanyian Rohani, no. 68). Rangkap ketiga menonjol kepada saya.

Ya, tinggallah besertaku,

Sepilah malam ku

Jika Kau jauh,

Ataupun tiada cahaya Mu,

Ku takut gelap dunia,

Tetap besertaku

Ya, Yesus tinggal sertaku;

S’panjang malam ini.

Rangkap ini memberi saya kedamaian yang banyak. Di saat itu saya tahu bahawa Juruselamat bukan hanya dapat berserta saya malam itu tetapi juga Dia ketahui dengan tepat perasaan saya. Saya tahu bahawa kasih yang dirasai melalui nyanyian rohani bukan sahaja membantu saya malam itu tetapi juga percubaan-percubaan lain yang saya telah tahani.