Pesanan Presidensi Utama, Julai 2017
Ganjaran Bertahan dengan Baik
Semasa saya seorang lelaki muda, saya melayan dalam Gereja sebagai penasihat kepada seorang presiden daerah yang bijak. Dia sentiasa cuba mengajar saya. Saya ingat lagi nasihat yang dia pernah beri: “Apabila kamu bertemu dengan seseorang, layanlah mereka seperti mereka menghadapi masalah yang serius, dan lebih daripada separuh masa itu kamu akan tepat.” Ketika itu saya fikirkan bahawa dia seorang yang pesimis. Kini, lebih daripada 50 tahun kemudian, saya dapat lihat betapa baiknya dia memahami dunia dan kehidupan.
Kita semua mempunyai percubaan-percubaan yang perlu dihadapi—ada masanya, percubaan-percubaan yang sangat sukar. Kita tahu bahawa Tuhan membenarkan kita melalui percubaan supaya kita digilap dan disempurnakan agar kita dapat bersama Dia buat selamanya.
Tuhan telah mengajar Nabi Joseph Smith di Penjara Liberty bahawa ganjaran untuk bertahan dalam percubaan-percubaannya akan melayakkan dia kehidupan abadi:
“Putera-Ku, kedamaian bagi jiwamu; kemalanganmu dan kesengsaraanmu akan terjadi hanya sesaat;
“Dan kemudian, jika engkau bertahan dengan baik, Tuhan akan memuliakan engkau di tempat yang tinggi; engkau akan menang atas semua seterumu.” (A&P 121:7–8).
Banyak perkara menimpa kita sepanjang hayat maka ia mungkin susah untuk bertahan dengan baik. Ia boleh kelihatan begitu bagi sebuah keluarga yang bergantung kepada hasil tanaman apabila tiadanya hujan. Mereka mungkin tertanya, “Berapa lama lagi kita boleh bertahan?” Ia boleh kelihatan begitu bagi seorang remaja yang menghadapi kekotoran dan godaan yang meningkat. Ia boleh kelihatan begitu bagi seorang lelaki muda yang sedang berjuang untuk memperoleh pendidikan atau latihan yang diperlukan untuk pekerjaan bagi menyokong seorang isteri dan keluarga. Ia mungkin kelihatan begitu bagi seseorang yang tidak dapat mencari pekerjaan atau yang telah kehilangan pekerjaan demi pekerjaan apabila perniagaan-perniagaan tutup. Ia mungkin kelihatan begitu bagi mereka yang berhadapan dengan pengurangan kesihatan dan kekuatan fizikal, yang mungkin datang awal atau lewat dalam kehidupan mereka atau kepada mereka yang dikasihi.
Tetapi Tuhan yang mengasih tidak memberi ujian-ujian tersebut kepada kita hanya untuk melihat jika kita dapat menahani kesusahan tetapi untuk melihat jika kita dapat bertahan dengan baik dan menjadi gilap.
Presidensi Utama telah mengajar Elder Parley P. Pratt (1807–57) ketika dia baru dipanggil ke dalam Kuorum Dua Belas Rasul: “Kamu telah didaftarkan dalam sesuatu yang memerlukan perhatian penuh kamu; … untuk menjadi tangkai yang gilap. … Kamu harus menahani kerja yang keras, berat, dan banyak penderitaan untuk menjadi gilap sempurna. … Bapa Syurgawi mu memerlukannya; ladang ini kepunyaan-Nya; kerja ini kepunyaan-Nya; dan Dia akan … menghibur kamu … dan mengangkat kamu.”1
Dalam kitab Ibrani, Paulus menyatakan hasil daripada bertahan dengan baik: “Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Tuhan dan mengalami kesejahteraan.” (Ibrani 12:11).
Percubaan dan kesusahan memberi kita peluang untuk belajar dan berkembang, dan mungkin menukarkan alamiah kita. Jika kita dapat berpaling kepada Juruselamat ketika dalam kesusahan teruk, jiwa kita akan digilap apabila kita bertahan.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu diingati adalah untuk berdoa sentiasa (lihat A&P 10:5; Alma 34:19–29
Perkara kedua ialah sentiasa berusaha mentaati perintah-perintah—tanpa mengira pertentangan, godaan, atau huru-hara yang terdapat di sekitar kita (lihat Mosia 4:30)
Perkara ketiga yang amat penting ialah melayan Tuhan (lihat A&P 4:2; 20:31).
Dengan melayan Tuan kita, kita akan mengenali dan mengasihi-Nya. Kita akan, jika kita tabah hati dalam doa dan layanan yang beriman, mula mengenali bantuan Juruselamat dan dorongan Roh Kudus dalam kehidupan kita. Ramai di antara kita pada satu ketika telah diberi layanan tersebut dan merasai persahabatan itu. Jika anda mengingati masa itu, anda akan ingat bahawa terdapatnya perubahan dalam diri anda. Godaan untuk membuat perkara jahat berkurangan. Keinginan untuk berlaku baik meningkat. Mereka yang paling mengenali dan mengasihi anda mungkin telah berkata: “Kamu telah menjadi lebih baik hati dan penyabar. “Kamu bagaikan orang yang berbeza.”
Anda bukanlah orang yang sama. Anda telah diubah melalui Korban Tebusan Yesus Kristus kerana anda bergantung kepada-Nya ketika dalam percubaan anda.
Saya berjanji kepada anda bahawa Tuhan akan datang membantu anda pada ketika anda susah jika anda mencari dan melayan-Nya dan roh anda akan digilap dalam proses tersebut. Saya mencabar anda untuk meletakkan kepercayaan anda kepada-Nya dalam apa jua kesengsaraan.
Saya tahu bahawa Tuhan Bapa hidup dan Dia mendengar dan menjawab setiap doa kita. Saya tahu bahawa Putera-Nya, Yesus Kristus, telah membayar dosa-dosa kita dan bahawa dia ingin kita datang kepada-Nya. Saya tahu bahawa Bapa dan Putera memerhati kita dan telah menyediakan satu cara untuk kita bertahan dengan baik dan untuk kembali sekali lagi.
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, July 2017. Malay. 97927 348