2017
Satu Hati
September 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, September 2017

Satu Hati

Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan cari ilham untuk ketahui apa untuk dikongsi. Bagaimanakah pemahaman tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat kehidupan abadi?

Mohor Lembaga Pertolongan

Iman Keluarga Pertolongan

“Maka Tuhan menyebut umat-Nya Sion, sebab mereka sehati dan sefikiran, dan hidup dalam kesolehan; dan tidak ada yang miskin di antara mereka” (Musa 7:18). Bagaimanakah kita dapat menjadi satu?

Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Di pusat perkataan Inggeris korban tebusan ialah perkataan satu. Jika semua manusia memahami ini, tidak akan pernah terdapat orang yang kita tidak pedulikan, tidak kira umur, bangsa, jantina, agama, atau posisi sosial atau ekonomi. Kita akan berusaha untuk mengikuti Juruselamat dan tidak akan pernah bersikap kejam, acuh tak acuh, tidak hormat, atau tidak sensitif kepada orang lain.”1

Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama, mengajar: “Di mana orang mempunyai Roh bersama mereka, [mereka] dapat menjangka harmoni. … Roh Tuhan tidak pernah membuat pertikaian (lihat 3 Nefi 11:29). …Ia membimbing kepada kedamaian peribadi dan perasaan perpaduan dengan orang lain.”2

Berbicara tentang cabaran-cabaran keluarga, Carole M. Stephens, yang telah melayani sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Lembaga Pertolongan, berkata: “Saya tidak pernah mengalami penceraian, ketakyakinan dari peninggalan, atau tanggungjawab sebagai seorang ibu tanpa suami. Saya tidak pernah mengalami kematian anak, kemandulan, atau tarikan sesama jantina. Saya tidak pernah mengalami penganiayaan, kesakitan kronik atau ketagihan. Semua tersebut bukan cubaan saya.

“… Tetapi melalui cubaan dan cabaran saya … saya sangat mengenali Dia yang faham. … Dan tambahan lagi, saya sudah mengalami semua cubaan yang saya sebut sebagai seorang anak, ibu, nenek, saudari, mak cik, dan rakan.

“Peluang kita sebagai anak perempuan perjanjian Tuhan bukan hanya untuk belajar dari cubaan diri sendiri, tetapi juga untuk bersatu dalam empati dan belas kasihan semasa kita menyokong ahli keluarga Tuhan lain dalam perjuangan mereka, seperti yang sudah janji.”3

Tulisan Suci dan Maklumat Tambahan

Yohanes 17:20–23; Efesus 4:15; Mosia 18:21–22; 4 Nefi 1:15;

reliefsociety.lds.org

Nota

  1. M. Russell Ballard, “The Atonement and the Value of One Soul,” Liahona, Mei 2004, 86.

  2. Henry B. Eyring, “That We May Be One,” Ensign, Mei 1998, 67.

  3. Carole M. Stephens, “Keluarga Ditetapkan Tuhan,” Liahona, Mei 2015, 11–12.