Pesanan Presidensi Utama, Disember 2017
Mencari Kristus pada Musim Krismas
Kepada semua yang ingin memahami siapakah kami sebagai ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, saya ingin mencadangkan punca permulaan yang dihuraikan dengan tiga perkataan ini: Kami mencari Kristus.
Kami berusaha untuk belajar tentang Dia. Untuk mengikuti Dia. Untuk menjadi lebih seperti Dia.
Sepanjang tahun, kita mencari-Nya setiap hari. Tetapi pada masa tahun ini—Musim Krismas terutamanya, apabila kita merayakan kelahiran Juruselamat yang terkasih—hati kita semakin dekat kepada-Nya.
Sebagai sebahagian persediaan untuk merayakan musim Krismas, marilah kita mempertimbangkan bagaimana mereka yang hidup dua abad lalu bersedia untuk menyambut ketibaan Juruselamat.
Para Gembala
Kita tidak tahu banyak tentang para gembala, hanya bahawa mereka “menjaga domba di padang pada malam.”1 Para gembala lebih berkemungkinan orang yang agak biasa, seperti ramai orang patut dipuji yang hidup dari sehari ke sehari mendapatkan rezeki.
Mereka boleh mewakili orang yang, pada suatu masa, mungkin tidak mencari Kristus secara aktif, tetapi hati mereka berubah apabila syurga terbuka dan Kristus diisytiharkan kepada mereka.
Orang ini ialah mereka yang, selepas mendengar suara utusan-utusan syurgawi, pergi ke Betlehem serta-merta dengan keinginan untuk nampak.2
Ahli-Ahli Kaji Bintang
Ahli-Ahli Kaji Bintang ialah orang akademik yang telah mengkaji ketibaan Mesias, Putera Tuhan. Melalui pelajaran, mereka mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan kepada kelahiran-Nya. Ketika mereka mengenal pasti tanda-tanda tersebut, mereka meninggalkan rumah dan berjalan ke Yerusalem, bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi?”3
Pengetahuan mereka tentang Kristus bukan hanya akademik sahaja. Apabila mereka melihat tanda-tanda kelahiran-Nya, mereka bertindak. Mereka memulakan perjalanan untuk mencari Kristus.
Ahli-Ahli Kaji Bintang boleh mewakili mereka yang mencari Kristus melalui pembelajaran dan pengkajian akademik. Kebaktian mereka kepada kebenaran akhirnya memimpin mereka untuk mencari Kristus dan menyembahkan Dia sebagai Raja yang Terutama, Juruselamat manusia.4
Simeon dan Hana
Simeon dan Hana boleh mewakili mereka yang mencari Kristus melalui Roh. Jiwa-jiwa ini yang menakjubkan sangat beriman dan, melalui puasa dan doa dan menjalankan hidup kebaktian dan kepatuhan, menunggu dengan semangat untuk melihat hari kedatangan Putera Tuhan.
Melalui kesetiaan, kerendahan hati, dan iman, mereka menunggu dengan sabar kedatangan Juruselamat.
Akhirnya, kesetiaan mereka diganjar semasa Maria dan Yusuf membawa kepada mereka bayi yang akan suatu hari nanti mengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa manusia.5
Orang Yang Percaya di antara Bangsa Nefi dan Bangsa Laman
Cerita yang mengharukan tentang bagaimana orang yang percaya dalam Dunia Baru mencari tanda-tanda kelahiran Juruselamat terdapatlah dalam Kitab Mormon.
Anda mengingati bahawa mereka yang beriman kepada Kristus diejek dan dianiaya. Orang yang canggih dari masa itu menuduh bahawa orang yang percaya masih berpegang kepada kepercayaan karut yang bodoh. Sebenarnya, orang yang tidak percaya sangat lantang bersuara dalam cemuhan mereka hingga membuat “suatu kekecohan yang besar” di seluruh negeri itu (3 Nefi 1:7). Mereka mencemuhi mereka yang percaya Juruselamat akan dilahirkan.
Kemarahan mereka berkembang begitu besar sehingga mereka mempunyai obsesi dengan mendiamkan mereka yang percaya kepada Juruselamat. Kitab Mormon mencatatkan kesimpulan yang dramatik.6
Orang percaya yang hidup pada masa ini boleh mewakili mereka yang mencari Kritstus walaupun orang lain ketawa, mengejek, dan mencemuh. Mereka mencari Kristus walaupun orang lain cuba memberi gambaran yang salah tentang mereka sebagai orang tidak berbudi halus, tidak canggih, atau mudah ditipu.
Tetapi kebencian orang lain tidak menmenghalang orang percaya yang sejati daripada mencari Kristus.
Kita Mencari Kristus
Sepanjang tahun, dan mungkin terutamanya pada musim Krismas ini, kita akan mendapatkan manfaat jika menanya soalan ini sekali lagi “Bagaimana saya mencari Kristus?”
Sewaktu tempoh masa kehidupan dia yang susah, Raja Daud yang agung menulis, “Ya Tuhan, Engkaulah Tuhanku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.”7
Mungkin sikap ini untuk mencari Tuhan ialah satu-satunya sebab Daud digambarkan sebagai seorang lelaki yang menyenangkan hati Tuhan.8
Semasa musim Krismas dan sepanjang tahun ini, marilah kita dengan hati dan jiwa mencari Juruselamat kita yang terkasih, Putera Kedamaian, Yang Kudus dari Israel. Untuk keinginan ini, kebanyakannya, mentakrifkan bukan siapa kita sebagai ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sahaja tetapi lebih banyak tentang siapa kita sebagai pengikut Kristus juga.
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/17. Kelulusan penterjemahan: 6/17. Penterjemahan First Presidency Message, December 2017. Malay. 97932 348