2017
Sanggup Menanggung Beban Satu Sama Lain
December 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2017

Sanggup Menanggung Beban Satu Sama Lain

Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan cari ilham untuk ketahui apa untuk dikongsi. Bagaimanakah pemahaman tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat-berkat kehidupan abadi?

Iman Keluarga Pertolongan

“Kita dikelilingi oleh mereka yang memerlukan perhatian kita, galakan kita, sokongan kita, ketenangan kita, kebaikan kita,” kata Presiden Thomas S. Monson. “Kita ialah tangan Tuhan di bumi, yang ditugaskan untuk melayan dan untuk mengangkat anak-anak-Nya. Dia bergantung kepada kita.”1

Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama, berkata: “Sebuah perubahan besar bermula dalam hati anda apabila memasuki Gereja. Anda membuat perjanjian, dan anda menerima sebuah perjanjian yang mula mengubah sifat anda. …

“… Anda berjanji bahawa anda akan membantu Tuhan supaya beban [orang lain] menjadi ringan dan supaya mereka boleh dihiburkan. Anda diberikan kuasa untuk tolong meringankan beban itu apabila menerima kurnia Roh Kudus.”2

“Kita mahu menggunakan cahaya Injil untuk melihat orang lain seperti Juruselamat—dengan rasa kasihan, harapan, dan kasih ihsan,” kata Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan. “Hari akan datang apabila kita akan mempunyai pemahaman yang penuh mengenai hati orang lain dan akan bersyukur untuk belas kasihan yang dilanjutkan kepada kita—seperti kita melanjutkan fikiran dan kata-kata kasih ihsan kepada orang lain. …

“Tanggungjawab kita adalah untuk menyokong peningkatan dalam setiap orang apabila kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Juruselamat kita.”3

Semasa kita menanggung beban satu sama lain dan mentaati perjanjian-perjanjian kita, kita membuka jalan bagi Yesus Kristus untuk menyembuh orang lain. Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajar: “Dengan mempertimbangkan harga Penyaliban dan Korban Tebusan yang tidak dapat dibayangkan, saya berjanji kepada anda Dia tidak akan berpaling dari kita sekarang. Apabila Dia berkata kepada orang miskin dalam roh, ‘Datang kepada-Ku,’ Dia maksud Dia mengetahui jalan keluar dan Dia mengetahui jalan ke syurga. Dia mengetahui itu kerana Dia telah melaluinya. Dia tahu jalan kerana Dialah jalan.”4

Ayat-ayat Suci Tambahan

Matius 25:40; Galatia 6:2; Mosia 2:17; 18:8–9

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Melayan Tuhan Dengan Kasih Sayang,” Liahona, Feb. 2014, 4.

  2. Henry B. Eyring, “Sang Penghibur,” Liahona, Mei 2015, 18.

  3. Jean B. Bingham, “Saya Akan Membawa Cahaya Injil ke dalam Rumah Saya,” Liahona, Nov. 2016, 6, 8.

  4. Jeffrey R. Holland, “Broken Things to Mend,” Liahona, Mei 2006, 71.