2018
Kekalkan Hubungan Bersama Dia Bila-bila, Di Mana Sahaja, Apa Jua Cara
January 2018


Asas-asas Pengajaran Berkunjung, Januari 2018

Kekalkan Hubungan Bersama Dia Bila-bila, Di Mana Sahaja, Apa Jua Cara

Pengajaran Berkunjung adalah tentang pelayanan. Yesus melayani bila-bila dan di mana-mana saja. Kita boleh berlaku sedemikan juga.

“Melayan” bermaksud memberi layanan, menjaga, atau membantu untuk menyumbang kepada keselesaan atau kegembiraan orang lain. Pengajaran berkunjung adalah untuk menemui pelbagai cara untuk melayan mereka yang kita kunjungi. Yesus melayani semua—bila-bila dan di mana-mana saja. Dia memberi makan 5,000 orang, menenteramkan Maria dan Marta ketika kematian abang mereka, dan mengajar injil-Nya kepada wanita di perigi. Dia lakukannya kerana kasih-Nya yang ikhlas.

Dengan mengikut teladan-Nya , sebagai pengajar berkunjung, kita akan mengenali dan mengasihi setiap saudari yang kita kunjung, ingati bahawa kasih merupakan asas dalam segala yang kita lakukan. Apabila kita mendoakan ilham untuk mengetahui bagaimana kita melayaninya dan membantu memperkuatkan imannya, “malaikat-malaikat tidak dapat dihentikan daripada menjadi persekutuan [kita].”1

Dari pengorganisasian Lembaga Pertolongan pada tahun 1842 sehinggalah hari ini, layanan kaum wanita telah memberkati kehidupan ramai orang. Contohnya, Joan Johnson, seorang balu berumur 82 tahun, dan teman pengajar berkunjungnya mengunjung jiran mereka yang berumur 89 tahun dan diserang penyakit pneumonia. Mereka perhati bahawa jiran mereka memerlukan kunjungan lebih dari sekali sebulan sahaja, jadi mereka mula mengunjungi dia secara lawatan atau telefon setiap minggu.

Bagi pengajar berkunjung yang lain, satu hantaran SMS atau email yang penuh galakan mungkin cukup baik untuk saudari tersebut pada bulan itu. Membuat perhubungan peribadi dan mendengar dengan kasih merupakan asas pengajar berkunjung. Teknologi moden dan kunjungan bersama membantu kita melakukannya bila-bila masa, di mana sahaja, dan melalui pelbagai cara.2 Itulah merupakan layanan sebagaimana Yesus telah lakukan.

Nota

  1. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 454.

  2. Lihat Handbook 2: Administering the Church (2010), 9.5.1.