2018
Tiga Perkara untuk Diingati
February 2018


Remaja

Tiga Perkara untuk Diingati

Perkataan mengingati muncul banyak kali di dalam Kitab Mormon. Nefi menggalakkan abang-abangnya untuk mengingati bagaimana Tuhan telah menyelamatkan nenek moyang mereka. Raja Benyamin meminta rakyatnya untuk mengingati kebesaran Tuhan. Dan Moroni mengarahkan pembacanya untuk mengingati betapa Tuhan berbelas kasihan.

Mengingati Juruselamat adalah penting—kita bahkan berjanji untuk mengingati Dia setiap kali kita mengambil sakramen. Presiden Eyring menjemput kita untuk mengingati tiga perkara ini semasa sakramen.

  1. Mengingati Yesus Kristus: Baca tulisan suci tentang bagaimana Juruselamat melayani dan menunjukkan kasih terhadap orang lain. Bagaimana anda merasakan kasih-Nya? Bagaimana anda dapat melayani dan menunjukkan kasih terhadap orang lain seperti yang Juruselamat lakukan?

  2. Mengingati apa yang kamu dapat lakukan lebih baik: Merenung minggu anda yang lepas dengan hati yang telah bertaubat. Pilihlah satu perkara yang anda boleh ubah, dan tuliskan bagaimana anda lakukan kemajuan tersebut. Letakkan gol anda di tempat yang anda akan kerap melihat ia.

  3. Mengingati kemajuan yang anda lakukan: Meminta kepada Tuhan untuk membantu anda melihat kemajuan baik yang kamu lakukan. Catatkan perasaan anda.

Kita tidak sempurna, tetapi Juruselamat mengetahuinya. Oleh sebab itu Dia meminta kita untuk mengingati-Nya. Mengingati-Nya memberikan kita harapan dan membantu kita ingin maju. Bahkan ketika kita gagal untuk mengingati Dia, Presiden Eyring berkata, “Dia selalu mengingati anda.”

Cetak