Pesanan Presidensi Utama, Februari 2018
Selalu Mengingati-Nya
Bolehkah anda bayangkan bersama saya nabi Moroni mengukirkan kata-kata terakhir bagi Kitab Mormon di atas kepingan-kepingan emas? Dia bersendirian. Dia telah melihat bangsanya, rakyatnya, dan keluarganya gugur. Tanah itu adalah “satu kitaran yang berterusan” bagi peperangan. (Mormon 8:8). Namun dia memiliki harapan, kerana dia telah melihat zaman kita! Dan dalam segala hal yang telah dia tulis, dia menjemput kita untuk mengingati (lihat Moroni 10:3).
Presiden Spencer W. Kimball (1895–1985) gemar mengajar bahawa perkataan yang paling penting dalam kamus ialah mengingati. Kerana kita telah melakukan perjanjian-perjanjian dengan Tuhan, dia berkata, “keperluan kita yang terbesar adalah untuk mengingati” perjanjian-perjanjian tersebut.1
Anda boleh menjumpai perkataan mengingati di sepanjang tulisan suci. Ketika Nefi menegur abang-abangnya, sering kali dia menjemput mereka untuk mengingati firman-firman Tuhan dan mengingati bagaimana Tuhan telah menyelamatkan nenek moyang mereka (lihat 1 Nefi 15:11, 25; 1 Nefi 17:40).
Dalam ucapan perpisahannya, Raja Benyamin menggunakan perkataan ingat sebanyak tujuh kali. Dia berharap rakyatnya akan ingat “kemuliaan Tuhan … dan kebaikan dan panjang sabar-Nya” terhadap mereka (Mosia 4:11; lihat juga 2:41; 4:28, 30; 5:11–12).
Ketika Juruselamat memperkenalkan sakramen, Dia menjemput pengikut-pengikut-Nya untuk mengambil lambang “sebagai peringatan” pengorbanan-Nya (Lukas 22:19). Dalam setiap doa sakramen anda dan saya dengar, perkataan selalu mendahului perkataan mengingati (lihat A&P 20:77, 79).
Pesanan saya ialah sebuah jemputan, bahkan suatu rayuan, untuk mengingati. Di sini adalah tiga cadangan tentang apa yang anda boleh ingat setiap minggu ketika anda mengambil lambang kudus sakramen. Saya harap ia berguna untuk anda, sebagaimana ia berguna untuk saya.
Mengingati Yesus Kristus
Pertama, mengingati Juruselamat. Mengingati siapa Dia ketika berada di bumi, bagaimana Dia berbicara kepada orang lain, dan bagaimana Dia menunjukkan kebaikan dalam perbuatan-perbuatan-Nya. Ingatlah dengan siapa yang telah Dia luangkan masa bersama dan apa yang Dia telah ajarkan. Juruselamat ‘berjalan berkeliling sambil berbuat baik” (Kisah Rasul-Rasul 10:38). Dia mengunjungi orang yang sakit. Dia komited melakukan kehendak Bapa-Nya.
Yang paling penting, kita dapat mengingati harga besar yang telah dibayar oleh-Nya, dari kasih-Nya kepada kita, untuk membersihkan kesan dosa-dosa kita. Sewaktu kita mengingati-Nya, keinginan kita untuk mengikuti Dia akan bertumbuh. Kita akan ingin menjadi sedikit lebih baik, lebih mengampuni, dan lebih rela untuk mengikuti kehendak Tuhan dan melakukannya.
Mengingati Apa yang Anda Perlu Lakukan dengan Lebih Baik
Adalah sukar untuk memikirkan tentang Juruselamat—kesucian dan kesempurnaan-Nya—tanpa memikirkan tentang betapa bercela dan tidak sempurnanya kita secara perbandingan. Kita telah melakukan perjanjian-perjanjian untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, namun kita sering terjatuh dari standard yang tinggi ini. Tetapi Juruselamat mengetahui hal ini akan terjadi, oleh sebab itu Dia memberikan kita tatacara sakramen.
Sakramen berasal dari Perjanjian Lama mempraktikkan persembahan korban, yang termasuk mengakui dosa (lihat Imamat 5:5). Kita tidak lagi mengorbankan haiwan, tetapi kita masih boleh melepaskan dosa-dosa kita. Tulisan suci menyebut ini sebagai korban “sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal” (3 Nefi 9:20). Datang ke sakramen dengan hati yang telah bertaubat (lihat A&P 59:12; Moroni 6:2). Ketika anda melakukan ini, anda akan mendapat pengampunan atas dosa-dosa dan anda tidak akan menyimpang dari jalan yang menuju kembali ke Tuhan.
Mengingati Kemajuan yang Anda Lakukan
Ketika anda memeriksa kehidupan anda sewaktu tatacara sakramen, saya berharap fikiran anda bukan saja tertumpu pada kesilapan-kesilapan yang telah anda lakukan tetapi juga pada perkara-perkara betul yang telah anda lakukan—saat-saat sewaktu anda merasakan bahawa Bapa di Syurga dan Juruselamat berasa senang dengan anda. Bahkan anda boleh mengambil masa sewaktu sakramen untuk meminta Tuhan untuk membantu anda melihat perkara-perkara ini. Sekiranya anda berbuat sedemikian, saya berjanji anda akan merasakan sesuatu. Anda akan merasakan pengharapan.
Ketika saya melakukan ini, Roh meyakinkan saya meskipun saya masih jauh dari kesempurnaan, saya lebih baik hari ini daripada saya yang semalam. Dan ini memberikan saya keyakinan bahawa, kerana Juruselamat, saya dapat menjadi yang lebih baik lagi esok.
Selalu merupakan masa yang panjang, dan ia melibatkan banyak usaha. Anda tahu berdasarkan pengalaman betapa sukar untuk secara terus-menerus memikirkan tentang satu perkara sepanjang masa. Tetapi tidak kira betapa bagus anda mematuhi janji anda untuk selalu mengingati-Nya, Dia selalu mengingati anda.
Juruselamat mengetahui cabaran-cabaran anda. Dia mengetahui apakah rasanya ketika tekanan kehidupan menekan anda. Dia mengetahui betapa segeranya anda perlukan berkat-berkat yang datang dari selalu mengingati-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya—“agar [anda] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [anda]” (A&P 20:77; penekanan ditambah).
Jadi, Dia mengalu-alukan anda balik ke meja sakramen setiap minggu, sekali lagi menawarkan anda peluang untuk bersaksi di hadapan-Nya bahawa anda akan selalu mengingati-Nya.
© 2018 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/17. Kelulusan penterjemahan: 6/17 Penterjemahan First Presidency Message, February 2018. Malay. 15046 348