2021
Kunjungan daripada Yohanes Pembaptis
Februari 2021


“Kunjungan daripada Yohanes Pembaptis”, Friend, Februari 2021

Pesanan Bulanan Friend, Februari 2021

Kunjungan daripada Yohanes Pembaptis

Imej
Joseph Smith dan Oliver Cowdery sedang berdoa

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Pada suatu hari, Joseph Smith dan Oliver Cowdery mempunyai soalan. Apakah cara yang betul untuk dibaptiskan? Mereka berdoa untuk mengetahui jawapannya.

Imej
Yohanes Pembaptis

Seorang malaikat datang. Malaikat itu ialah Yohanes Pembaptis. Dia telah membaptiskan Yesus. Dia memberitahu mereka bahawa imamat diperlukan untuk membaptiskan orang.

Imej
Yohanes Pembaptis memberikan Imamat Harun kepada Joseph Smith

Yohanes memberkati Joseph dan Oliver. Dia memberikan mereka imamat. Sekarang mereka boleh membaptiskan orang ramai seperti Yesus telah dibaptis.

Imej
Oliver Cowdery membaptiskan Joseph Smith

Joseph membaptiskan Oliver di sungai. Kemudian Oliver membaptiskan Joseph. Kemudian, ramai yang lain turut dibaptiskan.

Imej
ayah membaptiskan anak perempuan

Kerana Bapa Syurgawi telah menjawab doa Joseph Smith, imamat kembali ke bumi! Saya boleh dibaptiskan seperti Yesus.

Halaman Mewarna

Kita Boleh Dibaptiskan

Imej
A pencil drawing of Joseph baptizing Oliver Cowdery.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengikuti Yesus Kristus?

Cetak