2021
Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?
Mei 2021


“Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?,” Untuk Kekuatan Remaja, Mei 2021.

Sesi Imamat

Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?

Petikan

Imej
Makam Kristus yang kosong

Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita? Dia telah melakukan semua yang penting untuk perjalanan kefanaan kita kepada takdir yang digariskan dalam rancangan Bapa Syurgawi kita. Saya akan berucap tentang empat asas penting rancangan tersebut. …

Kebangkitan memberikan kita perspektif dan kekuatan untuk menahani cabaran fana yang dihadapi oleh kita semua dan mereka yang kita sayangi. Ia memberi kita cara baru untuk melihat kekurangan jasmani, mental atau emosi yang kita ada sejak dilahirkan atau peroleh dalam kehidupan fana ini. Ia memberi kita kekuatan untuk menahan kesedihan, kegagalan dan kekecewaan.

Kebangkitan juga memberi kita insentif kuat untuk mentaati perintah-perintah Tuhan dalam kehidupan fana kita. …

Juruselamat dan Penebus kita menahan penderitaan yang tidak dapat difahami untuk menjadi korban bagi dosa semua manusia yang ingin bertaubat, Pengorbanan mempersembahkan benda yang terbaik, anak domba tanpa cela, untuk sukatan kejahatan yang tertinggi, dosa seluruh dunia. …

… Yesus mengajarkan kita rancangan keselamatan. Rancangan ini termasuk Penciptaan, tujuan kehidupan, kepentingan pertentangan, dan kurnia hak pilihan. Dia juga mengajar kita perintah dan perjanjian yang harus dipatuhi dan tatacara yang kita perluy alami untuk membawa kita kembali kepada ibu bapa kita di syurga. …

Juruselamat merasa dan mengetahui semua godaan, pergelutan, kesakitan, dan penderitaan kita, kerana Dia dengan rela mengalami semuanya sebagai sebahagian daripada Korban Tebusan-Nya. … Semua yang menderita semua jenis kelemahan fana harus ingat bahawa Juruselamat mengalami kesakitan itu juga, dan melalui Korban tebusan-Nya dia menawar kita kekuatan untuk menahannya.

Cetak