2021
Ku Ingin Ke Bait Suci
Mei 2021


“Ku Ingin Ke Bait Suci,” Untuk Kekuatan Remaja, Mei 2021.

Sesi Pagi Hari Sabtu

Ku Ingin Ke Bait Suci

Petikan

Imej
bait suci

Saya tahu bahawa bait suci Tuhan adalah tempat yang kudus. Tujuan saya berucap tentang bait suci adalah untuk meningkatkan hasrat kita supaya layak dan bersedia untuk peningkatan peluang pengalaman bait suci yang akan datang. …

Jika anda atau saya pergi ke bait suci tetapi tidak suci, kita tidak akan dapat lihat, dengan kuasa Roh Kudus, ajaran rohani tentang Juruselamat yang boleh diterima di bait suci.

Apabila kita layak untuk menerima ajaran tersebut, pengalaman bait suci boleh mengembangkan harapan, kebahagiaan, dan optimisme dalam kehidupan kita. Harapan, kebahagiaan, dan optimisme itu hanya boleh didapati melalui penerimaan tatacara injil yang dilaksanakan di bait suci kudus. Di bait sucilah kita boleh menerima jaminan hubungan kekeluargaan yang akan berterusan selepas kematian dan bertahan secara abadi. …

… Dan kita tahu bahawa kegembiraan abadi bergantung pada usaha terbaik kita dalam berkongsi kegembiraan kekal kepada saudara kita seramai mungkin.

Saya berhasrat sama untuk berjaya dalam menjemput ahli-ahli keluarga agar hidup layak bagi menerima dan menghormati tatacara injil pemeteraian bait suci. Itu sebahagian daripada perjanjian pengumpulan Israel pada hari-hari terakhir bagi dua belah tirai.

Imej
Pengubahsuaian Bait Suci Salt Lake

Cetak