“Bait Suci Kirtland,” Friend, Sept. 2021.
Pesanan Bulanan Friend , September 2021
Bait Suci Kirtland
Tuhan memfirmankan Joseph Smith untuk membina sebuah bait suci. Satu wahyu menunjukkan bagaimana rupanya. Ia akan menjadi rumah Tuhan.
Para Orang Suci bekerjasama untuk membantu membina bait suci. Para lelaki membina tembok yang tinggi. Para wanita membuat langsir dan permaidani. Kanak-kanak bantu membawa peralatan dan air kepada para pekerja.
Apabila bait suci telah siap, para Orang Suci masuk ke dalamnya. Mereka menyanyikan lagu rohani dan bersorak “Hosana!” Joseph mengucap doa untuk membaktikan (memberkati) bait suci.
Seminggu kemudian, Yesus Kristus mengunjungi Joseph Smith dan Oliver Cowdery di bait suci. Yesus berkata bahawa Dia menerima bait suci sebagai rumah-Nya.
Hari ini terdapat bait suci di seluruh dunia! Setiap bait suci ialah tempat yang kudus. Suatu hari nanti saya akan masuk dan membuat perjanjian dengan Tuhan.