“Apa yang Berlaku Dalam Pertemuan Gereja Hari Ahad?,” Liahona, Jun 2022.
Pesanan Liahona Bulanan, Jun 2022
Apa yang Berlaku Dalam Pertemuan Gereja Hari Ahad?
Ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berkumpul setiap Ahad untuk menyembah Tuhan dan mengajar satu sama lain injil Yesus Kristus. Semua dialu-alukan untuk hadir, dan ahli-ahli berpeluang untuk berdoa, memberi ucapan dan mengajar pelajaran jika mereka mahu. Pertemuan-pertemuan ini membantu ahli-ahli menguatkan satu sama lain dalam iman dan menjadikan “hati mereka terkait bersama dalam perpaduan dan dalam kasih” (Mosia 18:21).
Pertemuan Sakramen
Ahli-ahli bahagian atau cabang berkumpul setiap hari Ahad untuk pertemuan sakramen. (Mereka yang bukan dari agama kami turut dialu-alukan untuk hadir.) Sakramen diberikan kepada para ahli dalam pertemuan ini untuk membantu mereka mengingati Yesus Kristus (lihat April 2022 Gospel Basics article untuk maklumat lebih lanjut tentang sakramen). Pertemuan juga termasuk doa, nyanyian rohani dan ucapan-ucapan diberikan oleh para ahli tentang injil Yesus Kristus.
Pertemuan Lain
Selepas pertemuan sakramen, ahli-ahli dibahagikan ke dalam kelas dan kuorum. Kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 11 tahun menghadiri Sekolah Primer. Pada hari Ahad pertama dan ketiga setiap bulan, semua ahli lain menghadiri Sekolah Minggu. Pada hari Ahad kedua dan keempat, mereka menghadiri pertemuan-pertemuan Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri atau kuorum imamat.
Doa
Doa-doa di pertemuan Gereja diberikan oleh para ahli. Doa itu sederhana dan diarahkan oleh Roh Kudus. Ahli-ahli berdoa menggunakan perkataan yang menyatakan kasih dan hormat kepada Bapa Syurgawi. Ini termasuk menggunakan perkataan Engkau, Tuhan Bapaku dan Bapa di Syurga semasa berdoa kepada-Nya.
Ucapan
Seorang ahli lembaga uskup atau presidensi cabang meminta ahli-ahli untuk memberi ucapan di pertemuan sakramen. Ucapan-ucapan ini bertumpu kepada Yesus Kristus. Pembicara menggunakan tulisan suci dan kata-kata para pemimpin Gereja semasa menyediakan ucapan mereka. Mereka juga berkongsi kesaksian berkat asas-asas injil dalam kehidupan mereka.
Pelajaran
Selepas pertemuan sakramen, ahli-ahli belajar tentang injil dalam kelas-kelas yang lebih kecil. Pelajaran boleh mengenai tulisan suci, ajaran dari persidangan umum atau pelajaran lain. Walaupun pengajar akan memimpin pelajaran, ia bukan seperti kuliah. Semua ahli di kelas boleh berkongsi pandangan mereka tentang topik pelajaran.
Kesaksian
Sekali sebulan, pertemuan sakramen termasuk pertemuan kesaksian. Biasanya ini adalah pada hari Ahad pertama setiap bulan. Dalam pertemuan ini, ahli-ahli boleh memberikan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Untuk memberikan kesaksian bermaksud mengisytiharkan kebenaran injil seperti yang diilhami oleh Roh Kudus.
Persediaan
Ahli-ahli bersedia untuk pertemuan hari Ahad dengan berdoa, mengkaji tulisan suci dan bersedia untuk menerima inspirasi daripada Roh Kudus. Jika anda diminta untuk memberi ucapan atau mengajar pelajaran, dengan penuh doa fikirkan bagaimana anda boleh mengajar asas-asas injil. Menggunakan tulisan suci. Berikan kesaksian tentang kebenaran. Pemimpin Gereja anda boleh membantu anda bersedia, jika diperlukan.
© 2022 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, June 2022. Malay. 18315 348