“Menjaga Mereka yang Memerlukan,” Liahona, Sep. 2023.
Pesanan Bulanan Liahona, September 2023
Menjaga Orang yang Memerlukan
Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita mengikuti ajaran Tuhan untuk menjaga mereka yang memerlukan. Kita menjaga orang lain dengan melayani dan membantu mereka menjadi berdikari serta berkongsi apa yang kita miliki.
Teladan Yesus Kristus
Yesus Kristus mengasihi, menghibur dan berdoa untuk mereka yang di sekeliling-Nya. Juruselamat “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik” (Kisah Rasul-Rasul 10:38). Kita boleh mengikuti teladan-Nya dengan mengasihi, menghibur, melayani dan berdoa untuk orang di sekeliling kita. Kita boleh sentiasa mencari cara untuk membantu orang lain.
Pelayanan
Perkataan pelayanan digunakan dalam tulisan suci dan di Gereja Tuhan untuk menggambarkan bagaimana kita menjaga satu sama lain. Pemegang imamat ditugaskan sebagai pelayan saudara kepada setiap individu atau keluarga dalam bahagian atau cabang. Pelayan saudari ditugaskan kepada setiap saudari dewasa. Pelayan saudara dan saudari memastikan semua ahli Gereja diingati dan dijaga.
Membantu Orang Lain Menjadi Berdikari
Kita boleh membantu ahli keluarga dan kawan menjadi berdikari dengan menggalakkan mereka untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi masalah mereka. Kita kemudiannya boleh menyokong mereka semasa mereka berusaha mencapai matlamat mereka. Cari maklumat lanjut tentang keberdikarian dalam artikel Liahona Gospel Basics article. Ogos 2023.
Melayani Orang Lain
Terdapat banyak cara kita boleh melayani orang di sekeliling kita dan membantu memenuhi keperluan jasmani, rohani dan emosi mereka. Belajar tentang orang lain dapat membantu kita mengetahui bagaimana kita boleh melayani mereka dengan lebih baik. Kita juga boleh berdoa untuk bimbingan untuk mengetahui apa yang kita boleh lakukan untuk membantu.
Berkongsi Apa Yang Kita Miliki
Kita boleh melayani orang lain dengan berkongsi apa yang Tuhan telah memberkati kita. Contohnya, kita boleh memberi sumbangan yang murah hati atau menderma kepada dana Bantuan Kemanusiaan Gereja. Kita juga boleh melayan dalam komuniti kita dan panggilan Gereja kita.
Tugas Pemimpin Gereja
Uskup menjaga mereka yang memerlukan dalam bahagiannya. Dia boleh menggunakan wang dari sumbangan puasa untuk membantu ahli-ahli yang memerlukan. Pemimpin lain, termasuk para penasihatnya dan presidensi Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua, membantu ahli-ahli mencari sumber-sumber yang mereka boleh gunakan untuk memenuhi keperluan mereka.
Usaha Kemanusiaan Gereja
Gereja membantu orang di seluruh dunia dengan tindakan kecemasan, projek komuniti dan program lain seperti air bersih dan imunisasi. Untuk mempelajari lebih lanjut, lihat Dallin H. Oaks, “Membantu Mereka yang Miskin dan Menderita,” Liahona, Nov. 2022, 6–8.
© 2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, September 2023. Language. 19047 348