Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, September 2024
Takut akan Pertaubatan?
Jessica Zoey Strong
Majalah Gereja
Menurut Presiden Russell M. Nelson, inilah sebabnya anda tidak perlu takuti.
Apakah yang anda takuti? Roller-coaster? Kelas matematik? Cuba untuk fahami Yesaya?
Bagaimana dengan pertaubatan? Jika pemikiran tentang bertaubat membuat anda ingin bersembunyi di bawah selimut atau makan banyak coklat, artikel ini untuk anda.
“Sila jangan takut atau menangguhkan pertaubatan,” kata Presiden Russell M. Nelson. Dan dengan sebab yang baik. Berikut adalah beberapa perkara yang benar dan tidak benar tentang pertaubatan, menurut Presiden Nelson.
Terima Kurnia Tuhan yang Sempurna
Jadi, adakah anda bersedia untuk mempercayai Juruselamat untuk mengatasi ketakutan anda mengenai pertaubatan? Anda tidak akan menyesal.
Presiden Nelson berkata: “Kerana dunia memerlukan penyelamatan, dan kerana anda dan saya memerlukan penyelamatan, [Bapa Syurgawi] menghantar Juruselamat kepada kita.
“… Marilah kita menerima kurnia Tuhan yang sempurna dan berharga. Marilah kita melemparkan beban dan dosa kita di kaki Juruselamat dan mengalami kebahagiaan yang datang daripada pertaubatan dan berubah.”