Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Disember 2024
Kelahiran Yesus
Pelajari tentang adegan Krismas ini dan bagaimana ia membantu kita fokus pada Juruselamat.
Betlehem
Betlehem bermaksud “rumah roti” dalam bahasa Ibrani. Ia kadang-kadang dipanggil kota Daud, yang dari keturunannya Mesias telah dinubuatkan akan datang (lihat Yeremia 23:5; Yohanes 7:42). Samuel mengurapi Daud sebagai raja di Betlehem (lihat 1 Samuel 16:1–13). Mesias dinubuatkan akan dilahirkan di sana (lihat Mikha 5:2).
Rumah Tumpangan
Perkataan Yunani untuk rumah tumpangan boleh bermaksud mana-mana penginapan sementara, termasuk bilik tetamu. Maria “meletakkan [Bayi Kristus] di dalam palungan; kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang” (Lukas 2:7). (Terjemahan Joseph Smith mengatakan “rumah tumpangan.”) “Tiada tempat” boleh bermaksud mereka ditolak atau tiada ruang untuk melahirkan bayi. Walau apa pun, mereka pergi ke suatu tempat di mana terdapat satu palungan.
Palungan
Palungan ialah satu kotak atau palung tinggi yang menyimpan makanan untuk haiwan. Di Yudea purba, ini kebanyakannya diperbuat daripada batu. Rumah tumpangan mempunyai halaman tengah dengan palungan, dan banyak rumah juga mempunyai palungan di bilik utama yang besar supaya haiwan boleh disimpan semalaman di sana.
Pakaian Bedung
Para ibu telah membedung bayi yang baru lahir (membungkusnya dengan selimut atau kain) selama beribu tahun. Ini menenangkan dan menghiburkan mereka selepas kejutan meninggalkan rahim. Kain yang Maria gunakan mungkin mempunyai tanda khas yang unik untuk keluarga itu.
Maria dan Yusuf
Mereka adalah orang yang baik dan soleh, dan kedua-duanya keturunan Daud. Keduanya telah dikunjungi oleh seorang malaikat sebagai persediaan untuk kelahiran Juruselamat (lihat Matius 1:18–25; Lukas 1:26–38). Mereka mengembara sejauh 100–140 km (60–90 batu) ke Betlehem. Maria hamil semasa perjalanan.
Para Gembala
Para gembala sedang menjaga kawanan domba mereka berhampiran Betlehem. Menurut beberapa sarjana, hanya domba yang akan dijadikan korban bait suci sahaja yang dibenarkan untuk diternak berhampiran bandar. Jadi para gembala ini mungkin telah menggembalakan domba yang akan mewakili pengorbanan Yesus Kristus bagi kita (lihat Musa 5:6–7). Mereka meninggalkan kawanan domba mereka untuk melihat Mesias, yang penebusan-Nya akan menghapuskan amalan korban haiwan.
Bayi Kristus
Yesus Kristus ialah tokoh utama adegan Kelahiran Yesus—dan kehidupan kita.
© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, December 2024. Malay. 19346 348