Ajaran dan Perjanjian 2021
Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri


“Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri,Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri,Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri di dalam kelas

Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri

Apakah tujuan pertemuan kuorum dan kelas kita?

Tuhan telah memberi anda amanah yang kudus. Dia telah memanggil anda untuk melayani dalam presidensi kuorum Imamat Harun atau presidensi kelas Remaja Puteri. Sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk memimpin dan melaksanakan pertemuan kuorum atau kelas anda pada hari Ahad. Untuk berbuat demikian, ia membantu untuk fahami mengapa kita mengadakan pertemuan-pertemuan ini.

Pertemuan kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri berbeza daripada kelas-kelas Gereja seperti Sekolah Minggu atau seminari. Dalam pertemuan kuorum atau kelas, kita lakukan lebih sekadar mengkaji satu topik injil. Kita belajar tentang pekerjaan yang Tuhan berikan kepada kita, dan kita mengaturkan ahli-ahli kuorum atau kelas kita untuk melakukan kerja itu di rumah, di Gereja dan dalam komuniti. Sebagai contoh, kita merancang cara kita akan memenuhi peranan kita sebagai sebahagian daripada batalion remaja Tuhan untuk membantu mengumpulkan Israel. Dalam pertemuan ini, kita bukan setakat berunding tentang pekerjaan itu—kita membuat rancangan untuk melaksanakannya.

Imej
remaja putera di dalam kelas

Namun penekanan terhadap pekerjaan ini tidak bererti kita meninggalkan perbincangan ajaran hanya sewaktu Sekolah Minggu sahaja. Sebenarnya, pembelajaran tentang ajaran dalam pertemuan kuorum dan Remaja Puteri adalah penting—pertemuan ini membantu kita memahami mengapa kita melakukan pekerjaan ini. Apabila kita mengkaji injil bersama-sama, kebenaran yang dipelajari boleh mengubah hati kita. Kita boleh menerima dorongan tentang cara untuk “bertambah besar dan bijaksana, dan menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia” (Lukas 2:52). Apabila kita menjadi lebih bertukar hati kepada Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan mempunyai keinginan untuk membantu orang lain di sepanjang jalan perjanjian, termasuk keluarga, rakan serta ahli-ahli kuorum dan kelas kita.

Siapakah yang memimpin pertemuan ini?

Tuhan telah memanggil anda sebagai presidensi kuorum dan kelas serta memberi anda wewenang untuk memimpin. Inilah sebabnya setiap pertemuan kuorum atau kelas anda harus dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas anda. Pemimpin dewasa harus memberikan bimbingan dan sokongan, tetapi mereka tidak harus mengambil alih tugas anda. Lihat bahagian bertajuk “Berunding Bersama” pada permulaan setiap panduan dalam sumber ini sebagai idea untuk membantu anda mengetahui cara memimpin pertemuan dan mencapai tujuan sebenarnya. Gunakan mesyuarat presidensi untuk merancang cara anda akan melaksanakan pertemuan hari Ahad.

Siapakah yang harus mengajar?

Pemimpin dewasa, ahli presidensi kuorum atau kelas atau mana-mana ahli kuorum atau kelas lain yang boleh mengajar pengajaran tersebut. Sebagai presidensi kuorum atau kelas, berunding dengan pemimpin dewasa anda tentang ahli yang harus ditugaskan untuk mengajar. Ingatlah bahawa pemimpin dewasa anda boleh memberikan banyak sumbangan. Cuba untuk belajar daripada pengalaman dan kesaksian mereka. Terdapat kelebihan dalam meminta golongan remaja untuk mengajar—pengajaran boleh membantu memperdalamkan penukaran hati mereka dan memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan ahli-ahli kuorum dan kelas yang lain. Beri mereka peluang untuk mengajar keseluruhan atau sebahagian daripada pelajaran, tetapi sentiasa ingat akan keperluan dan keupayaan ahli-ahli dalam kuorum atau kelas anda. Sebagai contoh, pemimpin dewasa boleh mengajar lebih kerap dalam kuorum atau kelas bersama remaja muda atau bersama remaja yang tidak berpengalaman dalam pengajaran injil. Apabila remaja dijemput untuk mengajar, seorang ibu atau bapa atau penasihat dewasa harus membantu mereka membuat persediaan jika perlu.

Mereka yang ditugaskan untuk mengajar boleh menggunakan bahagian “Mengajar Ajaran” pada setiap panduan dalam sumber ini untuk membantu mereka membuat persediaan. Bahagian ini mengandungi cadangan untuk mengajar dan perbincangan tentang ajaran bagi minggu itu, tetapi para pengajar tidak dihadkan kepada cadangan-cadangan ini sahaja. Apabila Roh mengarah, para pengajar boleh menyesuaikan idea-idea ini atau menggunakan idea mereka sendiri untuk mengajar mengikut cara yang boleh memenuhi keperluan ahli-ahli kuorum atau kelas dan membantu mereka memahami ajaran tersebut.

Apakah topik-topik ajaran yang kita akan bincangkan dalam pertemuan kita?

Panduan topik setiap minggu merupakan asas ajaran yang telah dipilih untuk diselaraskan dengan bacaan Ajaran dan Perjanjian yang dicadangkan untuk minggu itu, yang boleh didapati dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Dengan berbuat demikian, perbincangan ajaran dalam pertemuan kuorum dan kelas akan menyokong perkara yang remaja pelajari di rumah.

Walaupun panduan harus diajar pada hari Ahad tertentu, anda masih mempunyai pilihan untuk membincangkan topik-topik ajaran lain berdasarkan keperluan kuorum atau kelas anda.

Sumber ini merangkumi panduan bagi setiap minggu apabila pertemuan kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri diadakan. Kadangkala, anda mungkin perlu melangkau satu pelajaran untuk memberi laluan kepada persidangan pancang atau atas sebab-sebab lain.

Apakah peranan pemimpin dewasa kita?

Pemimpin dewasa anda memainkan peranan penting dalam kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri. Mereka akan membimbing dan menasihati anda dalam panggilan kepimpinan anda. Mereka akan menyokong dan menggalakkan anda semasa anda melakukan pekerjaan kuorum atau kelas anda. Mereka akan mengajar anda ajaran, dan mereka akan memberkati anda melalui teladan, pengalaman serta kesaksian mereka.

Cetak