Ajaran dan Perjanjian 2021
10 Januari. Mengapakah Penglihatan Pertama Penting? Pengenalan kepada Ajaran dan Perjanjian; Joseph Smith—Sejarah 1:1–26


“10 Januari. Mengapakah Penglihatan Pertama Penting? Pengenalan kepada Ajaran dan Perjanjian; Joseph Smith—Sejarah 1:1–26,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“10 Januari. Mengapakah Penglihatan Pertama Penting?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Joseph Smith sedang berdoa

I Saw a Light, oleh Jon McNaughton

10 Januari

Mengapakah Penglihatan Pertama Penting?

Pengenalan kepada Ajaran dan Perjanjian; Joseph Smith—Sejarah 1:1–26

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Walaupun sudah lebih 200 tahun sejak Joseph Smith pertama kali berlutut untuk berdoa di Sacred Grove, jawapan yang diterimanya amat mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini. Renungkan berkat yang telah datang ke dalam kehidupan anda kerana Bapa dan Putera memunculkan diri kepada Joseph. Mengapakah penting bagi mereka yang anda ajar mendapatkan kesaksian mereka sendiri tentang Penglihatan Pertama daripada Roh Kudus? Bagaimanakah anda akan membantu mereka berbuat demikian? Kaji semula pesanan dari persidangan umum April 2020, yang memperingati ulang tahun ke-200 penglihatan yang mulia ini boleh membantu anda.

Imej
remaja puteri di dalam kelas

Setiap remaja boleh menerima kesaksian peribadi tentang Penglihatan Pertama.

Belajar Bersama

Oleh kerana Joseph Smith berusia belasan tahun ketika Penglihatan Pertama, mereka yang anda ajar mungkin boleh mengaitkan usahanya dalam mencari kebenaran. Berikan masa untuk ahli kuorum dan kelas berkongsi fikiran serta tanggapan mereka tentang Joseph Smith—Sejarah 1:1–26. Aktiviti berikut boleh membantu mereka menguatkan kesaksian mereka bahawa Tuhan dan Yesus Kristus menunjukkan diri Mereka kepada Joseph Smith.

  • Apakah kebenaran injil yang kita pelajari daripada pengalaman Joseph Smith di Sacred Grove? Ahli-ahli kuorum atau kelas boleh membaca laporan Joseph dalam Joseph Smith—Sejarah 1:7–20 dan berkongsi kebenaran yang mereka temui. (Contohnya, Tuhan mendengar dan menjawab doa; Setan dan kuasanya adalah nyata, tetapi kuasa Tuhan adalah lebih besar; wahyu tidak berhenti.) Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini memberkati kehidupan kita?

  • Anda juga boleh meminta ahli kuorum atau kelas kaji semula pesanan tentang Penglihatan Pertama dari persidangan umum April 2020 (lihat Liahona, Mei 2020). Contohnya, mereka boleh kaji pesanan Presiden Russell M. Nelson “Dengarkanlah Dia” (Liahona, Mei 2020, 88–92). Jemput mereka untuk berkongsi maklumat yang mereka temui dan perasaan mereka tentang Penglihatan Pertama.

  • Pertimbangkan untuk menjemput ahli kuorum atau kelas untuk berlatih mengajar satu sama lain tentang Penglihatan Pertama. Anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi pengalaman Joseph Smith menggunakan perkataan Joseph sendiri, yang terdapat dalam Joseph Smith—Sejarah 1:16–17.

  • Adakah mereka yang anda ajar sedar bahawa terdapat beberapa laporan Penglihatan Pertama? Setiap laporan ini menyediakan butiran unik yang memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh tentang apa yang berlaku di Sacred Grove. Apakah kebaikan mempunyai beberapa laporan Penglihatan Pertama? Bagaimanakah laporan-laporan ini membantu kita lebih memahami Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat telah menjemput para pengikut-Nya untuk bersaksi tentang kebenaran ajaran-Nya. Semasa mereka melakukan itu, Roh telah menyentuh hati mereka. Bagaimanakah anda boleh menggalakkan orang yang anda ajar untuk memberi kesaksian mereka?

Cetak