Ajaran dan Perjanjian 2021
24 Januari. Bagaimanakah Saya Boleh Mempersiapkan Diri untuk Terlibat dalam “Pekerjaan Tuhan yang Menakjubkan”? Ajaran dan Perjanjian 3–5


“24 Januari. Bagaimanakah Saya Boleh Mempersiapkan Diri untuk Terlibat dalam ‘Pekerjaan Tuhan yang Menakjubkan’? Ajaran dan Perjanjian 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“24 Januari. Bagaimanakah Saya Boleh Mempersiapkan Diri untuk Terlibat dalam ‘Pekerjaan Tuhan yang Menakjubkan’?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri dan remaja putera di hadapan bait suci

24 Januari

Bagaimanakah Saya Boleh Mempersiapkan Diri untuk Terlibat dalam “Pekerjaan Tuhan yang Menakjubkan”?

Ajaran dan Perjanjian 3–5

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Apabila para Orang Suci awal mula-mula mendengar pesanan injil yang dipulihkan, ramai yang ingin tahu apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu dalam usaha ini. Bapa Nabi Joseph Smith, Joseph Smith Sr., merupakan salah seorang daripada mereka yang meminta untuk mengetahui kehendak Tuhan untuknya. Jawapan Tuhan, yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 4, telah mengilhami ramai generasi untuk melayani dengan sepenuh “hati, daya, fikiran dan kekuatan” (ayat 2) mereka. Sama ada melayani misi atau melayani dalam panggilan atau tanggungjawab di Gereja, kelayakan pelayanan adalah sama: keinginan untuk melayani Tuhan digandingkan dengan iman, harapan, kasih ihsan dan kasih (lihat Ajaran dan Perjanjian 4:2–6). Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kuorum atau kelas menguatkan keinginan mereka untuk melayani Tuhan dan mempersiapkan diri untuk peluang pelayanan di masa depan?

Sebagai persediaan untuk memimpin ahli kuorum dan kelas dalam pelajaran ini, anda boleh membaca dan merenung satu atau beberapa pesanan yang terdapat dalam “Sumber-sumber Sokongan”.

Imej
remaja putera melawat lelaki yang lebih tua

Usaha menjaga mereka yang memerlukan bantuan merupakan sebahagian daripada pekerjaan keselamatan.

Belajar Bersama

Ahli kuorum atau kelas mungkin telah diilhami untuk lebih tekun dalam usaha melayani Tuhan dengan membaca Ajaran dan Perjanjian 3–5 minggu ini. Untuk menggalakkan mereka berkongsi fikiran, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan mereka sedang memohon kerja. Apakah kelayakan yang akan dimasukkan dalam resume atau dibincangkan oleh mereka dalam temu duga kerja? Mereka boleh kaji semula Ajaran dan Perjanjian 4 dan mengenal pasti kelayakan yang diperlukan oleh Tuhan untuk mereka yang ingin terlibat dalam pekerjaan-Nya. Pilih satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu mereka pertimbangkan hal yang mereka boleh lakukan untuk terlibat secara menyeluruh dalam “pekerjaan [Tuhan] yang menakjubkan” (Ajaran dan Perjanjian 4:1).

  • Untuk membantu mereka yang anda ajar mempelajari bagaimana mereka boleh terlibat dalam mempercepat pekerjaan keselamatan, tulis di papan tulis definisi pekerjaan keselamatan yang berikut: Tuhan menjemput semua untuk datang kepada Kristus dan membantu dalam pekerjaan-Nya dengan menjalani injil Yesus Kristus, menjaga mereka yang memerlukan bantuan, menjemput semua untuk menerima injil dan menyatukan keluarga untuk keabadian. Jemput ahli kuorum atau kelas untuk membincangkan bagaimana sifat-sifat yang tersenarai dalam Ajaran dan Perjanjian 4 akan membantu mereka melakukan setiap bahagian kerja keselamatan. Bahagikan remaja ke dalam kumpulan dan minta setiap kumpulan membincangkan cara mereka boleh membentuk sifat-sifat ini. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan pekerjaan keselamatan bahagian yang lebih penting dalam kehidupan kita?

  • Jemput ahli kuorum atau kelas untuk mengkaji salah satu daripada pesanan yang terdapat dalam “Sumber-sumber Sokongan”, cari petikan yang boleh mereka kongsi tentang bagaimana benar-benar melayani Tuhan dalam panggilan, tugas atau tanggungjawab Gereja yang lain. Minta mereka berkongsi petikan yang dipilih dan mengapa mereka mendapati petikan itu bermakna. Bagaimanakah mereka akan gunakan apa yang mereka telah pelajari sekarang dan di masa depan?

  • Beberapa ahli kuorum atau kelas mungkin sedang mempersiapkan diri untuk melayani sebagai penginjil. Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi cara mereka mempersiapkan diri untuk melayani. Anda boleh menjemput seorang atau beberapa penginjil yang telah habis misi untuk berkongsi apa yang mereka telah lakukan dalam mempersiapkan diri untuk misi dan apa yang mereka harap mereka telah lalukan.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menjemput para pengikut-Nya untuk bersaksi dan semasa mereka melakukannya, Roh telah menyentuh hati mereka. Semasa anda mengajar tentang kepatuhan, contohnya, jemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kepentingan mematuhi perintah.

Cetak