Ajaran dan Perjanjian 2021
14 Februari. Apakah Itu Imamat? Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75


“14 Februari. Apakah Itu Imamat? Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“14 Februari. Apakah Itu Imamat?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Yohanes Pembaptis menganugerahkan Imamat Harun

Upon You My Fellow Servants (Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku), oleh Linda Curley Christensen dan Michael T. Malm

14 Februari

Apakah Itu Imamat?

Ajaran dan Perjanjian 12–13; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah aktiviti yang kita telah adakan baru-baru ini? Adakah ia berjaya? Apakah yang memuaskan dan bagaimanakah kita boleh memperbaikinya?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Siapakah yang memerlukan pelayanan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Kehidupan kita. Apakah matlamat yang kita sedang usahakan secara individu? Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi? Apakah berkat yang kita telah terima?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ketika anda membaca tentang pemulihan Imamat Harun dalam Ajaran dan Perjanjian 13, cuba baca melalui perspektif mereka yang anda ajar. Adakah mereka memahami kuasa imamat dalam kehidupan mereka? Bagaimanakah tatacara imamat seperti pembaptisan dan sakramen telah membantu anda menerima kuasa Juruselamat? Fikirkan tentang pengalaman yang boleh anda kongsi. Bagi menyediakan diri anda untuk mengajar tentang imamat, pertimbangkan untuk kaji tulisan suci yang dicadangkan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan “Imamat” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Imej
remaja putera sedang membaca kitab suci di kelas

Tulisan suci membantu kita memahami cara imamat memberkati kehidupan kita.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang imamat, anda boleh menjemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang pemulihan Imamat Harun, termasuk apa yang mereka telah baca sepanjang minggu ini dalam Ajaran dan Perjanjian 13 dan Joseph Smith—Sejarah 1:66–75. Anda juga boleh menunjukkan gambar yang menggambarkan pemulihan Imamat Harun (seperti Buku Seni Injil [2009], no. 93) dan menjemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa ini. Mengapakah kita bersyukur kerana imamat telah dipulihkan? Aktiviti-aktiviti yang berikut boleh membantu mereka untuk lebih memahami tentang imamat dan bagaimana kita diberkati olehnya.

  • Bagaimanakah ahli kuorum atau kelas boleh jelaskan maksud imamat kepada seseorang yang tidak pernah mendengarnya sebelum ini? Untuk membantu mereka, anda boleh menyenaraikan di papan tulis beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh orang ramai tentang imamat, seperti Apakah itu imamat? Bagaimanakah seseorang menerima imamat? Bagaimanakah pemegang imamat harus bertindak? Apakah yang pemegang imamat lakukan? Jemput mereka yang anda ajar untuk mencari jawapan menggunakan tulisan suci dan sumber lain yang boleh didapati dalam “Sumber-sumber Sokongan” dan tulis jawapan mereka di papan tulis. Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi berkat-berkat yang telah datang kepada kehidupan mereka disebabkan oleh imamat. Lihat juga Dale G. Renlund, “Kuasa Imamat dan Penebusan Juruselamat”, Liahona, Nov. 2017, 64–67).

  • Jika anda mengajar pemegang Imamat Harun, mereka boleh mendapat manfaat dari mengkaji semula pesanan Brother Douglas D. Holmes “Apa Yang Setiap Pemegang Imamat Harun Perlu Faham” (Liahona, Mei 2018, 50–53). Anda boleh menugaskan setiap ahli kuorum untuk kaji semula beberapa perenggan pertama pesanan itu atau salah satu daripada empat bahagian yang lain. Jemput ahli untuk mencari sesuatu yang mereka rasa setiap pemegang Imamat Harun perlu fahami. Beri peluang kepada mereka untuk berkongsi hal yang telah dipelajari dan untuk menjelaskan mengapa mereka telah memilih ajaran itu.

  • Jika anda mengajar remaja puteri, anda boleh berkongsi pesanan Presiden Russell M. Nelson “Harta Karun Rohani,” yang ditujukan kepada mereka (Liahona, Nov. 2019, 76–79). Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk mencari pesanan untuk sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk “mendapatkan kuasa Juruselamat” sepenuhnya dalam kehidupan mereka (halaman 77). Apakah Presiden Nelson ajarkan tentang bagaimana kita dapat mengakses kuasa imamat? Bagaimanakah kuasa imamat dapat memberkati kita? Galakkan para remaja puteri untuk mempertimbangkan bagaimana mereka akan bertindak atas jemputan Presiden Nelson ini: Saya meminta anda untuk mengaji dengan penuh doa semua kebenaran yang anda boleh cari tentang kuasa imamat.” (halaman 79).

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat mengajar para pengikut-Nya agar merujuk kepada kitab suci untuk mencari jawapan kepada soalan dan untuk menerima kekuatan rohani. Bagaimanakah anda boleh menggalakkan orang yang anda ajar agar merujuk kepada kitab suci untuk mencari jawapan kepada soalan dan cabaran mereka?

Cetak