2010–2019
Kuasa Imamat dan Penebusan Juruselamat
Oktober 2017


2:3

Kuasa Imamat dan Penebusan Juruselamat

Untuk menggenapi tujuan Bapa Syurgawi, kuasa penebusan Kristus perlu disediakan kepada anak-anak Tuhan. Imamat memberikan peluang ini.

Gambarkan dengan saya sebuah roket digerakkan ke atas kawasan pelancaran supaya ia boleh disediakan untuk berlepas. Sekarang, gambarkan penyalaan. Bahan api, dalam pembakaran terkawal, ditukarkan ke gas panas yang merebak keluar dan menyediakan tujahan yang diperlukan untuk menerbangkan roket ke angkasa. Akhirnya, bayangkan muatan atau kargo yang diletakkan di atas roket. Nilai muatan hanya paling berguna apabila ia tiba ke mana ia seharusnya tiba dan berfungsi sepenuhnya. Seseorang tidak perlu menjadi saintis roket untuk mengetahui bahawa sebuah satelit komunikasi global yang mahal mempunyai nilai yang sikit jika disimpan di gudang. Misi roket adalah hanya untuk menghantar muatan.

Petang ini saya ingin membandingkan imamat yang kita pegang kepada roket dan peluang untuk mendapat manfaat daripada kuasa penebusan Juruselamat kepada muatan yang dihantar roket.

Oleh kerana korban tebusan-Nya, Yesus Kristus mempunyai kuasa dan wewenang untuk menebus semua manusia. Untuk menjadikan kuasa penebusan-Nya mudah disampaikan, Dia telah menugaskan sebahagian kuasa-Nya dan wewenang kepada manusia di dunia. Kuasa dan wewenang yang ditugaskan ini dipanggil imamat. Ia membenarkan pemegang imamat untuk menolong Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dalam pekerjaan Mereka, untuk membawa penyelamatan dan permuliaan anak-anak Tuhan. Ia begitu kerana ia menyediakan peluang untuk anak-anak Tuhan menerima berkat kuasa penebus Juruselamat

Kuasa penebusan Yesus Kristus penting kerana kita tidak boleh pulang kepada rumah syurgawi kita tanpa pertolongan. Dalam kefanaan, kita memang akan membuat kesilapan dan melanggar hukum-hukum Tuhan. Kita dikotori dengan dosa dan tidak dibenarkan pulang ke hadirat Tuhan. Kita memerlukan kuasa penebusan Juruselamat supaya kita boleh didamaikan dengan Bapa Syurgawi. Yesus Kristus memecahkan belenggu kematian jasmani, ia membenarkan kebangkitan untuk semua. Dia menawarkan keampunan dosa, dengan syarat kita patuh kepada hukum dan tatacara Injil-Nya. Melalui Dia, permuliaan ditawarkan. Muatan paling penting dalam penciptaan dunia ini adalah peluang untuk mendapat manfaat daripada kuasa penebusan Juruselamat.

Untuk menggenapi tujuan Bapa Syurgawi, kuasa penebusan Kristus perlu disediakan kepada anak-anak Tuhan.1 Imamat memberikan peluang ini. Ia adalah roket itu. Imamat adalah penting kerana tatacara dan perjanjian yang perlu di dunia ini diberi hanya melalui wewenang-Nya. Jika imamat gagal memberikan peluang untuk bermanfaat daripada kuasa menebus Juruselamat, apakah tujuannya? Adakah ia hanya satu mercun kompleks yang menarik perhatian? Tuhan berniat bahawa imamat digunakan lebih daripada kelas pada hari Ahad atau peluang pelayanan. Dia berniat untuknya menghantar muatan itu.

Kerosakan kecil dalam roket boleh menyebabkan misi yang gagal. Meterai yang rapuh serta bahan lesu boleh menyebabkan roket itu rosak. Untuk melindungi imamat daripada meterai rapuh dan bahan lesu, Tuhan melindungi kedua-dua pemberian dan kegunaannya.2 Pemberian imamat dilindungi dengan kunci-kunci imamat, iaitu hak presidensi yang diberikan kepada manusia.3 Penggunaan imamat turut dilindungi dengan kunci-kunci imamat tetapi melalui perjanjian yang dibuat oleh pemegang imamat. Kegunaan imamat ditadbir dengan kunci-kunci imamat dan perjanjian. Imamat seorang lelaki diberi secara individu dan tidak wujud bebas darinya;4 imamat bukan punca kuasa yang tidak mempunyai bentuk.

Kedua-dua Imamat Melkisedek dan Harun diterima melalui perjanjian.5 Tuhan yang memutuskan syarat dan manusia menerimanya. Secara umum, pemegang imamat berjanji untuk menolong Tuhan dalam pekerjaan-Nya. Awal dalam zaman keagamaan ini, Yesus Kristus menerangkan bahawa perjanjian imamat “yang dikukuhkan ke atas dirimu demi kepentinganmu, dan bukan demi kepentinganmu saja, tetapi demi seluruh dunia … kerana mereka tidak datang kepada-Ku.”6

Ini mengajar bahawa tujuan imamat adalah untuk menjemput semua orang datang kepada Kristus dengan menolong mereka menerima injil yang dipulihkan. Kita mempunyai imamat supaya kita boleh menolong anak-anak Bapa di Syurga dilegakan daripada beban dosa dan menjadi seperti-Nya. Melalui imamat, kuasa ketuhanan adalah nyata dalam kehidupan semua yang membuat dan mentaati perjanjian injil serta menerima tatacara yang berkaitan dengannya.7 Inilah cara setiap daripada kita datang kepada Kristus, dimurnikan dan berdamai dengan Tuhan. Kuasa penebusan Kristus boleh didapati melalui imamat, yang menghantar muatan.

Perjanjian dengan Tuhan adalah serius dan takzim. Seorang lelaki harus bersedia, belajar tentangnya sebelum memasuki dalam satu perjanjian dengan niat untuk mengikutnya. Satu perjanjian menjadi ikrar kepada diri sendiri. Saya mentafsirkan pengarang Inggeris Robert Bolt, seorang lelaki membuat perjanjian hanya apabila dia ingin membuat komitmen secara luar biasa kepada satu janji. Dia membuat satu identiti di antara kebenaran janji itu dengan hemah dirinya. Apabila seorang lelaki membuat satu perjanjian, dia memegang dirinya seperti menatang air dengan kedua tangannya. Dan apabila dia membuka jarinya, dia tidak akan dapat mencari dirinya semula. Seorang pelanggar perjanjian tidak lagi ada diri sendiri untuk komit atau memberi jaminan.8

Pemegang Imamat Harun berjanji untuk mengelak kejahatan, menolong orang lain berdamai dengan Tuhan dan bersedia untuk menerima Imamat Melkisedek.9 Tanggungjawab kudus ini tercapai apabila dia mengajar, membaptis, menguatkan ahli Gereja, dan menjemput semua untuk menerima injil. Ini adalah fungsi “roket”-Nya Sebagai balasan, Tuhan menjanjikan harapan, keampunan, pelayanan para malaikat, dan kunci-kunci injil pertaubatan dan pembaptisan.10

Seorang pemegang Imamat Melkisedek berjanji untuk memenuhi tanggungjawab yang berkaitan dengan Imamat Harun dan mengembangkan panggilannya dalam Imamat Melkisedek.11Dia melakukannya dengan mentaati perintah yang berkaitan dengan perjanjian itu. Dia melakukannya dengan mentaati perintah yang berkaitan dengan perjanjian itu. Perintah ini termasuk “tekun mengindahkan firman tentang kehidupan kekal” dengan “hidup dengan setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan.”12 memberi kesaksian tentang Yesus Kristus dan pekerjaan zaman akhir-Nya,13 tidak bercakap besar tentang dirinya,14 dan menjadi kawan Juruselamat, mempercayai Dia seperti seorang kawan.15

Sebagai balasan, Tuhan berjanji bahawa pemegang Imamat Melkisedek akan menerima kunci-kunci untuk memahami rahsia-rahsia Tuhan. Dia akan menjadi sempurna supaya dia boleh berdiri di hadirat Tuhan Dia boleh memenuhi tujuannya dalam kerja penyelamatan. Yesus Kristus akan menyediakan jalan bagi pemegang imamat dan akan bersamanya. Roh Kudus akan berada dalam hati pemegang imamat dan malaikat akan mengangkatnya. Badannya akan diperkuatkan dan diperbaharui. Dia akan menjadi waris kepada berkat Abraham dengan isteri dia, waris bersama dengan Yesus Kristus kepada kerajaan Bapa di Syurga.16 Ini adalah “berkat-berkat yang sangat baik dan berharga.”17 Tiada janji yang lebih besar boleh dibayangkan.

Kepada setiap lelaki yang menerima Imamat Melkisedek, Tuhan mengesahkan perjanjian-Nya dengan satu sumpah.18 Sumpah ini berkaitan dengan Imamat Melkisedek,19 dan Tuhan yang mengangkat sumpah, bukan pemegang imamat.20 Oleh kerana ini merupakan satu situasi unik yang melibatkan kuasa dan wewenang-Nya, Tuhan menggunakan satu sumpah, dan Dia menggunakan bahasa yang tegas, untuk memberi jaminan kepada kita terhadap sifat ikatan dan perjanjian-Nya yang tidak boleh berubah.

Akibat yang teruk akan datang daripada memecah perjanjian imamat dan berpaling daripadanya sepenuhnya.21 Sikap bersahaja dan apatis dalam panggilan imamat adalah seperti memperkenalkan bahan lesu ke dalam komponen roket. Ia menjejaskan perjanjian imamat kerana ia menyebabkan kegagalan misi. Ketidakpatuhan kepada perintah Tuhan melanggarkan perjanjian. Untuk seorang pelanggar perjanjian secara berterusan dan tidak bertaubat, berkat yang dijanjikan akan ditarik balik.

Saya mula memahami dengan lebih tentang hubungan di antara roket “imamat” dan muatan yang memberi “peluang untuk manfaat daripada kuasa menebus Kristus” beberapa tahun dahulu. Pada satu hujung minggu, saya mempunyai dua tugas. Salah satu adalah untuk menubuhkan pancang pertama dalam satu negara, dan yang satu lagi adalah untuk menemuramah seorang lelaki muda dan jika semuanya teratur, saya akan memulihkan berkat bait suci dan imamat dia. Lelaki 30 tahun ini menyertai Gereja apabila dia seorang remaja. Dia melayani satu misi dengan mulia. Tetapi apabila dia pulang, dia hilang arah tuju, dan turut hilang keahlian Gereja. Selepas beberapa tahun “dia kembali pada dirinya,”22 dan dengan pertolongan pemimpin imamat dan ahli gereja yang baik hati, dia bertaubat dan dimasukkan semula melalui pembaptisan ke dalam Gereja.

Kemudian, dia memohon untuk mendapatkan berkat imamat dan bait suci dia dipulihkan. Kami menetapkan janji temu pada hari Sabtu, pada 10.00 a.m. di Gereja. Apabila saya tiba untuk temu ramah yang lebih awal, dia sudah berada di Gereja. Dia inginkan sangat imamatnya kembali, dia tidak boleh tunggu lagi.

Semasa temu ramah kami, Saya menunjukkan kepada dia satu surat yang telah disemak oleh Presiden Thomas S. Monson secara peribadi dan memberi hak kuasa untuk temu ramah. Lelaki ini yang selalunya tenang mula menangis. Saya beritahu dia bahawa tarikh temuramah kita tidak akan mempunyai erti rasmi dalam hidupnya. Dia nampak keliru. Saya beritahu dia bahawa selepas saya memulihkan berkatnya, catatan keahliannya akan hanya menunjukkan tarikh asal pembaptisan, penetapan, pentahbisan imamat, dan tarikh anugerahan. Dia menangis semula.

Saya meminta dia untuk membaca dari Ajaran dan Perjanjian:

“Lihatlah, dia yang bertaubat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.

“Dengan ini kamu boleh mengetahui jika seseorang bertaubat dari dosa-dosanya—lihatlah, dia akan mengakuinya dan meninggalkannya.”23

Air mata memenuhi matanya untuk kali ketiga. Kemudian saya meletakkan tangan saya di atas kepalanya dan dalam nama Yesus Kristus, dengan wewenang Imamat Melkisedek, dan dengan kebenaran Presiden Gereja, Saya memulihkan imamat dan berkat bait sucinya.

Kegembiraan yang datang kepada kami amat mendalam. Dia tahu bahawa sekali lagi dia diberi wewenang untuk memegang dan menggunakan imamat Tuhan. Dia tahu bahawa berkat bait sucinya berfungsi sepenuhnya. Dia mempunyai kemesraan setiap langkahnya dan cahaya berseri di sekelilingnya. Saya amat bangga dengan dia dan merasa bahawa Tuhan bangga dengan dia juga.

Selepas itu, pancang baru diaturkan. Semua perjumpaan dihadiri dengan baik oleh ahli Gereja yang bersemangat dan beriman, dan satu presidensi pancang yang hebat disokong. Tetapi bagi saya, perkara yang paling bersejarah dalam mengaturkan pancang pertama dalam negara ini dibayangi dengan kegembiraan yang saya rasa dengan memulihkan berkat kepada lelaki muda ini.

Saya sudah sedar bahawa sebab untuk mengatur sebuah pancang, atau menggunakan imamat Tuhan dalam apa jua sekalipun, adalah untuk menolong Bapa di Syurga dan Yesus Kristus dalam pekerjaan Mereka—untuk menyediakan peluang untuk penebusan dan permuliaan kepada setiap anak Tuhan. Seperti roket yang tujuannya untuk menghantar muatan, imamat menghantar injil Yesus Kristus, ia membolehkan semua untuk membuat perjanjian dan menerima tatacara yang berkaitan. “Darah korban tebusan Kristus”24 boleh digunakan dalam hidup kita sambil kita mengalami pengaruh kudus daripada Roh Kudus dan menerima berkat janji Tuhan.

Di samping mematuhi hukum-hukum dan tatacara injil dengan sendiri, saya menjemput anda untuk membuat dan mentaati perjanjian imamat. Terimalah sumpah Tuhan dan janji-Nya. Kembangkan tanggungjawab anda dalam imamat untuk menolong Bapa di Syurga dan Yesus Kristus. Gunakan imamat untuk menolong menghantar peluang untuk mendapat manfaat daripada kuasa penebusan Juruselamat kepada seseorang! Apabila anda melakukannya, berkat akan datang kepada anda dan keluarga anda. Saya bersaksi bahawa Penebus hidup dan mengarahkan pekerjaan ini, dalam nama Yesus Kristus, amin.