Saksi Tuhan yang Meyakinkan: Kitab Mormon
Kitab Mormon adalah saksi Tuhan yang meyakinkan tentang keilahian Yesus Kristus, panggilan kenabian Joseph Smith, dan kebenaran mutlak Gereja ini.
Kitab Mormon bukan sahaja batu kunci agama kita, tetapi ia juga dapat menjadi batu kunci kesaksian kita agar ketika rintangan atau persoalan yang tidak terjawab mendatangi kita, ia dapat memegang teguh kesaksian kita dengan selamat. Kitab ini adalah lebih berat pada skala kebenaran dan melebihi gabungan berat semua pertikaian pengkritik. Mengapa? Kerana sekiranya ia adalah benar, maka Joseph Smith ialah seorang nabi dan ini merupakan Gereja Yesus Kristus yang telah dipulihkan, tanpa mengira apa jua sejarah atau pertikaian lain yang berlawanan. Untuk tujuan ini, pengkritik bertujuan untuk menyangkal Kitab Mormon, tetapi halangan yang mereka hadapi adalah tidak dapat diatasi, kerana kitab itu benar.
Pertama, pengkritik perlu menjelaskan bagaimana Joseph Smith, seorang peladang yang berusia 23 tahun dengan pelajaran yang terhad, mencipta sebuah buku dengan ratusan nama-nama dan tempat-tempat yang unik, serta cerita-cerita dan kejadian-kejadian terperinci. Oleh sebab itu, banyak pengkritik mencadangkan bahawa dia merupakan seorang genius kreatif yang bergantung terhadap banyak buku-buku dan sumber tempatan yang lain untuk mencipta kandungan sejarah di Kitab Mormon. Tetapi bertentangan dengan kenyataan mereka, tidak ada saksi kukuh yang mendakwa melihat Joseph dengan sebarang sumber-sumber andaian ini sebelum memulakan penterjemahan.
Bahkan sekiranya pertikaian ini adalah benar, ia tidak mencukupi untuk menjelaskan kewujudan Kitab Mormon. Seseorang juga harus menjawab soalan: bagaimanakah Joseph membawa semua sumber-sumber andaian ini, mengetepikan yang tidak relevan, menyimpan fakta-fakta rumit tentang siapa yang berada di tempat mana dan bilakah, dan kemudian mengarang ia dengan ingatan yang sempurna? Kerana ketika Joseph Smith menterjemah, dia tidak memiliki sebarang nota. Pada hakikatnya, isterinya Emma berkata: “Dia tidak memiliki manuskrip mahupun buku untuk dibaca. … Sekiranya dia memiliki sebarang dari itu dia tidak akan dapat menyembunyikannya dari saya.”1
Jadi bagaimanakah Joseph melaksanakan pengarangan sebuah buku berhalaman 500 lebih tanpa sebarang nota? Untuk melakukan itu, dia seharusnya bukan sahaja seorang genius kreatif tetapi juga memiliki ingatan fotografi pada kadar luar biasa. Tetapi sekiranya itu adalah benar, mengapakah pengkritiknya tidak memberi perhatian kepada bakat yang menakjubkan ini?
Tetapi terdapat lebih lagi. Laporan pertikaian ini hanya untuk isi kandungan sejarah kitab. Isu sebenar masih tinggal: bagaimanakah Joseph menghasilkan sebuah buku yang dipancarkan dengan Roh, dan dari manakah dia mendapat ajaran yang mendalam, kebanyakan menerangkan atau bertentangan dengan kepercayaan Kristian di zamannya?
Sebagai contoh, Kitab Mormon mengajarkan, bertentangan dengan kepercayaan banyak Kristian, bahawa Kejatuhan Adam merupakan satu langkah positif ke depan. Ia mengungkapkan perjanjian-perjanjian yang dilakukan di pembaptisan, yang tidak dinyatakan di dalam Alkitab.
Sebagai tambahan, seseorang mungkin tertanya, di manakah Joseph mendapat ilham yang kuat bahawa kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, Dia bukan sahaja dapat membersihkan kita tetapi juga menyempurnakan kita? Dari manakah dia mendapat khutbah yang menakjubkan tentang iman di Alma 32? Atau khutbah Raja Benyamin tentang Korban Tebusan Juruselamat, bahkan khutbah yang paling luar biasa tentang subjek ini dalam seluruh tulisan suci? Atau alegori tentang pokok zaitun dengan semua kerumitan dan kekayaan ajarannya? Ketika saya membaca alegori ini, saya perlu memetakan untuk mengikuti selok-beloknya. Adakah kita sekarang patut mempercayai bahawa Joseph Smith cuma mengarang kesemua khutbah ini di mindanya tanpa sebarang nota apa pun?
Bertentang dengan kesimpulan sedemikian, cap jari Tuhan berada di seluruh Kitab Mormon yang membuktikan ajaran kebenaran agungnya, terutamanya khutbah penuh kemahirannya dalam Korban Tebusan Yesus Kristus.
Jika Joseph bukanlah seorang nabi, maka untuk laporan ini dan banyak ajaran ilham yang luar biasa, pengkritik harus membuat pertikaian bahawa dia juga merupakan seorang genius teologi. Tetapi sekiranya itu merupakan halnya, seorang mungkin bertanya: mengapakah cuma Joseph satu-satunya dalam 1,800 tahun mengikuti pelayanan Kristus untuk menghasilkan bidang unik dan memperjelaskan ajaran-ajaran? Kerana ia adalah wahyu, bukan kecemerlangan, itu merupakan sumber buku ini.
Tetapi walaupun kita andaikan bahawa Joseph merupakan seorang kreatif dan genius teologi, dengan memori fotografi—bakat-bakat ini sahaja tidak menjadikan dia seorang penulis arif. Untuk menerangkan kewujudan Kitab Mormon, pengkritik juga perlu membuat tuntutan bahawa Jospeh merupakan seorang penulis berbakat semula jadi pada usia 23. Selain itu, bagaimanakah dia mengarang nama-nama, tempat-tempat, dan kejadian-kejadian harmoni secara keseluruhan tanpa ada yang tidak konsisten? Bagaimanakah dia menulis dengan teliti strategi peperangan, menulis khutbah yang fasih, dan mengeluarkan ungkapan yang diserlahkan, dihafal, dipetik, dan diletakkan di atas pintu peti sejuk berjuta-juta orang, seperti, “Apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu” (Mosia 2:17) atau “Manusia wujud, agar mereka boleh berbahagia” (2 Nefi 2:25). Ini adalah pesanan dengan degupan jantung-pesanan yang hidup dan bernafas dan mengilhamkan. Untuk mencadangkan bahawa Joseph Smith pada usia 23 mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menulis karya monumental ini dalam sebuah graf tunggal kira-kira dalam 65 hari bekerja adalah bertentangan dengan realiti kehidupan.
Presiden Russell M. Nelson, seorang penulis yang berpengalaman dan berkemahiran, berkongsi bahawa dia mempunyai lebih dari 40 ulang tulis dalam ucapan Persidangan Umum terbaru ini. Adakah kita sekarang mempercayai bahawa Joseph Smith, dengan sendiri, mengarang keseluruhan Kitab Mormon dalam draf tunggal dengan sebahagian besar perubahan kecil tatabahasa yang dibuat selepas itu?
Isteri Joseph, Emma mengesahkan kemustahilan kerja seperti itu: “Joseph Smith [sebagai seorang pemuda] tidak boleh menulis atau mengarahkan logik dan surat dengan perkataan yang tersusun; apatah lagi sebuah buku seperti Kitab Mormon.”2
Dan akhirnya, walaupun seseorang menerima pertikaian-pertikaian yang terdahulu, mereka mungkin sangsi, pengkritik masih menghadapi halangan lain yang menjulang. Joseph mendakwa bahawa Kitab Mormon diukir pada kepingan-kepingan emas. Dakwaan ini menerima kritikan tidak henti-henti pada masanya—kerana “semua orang” mengetahui sejarah purba ditulis pada kertas papirus atau kertas kulit, sehingga bertahun kemudian, ketika kepingan-kepingan logam dengan tulisan purba dijumpai. Sebagai tambahan, pengkritik mendakwa penggunaan simen, sebagaimana yang digambarkan dalam Kitab Mormon, adalah melebihi kepakaran teknikal bangsa Amerika terawal—sehinggalah struktur simen dijumpai di Amerika purba. Bagaimana pengkritik melaporkan sekarang tentang penemuan-penemuan serupa dan tidak serupa ini? Kamu lihat, Joseph, juga mesti merupakan seorang peneka yang sangat, sangat bertuah. Bagaimanapun, tidak kira apa jua kemungkinan yang melawannya, melawan semua pengetahuan saintifik dan pengetahuan akademik, dia meneka dengan tepat manakala yang lain salah.
Setelah semua yang telah dikatakan dan dilakukan, seseorang mungkin akan hairan bagaimana seseorang boleh mempercayai semua faktor tuduhan yang dikatakan, seperti yang dicadangkan oleh pengkritik, digabungkan sedemikian dalam cara yang membolehkan Joseph menulis Kitab Mormon dan dengan itu mengangkat tipu daya setan. Tetapi bagaimanakah ini masuk akal? Dalam pertentangan langsung terhadap dakwaan seperti itu, kitab ini telah mengilhami berjuta-juta untuk menolak setan dan menjalani kehidupan seperti Kristus.
Sementara yang lain mungkin akan memilih untuk mempercayai buah pemikiran pengkritik, ia adalah, bagi saya, ia adalah kebuntuan intelektual dan rohani. Untuk mempercayai sesuatu seperti itu, saya perlu menerima satu demi satu andaian yang tidak terbukti. Di samping itu, saya perlu mengabaikan kesaksian dari setiap seorang 11 saksi,3 walaupun masing-masing tetap setia kepada kesaksian mereka sehingga akhirnya; saya perlu menolak ajaran ilahi yang mengisi halaman-halaman kitab kudus ini dengan kebenaran-kebenaran firdaus; saya perlu mengabaikan fakta bahawa orang ramai, termasuk diri saya, telah datang lebih dekat kepada Tuhan dengan membaca kitab ini berbanding yang lain, dan di atas semuanya, saya perlu menafikan bisikan Roh Kudus yang nyata. Ini akan menjadi bertentangan dengan semua yang saya ketahui benar.
Salah seorang kawan saya yang baik dan bijak telah meninggalkan Gereja untuk suatu masa. Baru-baru ini dia menulis kepada saya tentang kepulangannya: “Pada mulanya, saya ingin Kitab Mormon dibuktikan kepada saya secara sejarah, secara geografi, secara linguistik, dan secara budaya. Tetapi ketika saya menukarkan tumpuan saya kepada apa yang ia ajarkan tentang injil Yesus Kristus dan misi penyelamatan-Nya, saya mula untuk memperoleh kesaksian tentang kebenarannya. Satu hari ketika sedang membaca Kitab Mormon di dalam bilik saya, saya berhenti, melutut, dan memberikan doa tulus ikhlas dan merasa yakin Bapa Syurgawi berbisik kepada roh saya bahawa Gereja dan Kitab Mormon sememangnya benar. Masa tiga tahun setengah saya dalam menyelidiki semula tentang Gereja mendorong saya balik segenap hati dan menyakini semua kebenarannya.”
Sekiranya seseorang akan mengambil masa untuk membaca dengan rendah hati dan merenungkan Kitab Mormon, seperti yang dilakukan oleh kawan saya, dan mendengar kepada buah manis Roh, kemudian akhirnya dia akan menerima kesaksian yang diingini.
Kitab Mormon adalah salah satu kurniaan Tuhan yang tidak terhingga kepada kita. Ia merupakan pedang dan perisai—ia menghantar firman Tuhan ke dalam pertempuran untuk melawan bagi hati para orang yang benar dan melayani sebagai gerbang perlindungan bagi kebenaran. Sebagai Orang Suci, kita bukan sahaja mempunyai kesempatan untuk melindungi Kitab Mormon tetapi juga kesempatan untuk mengambil serangan ini—untuk berkhutbah dengan kuasa ajaran ilahinya dan memberi kesaksian tentang saksi tertinggi tentang Yesus Kristus.
Saya berkongsi kesaksian khusyuk saya bahawa Kitab Mormon diterjemahkan melalui kurnia dan kuasa Tuhan. Ia adalah saksi Tuhan yang meyakinkan tentang keilahian Yesus Kristus, panggilan kenabian Joseph Smith, dan kebenaran mutlak Gereja ini. Semoga ia menjadi batu kunci untuk kesaksian kita, sehingga ia boleh dikatakan kepada kita, seperti orang Laman yang telah bertukar hati, mereka “tidaklah pernah jatuh.”Alma23:6 Dalam nama Yesus Kristus, amin