2010–2019
Pemegang Cahaya Syurgawi
Oktober 2017


2:3

Pemegang Cahaya Syurgawi

Sebagai pemegang imamat Tuhan dan sebagai pengikut Yesus Kristus, anda seorang pemegang cahaya.

Seorang lelaki tua sedang berdiri di barisan dalam pejabat pos untuk beli setem di kaunter perkhidmatan. Seorang perempuan muda ternampak dia berjalan dengan susah dan bantumenunjukkan dia bagaimana untuk beli setem dari mesin untuk menjimatkan masa. Lelaki itu berkata, “Terima kasih, tetapi saya lebih suka menunggu. Mesin itu tidak akan tanya saya tentang sakit artritis saya.”

Kadang-kadang bercakap dengan seseorang yang mengambil berat tentang cabaran-cabaran kita boleh membantu kita.

Kepedihan, kesengsaraan, dan kesakitan merupakan pengalaman yang kita semua mengalami—masa-masa kejadian yang tidak diingini, kesengsaraan, dan nasib malang boleh tambah dan menjadi kenangan besar pada jiwa kita.

Untuk kesihatan jasmani kita, kita menerima penuaan dan kesakitan sebagai bahagian perjalanan fana kita. Kita mencari nasihat orang profesional yang memahami badan jasmani. Apabila kita menderita kerana kebimbangan emosi atau kesakitan mental, kita mencari pertolongan pakar yang merawat penyakit-penyakit begini.

Seperti kita menghadapi cabaran jasmani dan emosi dalam kefanaan ini, kita juga menghadapi cabaran rohani. Kebanyakan kita telah mengalami masa dalam kehidupan kita bila kesaksian kita sangat terang. Kita juga mungkin mengalami masa bila Bapa Syurgawi kita nampaknya jauh. Terdapat masa apabila kita menghargai perkara-perkara Roh dengan seluruh hati kita. Terdapat masa juga apabila perkara-perkara ini nampak kurang bernilai atau kurang penting.

Hari ini saya ingin berucap tentang kesihatan rohani—bagaimana kita dapat mencari penyembuhan dari keadaan tidak berubah-ubah dan berjalan di jalan kesihatan rohani yang terang.

Penyakit Rohani

Kadang-kadang penyakit rohani datang sebagai akibat dosa atau luka-luka emosi. Kadang-kadang kerosakan rohani datang dengan begitu perlahan sehingga kita hampir tidak dapat tahu apa yang berlaku. Seperti lapisan batu sedimen, kesakitan dan kesedihan rohani boleh tambah mengikut masa, membebani jiwa kita sehingga ia hampir terlalu berat untuk menanggung. Contohnya, ini boleh berlaku apabila tanggungjawab kita dalam pekerjaan, rumah, dan gereja menjadi begitu susah sehingga kita kehilangan pandangan kegembiraan injil. Kita juga mungkin rasa bahawa kita tidak ada apa-apa lagi untuk memberi atau bahawa mematuhi perintah-perintah nampak luar kekuatan kita.

Tetapi walaupun cabaran rohani wujud, cabaran rohani boleh diubati.

Kita dapat sembuh secara rohani.

Bahkan luka-luka rohani yang paling mendalam—ya, bahkan luka yang nampak tidak boleh diubati—boleh diubati.

Sahabat-sahabat saya yang dikasihi, kuasa penyembuhan Yesus Kristus tidak hilang pada zaman kita.

Penyembuhan Juruselamat boleh mengubah kehidupan dalam zaman kita seperti dalam zaman Dia. Jika kita mempunyai iman, Dia dapat mengambil tangan kita, memenuhi jiwa kita dengan cahaya dan penyembuhan syurgawi, dan mengatakan kepada kita, “Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah.”1

Kegelapan dan Cahaya

Apa sahaja yang menyebabkan penyakit rohani kita, semuanya ada satu persamaan: ketiadaan cahaya ilahi.

Kegelapan mengurangkan kebolehan kita untuk melihat dengan jelas. Ia memalapkan pandangan kita tentang hal-hal yang sebelumnya jelas. Apabila kita berada dalam kegelapan, kita lebih mungkin membuat pilihan yang tidak baik kerana kita tidak dapat melihat bahaya di jalan kita. Apabila kita berada dalam kegelapan, kita lebih mungkin kehilangan harapan kerana kita tidak dapat melihat kedamaian dan kegembiraan yang menunggu jika kita terus maju ke hadapan.

Sebaliknya, cahaya membenarkan kita melihat dengan nyata. Ia membenarkan kita membezakan antara kebenaran dan kesalahan, antara yang penting dan yang tidak penting. Apabila kita berada dalam cahaya, kita dapat membuat pilihan-pilihan soleh berdasarkan asas-asas yang benar. Apabila kita berada dalam cahaya, kita mempunyai “kecerahan harapan yang sempurna”2 kerana dapat melihat cabaran-cabaran fana kita dari pandangan abadi.

Kita akan menemui penyembuhan rohani apabila kita berundur dari bayang-bayang dunia dan masuk ke dalam Cahaya Kristus yang tidak berakhiran.

Semakin lebih yang kita faham dan menggunakan konsep ajaran cahaya, semakin lebih kita dapat melindungi daripada penyakit rohani yang mengenakan atau yang menyusahkan kita di setiap bahagian, dan kita boleh melayani lebih baik sebagai pemegang imamat kudus yang bertenaga, berani, penyayang, dan rendah hati—orang suruhan dan pengikut sejati Raja kita yang dikasihi dan abadi.

Cahaya Dunia

Yesus berkata, “Akulah cahaya dunia: dia yang mengikuti-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi akan memiliki cahaya kehidupan.”3

Apakah erti ini?

Ia bererti: Sesiapa yang mengikuti Yesus Kristus dengan rendah hati akan mengalami dan mengongsi dalam cahaya-Nya. Dan cahaya itu akan berkembang hingga melenyapkan kegelapan, bahkan kegelapan yang paling dalam.

Ia bererti bahawa terdapat kuasa, pengaruh yang kuat, yang datang daripada Juruselamat. Ia pergi “dari hadirat Tuhan untuk mengisi ruang yang tidak terukur besarnya.”4 Oleh kerana kuasa ini menerangkan, mempertingkatkan, dan memberi cahaya kepada kehidupan kita, kitab-kitab suci kerap kali memanggilnya cahaya, tetapi ia juga dipanggil roh dan kebenaran.

Di Ajaran dan Perjanjian kita membaca, “Kerana firman Tuhan adalah kebenaran dan kebenaran apapun adalah cahaya, dan cahaya apapun adalah Roh, iaitu Roh Yesus Kristus.”5

Wawasan yang bermakna ini—bahawa cahaya ialah roh, yang merupakan kebenaran, dan bahawa cahaya ini bersinar kepada setiap jiwa yang datang ke dunia—adalah penting dan penuh harapan. Cahaya Kristus menerangkan dan memenuhi jiwa semua yang mendengar suara Roh.6

Cahaya Kristus memenuhi alam semesta.

Ia memenuhi bumi.

Dan ia boleh memenuhi setiap hati.

“Tuhan tidak membezakan orang.”7 Cahaya-Nya adalah untuk semua orang—besar atau kecil, kaya atau miskin, yang istimewa atau yang kerugian.

Jika anda membuka minda dan hati untuk menerima Cahaya Kristus dan mengikuti Juruselamat dengan rendah hati, anda akan menerima lebih cahaya lagi. Baris demi baris, di sini sedikit dan di sana sedikit, anda akan mengumpulkan lebih cahaya dan kebenaran ke dalam jiwa anda hingga kegelapan telah dilenyapkan dari kehidupan anda.8

Tuhan akan membuka mata anda.

Tuhan akan memberi anda satu hati baru.

Kasih, cahaya, dan kebenaran Tuhan akan menyebabkan perkara-perkara yang tidak aktif menjadi aktif, dan anda akan dilahirkan semula ke dalam kehidupan baru dalam Yesus Kristus.9

Tuhan telah berjanji, “Dan bila pandanganmu hanya tertuju kepada kemuliaan-Ku, seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya, dan di dalam tubuhmu tidak akan ada kegelapan; dan dia yang dipenuhi dengan cahaya memahami segala hal.”10

Inilah ubat paling hebat untuk penyakit rohani. Kegelapan dilenyapkan di kehadiran cahaya.

Metafora untuk Kegelapan Rohani

Namun, Tuhan tidak akan paksa kita untuk memeluk cahaya-Nya.

Jika kita menjadi selesa dengan kegelapan, tidak mungkin hati kita akan berubah.

Supaya perubahan itu boleh berlaku, kita perlu dengan aktif membenarkan cahaya masuk.

Semasa penerbangan-penerbangan saya sebagai kapten kapal terbang, saya selalu terpesona dengan keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Hubungan antara bumi dan matahari terutamanya mempesonakan. Saya menganggapnya pelajaran ini sungguh bermakna tentang kewujudan kegelapan dan cahaya.

Seperti kita semua tahu, dalam setiap 24 jam malam menjadi hari dan hari menjadi malam.

Jadi, apakah itu malam?

Malam hanya seperti bayang-bayang sahaja.

Bahkan semasa malam-malam yang paling gelap, matahari tidak berhenti memancarkan cahayanya. Ia terus bersinar dengan paling terang. Tetapi setengah bumi berada dalam kegelapan.

Ketiadaan cahaya menyebabkan kegelapan.

Apabila kegelapan malam datang, kita tidak risau bahawa matahari dilenyapkan. Kita tidak berfikir bahawa matahari tiada lagi atau sudah mati. Kita faham bahawa kita berada dalam bayang-bayang, bahawa bumi akan berpusing, dan akhirnya sinaran matahari akan mencapai kita sekali lagi.

Kegelapan bukanlah tanda bahawa tidak ada cahaya. Kerap kali, ia bererti kita tidak berada di tempat betul untuk terima cahaya. Semasa gerhana kebelakangan ini, ramai orang membuat usaha besar untuk berada di dalam kawasan bayang-bayang yang dibuat oleh bulan pada tengah hari yang terang.

Dalam cara yang sama, cahaya rohani bersinar berterusan pada semua ciptaan Tuhan. Setan akan membuat setiap usaha untuk mencipta bayang-bayang atau memujuk kita ke dalam bayang-bayang yang kita buat sendiri. Dia akan memaksa kita untuk membuat gerhana kita sendiri; dia akan menolak kita ke dalam kegelapan tempatnya.

Kegelapan rohani boleh meletakkan tirai kelupaan dikelilingi orang yang sebelumnya berjalan dalam cahaya dan bergembira dalam Tuhan. Namun, bahkan pada masa-masa kegelapan besar, Tuhan mendengar permohonan kita yang rendah hati, apabila kita berdoa, “Tuhan, aku percaya; tolonglah aku yang tidak percaya ini.”11

Pada masa Alma terdapat banyak orang yang berjuang menerima hal-hal rohani, dan “kerana ketidakpercayaan mereka,” cahaya dan kebenaran Tuhan tidak dapat masuk jiwa mereka “dan hati mereka dikeraskan.”12

Kita adalah Pemegang Cahaya

Saudara-saudara, terpulanglah kepada kita untuk berada di tempat betul untuk melihat cahaya dan kebenaran ilahi injil Yesus Kristus. Bahkan apabila malam sudah datang dan dunia nampak gelap, kita dapat pilih untuk berjalan dalam cahaya Kristus, mematuhi perintah-perintah-Nya, dan bersaksi dengan berani akan kewujudan-Nya dan kehebatan-Nya.

Sebagai pemegang imamat Tuhan dan sebagai pengikut Yesus Kristus, anda seorang pemegang cahaya. Terus melakukan hal-hal yang akan memelihara cahaya syurgawi-Nya. “Angkatlah cahayamu”13 dan “hendaknya terangmu bercahaya di depan orang,”—bukan supaya mereka akan melihat dan mengagumi anda, tetapi “supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga”14

Saudara-saudara saya yang dikasihi, anda merupakan alat-alat dalam tangan Tuhan dengan tujuan membawa cahaya dan penyembuhan kepada jiwa anak-anak Bapa Syurgawi. Mungkin anda rasa tidak layak untuk menyembuhkan orang yang sakit secara rohani seperti dibandingkan dengan kelayakan seorang pekerja pejabat pos untuk membantu dengan sakit arthritis. Mungkin anda menghadapi cabaran rohani anda sendiri. Namun, Tuhan telah memanggil anda. Dia telah memberikan anda wewenang dan tanggungjawab untuk membantu orang yang keperluan. Dia telah menganugerahi anda dengan kuasa imamat-Nya yang suci untuk membawa cahaya ke dalam kegelapan dan mengangkat dan memberkati anak-anak Tuhan. Tuhan telah memulihkan Gereja dan injil-Nya yang berharga, “yang menyembuhkan jiwa terluka.”15 Dia telah menyediakan jalan ke kebajikan rohani, untuk mencari penyembuhan dari keadaan tidak berubah-ubah dan berjalan di jalan kesihatan rohani yang terang.

Setiap kali anda memaling hati anda kepada Tuhan dalam doa yang rendah hati, anda mengalami cahaya-Nya. Setiap kali anda mencari firman dan kehendak-Nya di tulisan suci, cahaya berkembang dalam keterangan. Setiap kali anda ternampak seseorang dalam keperluan dan mengorbankan keselesaan anda untuk membantu dengan kasih, cahaya berkembang dan membesar. Setiap kali anda menolak godaan dan memilih kemurnian, setiap kali anda meminta atau memberi keampunan, setiap kali anda bersaksi dengan berani akan kebenaran, cahaya mengusir kegelapan dan menarik orang lain yang juga mencari cahaya dan kebenaran.

Fikirkanlah pengalaman peribadi anda, masa-masa pelayanan kepada Tuhan dan orang lain bila cahaya syurgawi telah bersinar dalam kehidupan anda—di dalam bait suci, di meja sakramen, pada masa renungan yang penuh doa, di perjumpaan keluarga, atau semasa tindakan pelayanan imamat. Kongsilah masa-masa itu dengan keluarga, kawan, dan terutamanya dengan remaja kita, yang mencari cahaya. Mereka perlu dengar dari anda bahawa dengan cahaya ini datanglah harapan dan penyembuhan, bahkan di dunia yang penuh kegelapan.

Cahaya Kristus membawa harapan, kebahagiaan, dan penyembuhan untuk apa sahaja luka atau penyakit rohani.16 Mereka yang mengalami pengaruh yang menapis ini menjadi alat dalam tangan Cahaya Dunia untuk memberi cahaya kepada orang lain.17 Mereka akan rasa apa yang Raja Lamoni rasa: “Cahaya ini telah menanamkan kebahagiaan yang demikian ke dalam jiwanya, setelah awan kegelapan dihilangkan, dan … cahaya kehidupan kekal dinyalakan dalam jiwanya.”18

Saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya yang dikasihi, misi kita adalah untuk mencari Tuhan hingga cahaya-Nya kehidupan kekal bakar dengan terang di dalam diri kita dan kesaksian kita menjadi yakin dan kuat bahkan di tengah-tengah kegelapan.

Doa dan berkat saya adalah supaya anda akan berjaya dalam memenuhi takdir anda sebagai pemegang imamat Tuhan Maha Kuasa dan selalulah menjadi pemegang gembira cahaya syurgawi-Nya. Dalam nama suci Yesus Kristus, Guru kita, amin.