2010–2019
Suara Tuhan
Oktober 2017


2:3

Suara Tuhan

Saya bersaksi bahawa dalam persidangan ini, kita sudah dengar suara-Nya. Ujian bagi kita adalah bagaimana kita balas.

Pertama, saya hendak berucap kepada kanak-kanak. Ya, ini sesi terakhir persidangan umum, dan saya pembicara terakhir,

Baru-baru ini, semasa mengunjungi Bait Suci Provo City Center, saya menikmati satu lukisan yang bertajuk Penglihatan Pertama dari Jarak Jauh. Lukisan itu menggambarkan cahaya dan kuasa dari syurga semasa Bapa dan Putera mengunjung Joseph Smith yang muda.

Penglihatan Pertama dari Jarak Jauh

Tanpa membuat perbandingan dengan kejadian yang kudus itu yang memulakan Pemulihan, saya boleh gambarkan satu visual yang serupa yang membayangkan cahaya dan kuasa rohani Tuhan menurun ke persidangan umum, kuasa dan cahaya itu bergerak ke seluruh dunia.

Cahaya dan kuasa rohani menurun ke persidangan umum
Kuasa dan cahaya bergerak ke seluruh dunia

Saya memberi kamu kesaksian saya bahawa Yesus ialah Kristus, Dia membimbing perihal kerja kudus ini, dan persidangan umum ialah salah masa penting Dia berikan arahan kepada Gereja-Nya dan kepada kita secara peribadi.

Diajar dari Syurga

Pada hari Gereja ditubuhkan, Tuhan menugaskan Joseph Smith sebagai seorang nabi, pelihat, dan rasul Tuhan Yesus Kristus1 dan berfirman kepada Gereja:

“Kerana perkataan akan kamu terima, seolah-olah dari mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman.

“Kerana dengan melakukan hal-hal ini gerbang-gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu; … dan Tuhan Raja akan menyerakkan kuasa kegelapan dari hadapanmu, dan menyebabkan langit berguncang demi kebaikanmu.”2

Kemudian, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul disokong dan ditahbis sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.3

Sekarang, semasa kita berhimpun di bawah arahan Presiden Thomas S. Monson, kita harap untuk mendengar, “kehendak Tuhan, … fikiran Tuhan, … suara Tuhan, dan kuasa Tuhan pada penyelamatan.”4 Kita mempercayai janji-Nya: “Apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.”5

Dalam kekecohan dan kekeliruan dunia moden ini, keyakinan kita terhadap kata-kata Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas adalah penting untuk perkembangan dan ketahanan rohani kita.6

Kita berhimpun di sini untuk persidangan ini. Berjuta-juta Orang-orang Suci Zaman Akhir dan orang dari agama lain dari lebih 200 negara, bercakap lebih daripada 93 bahasa, menghadiri sesi-sesi ini atau membaca pesanan-pesanan persidangan.

Kami datang sudah berdoa dan bersedia. Bagi kebanyakan kita, adanya kebimbangan cemas dan soalan yang ikhlas. Kita hendak memperbaharui iman kita kepada Juruselamat kita, Yesus Kristus, dan hendak memperkukuhkan keupayaan kita untuk menahan godaan dan mengelakkan gangguan. Kita datang untuk diajar dari syurga.

Minda dan Kehendak Tuhan

Bagi Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul, yang biasanya berucap dalam setiap persidangan, tanggungjawab besar untuk menyediakan pesanan-pesanan mereka ialah satu beban dan tugas kudus yang berulang-ulang.

Banyak tahun lalu, sebelum melayan sebagai Penguasa Umum, saya tanya Elder Dallin H. Oaks adakah dia sediakan ucapan yang berbeza bagi setiap persidangan pancang. Dia kata tidak tetapi dia tambah, “Tetapi ucapan persidangan umum saya tidak sama. Saya mungkin buat sebanyak 12 hingga 15 draf untuk memastikan saya ucapkan perkara yang Tuhan mahu saya ucap.”7

Bilakah dan bagaimanakah ilham ucapan persidangan umum datang?

Tanpa ditugaskan satu topik, kami melihat pengaruh syurga mengkordinasikan subjek-subjek dan tema-tema tentang kebenaran abadi setiap persidangan.

Salah seorang penguasa umum memberitahu saya bahawa subjeknya untuk persidangan ini diberikan kepada dia sebaik sahaja selepas ucapannya April lalu. Seorang lagi kata tiga minggu lalu, dia masih berdoa dan menantikan ilham dari Tuhan. Apabila ditanya berapa lama masa diperlukan untuk menulis satu ucapan yang sensitif, seorang penguasa umum balas, “Dua puluh lima tahun.”

Ada masanya idea utama datang dengan cepat, tetapi kandungan dan perincian masih perlukan usaha rohani yang amat besar. Berpuasa dan berdoa, mengaji dan beriman, selalu sebahagian proses ini. Tuhan tidak mahu kepalsuan mengecilkan suara-Nya kepada Orang suci-Nya.

Arahan bagi ucapan persidangan umum sering datang pada masa malam atau pagi, apabila subjek ucapan itu jauh dari minda. Tinjauan yang tidak dijangka, perkataan dan ayat tertentu datang dengan tiba-tiba secara wahyu tulen.8

Semasa anda mendengar, pesanan-pesanan yang anda terima mungkin sangat harfiah atau direka khusus bagi anda.

Banyak tahun lalu semasa berucap dalam persidangan umum, saya berikan satu ayat yang datang ke minda saya semasa saya memikir tentang melayan satu misi. Ayat itu ialah “Anda tidak tahu segala hal, tetapi anda cukup tahu!”9 Seorang pemudi duduk dalam persidangan umum hari itu beritahu saya bahawa dia sudah berdoa tentang satu pinangan yang sudah dia terima, masih tidak pasti berapa dia tahu tentang lelaki itu. Apabila saya ucapkan kata-kata ini, “Anda tidak tahu segala hal, tetapi anda cukup tahu,” Roh bersaksi kepada dia bahawa dia cukup tahu tentang lelaki itu. Mereka sudah kahwin buat banyak tahun.

Saya janji anda bahawa semasa anda menyediakan roh anda dan datang dengan satu harapan untuk mendengar suara Tuhan, fikiran dan perasaan yang direka khusus untuk anda akan datang ke minda anda. Anda sudah rasa itu dalam persidangan ini, atau anda akan rasa ia, semasa anda mengaji pesanan-pesanan ini dalam minggu-minggu depan.

Sekarang dan Bulan-bulan Depan

Presiden Monson telah berkata:

“Ambil masa untuk mengaji pesanan-pesanan persidangan.”10

“Renungkan [mereka]. … Saya sudah mendapati … bahawa saya memperoleh lebih banyak ilham dari khutbah-khutbah itu apabila saya mengaji mereka dengan lebih mendalam.”11

Ajaran-ajaran persidangan umum ialah perkara yang Tuhan ingin kita renungkan sekarang dan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Gembala “berjalan di hadapan dan domba-domba itu mengikuti dia kerana mengenal suaranya.”12

Kerap kali suara-Nya mengarah kita untuk mengubah sesuatu perkara dalam kehidupan kita. Dia menjemput kita untuk bertaubat. Dia menjemput kita untuk mengikut Dia.

Renungkan kenyataan-kenyataan dari persidangan ini:

Presiden Eyring berucap pagi ini: “Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa hidup dan mahu anda pulang kepada-Nya. Inilah Gereja Tuhan Yesus Kristus yang benar. Dia mengenali anda, Dia mengasihi anda, dan Dia menjaga anda.”13

Presiden Dieter F. Uchtdorf kata semalam: “Saya bersaksi bahawa apabila kita berjalan pada jalan yang membimbing kita ke Tuhan, kehidupan kita akan bertambah baik… dan Tuhan akan menggunakan kita untuk memberkati mereka yang di sekitar kita dan mencapai matlamat abadi-Nya.”14

Presiden Nelson dari semalam: “Saya janji bahawa apabila anda asyik mengaji Kitab Mormon setiap hari, anda boleh dilindungi daripada kejahatan hari ini, termasuk serangan pornografi dan ketagihan lain yang memusnahkan minda.”15

Elder Oaks kata semalam: “Saya bersaksi bahawa perisytiharan keluarga merupakan satu kenyataan kebenaran abadi, kehendak Tuhan untuk anak-anak-Nya yang mencarikan kehidupan abadi.”16

Dan Elder Ballard berkata beberapa minit dahulu: “Kita perlu memeluk anak-anak Tuhan dengan penuh rasa kasihan dan menghapuskan sebarang prasangka, termasuk rasisme, seksisme, dan nasionalisme.”17

Sebab kita ada satu minit yang berlebihan, saya hendak tambahkan satu renungan yang ringkas tentang Elder Robert D. Hales. Presidensi Utama beritahu Elder Hales bahawa dia boleh berikan satu pesanan yang ringkas dalam sesi pagi hari Ahad jika dia cukup sihat. Semasa dia masih sakit, dia sediakan satu mesej, yang dia lengkapkan minggu lalu dan dia kongsikan ia bersama saya. Kerana dia meninggal dunia agak-agak tiga jam lalu, saya akan kongsikan tiga ayat dari ucapannya.

Memetik dari Elder Hales: “Apabila kita memilih untuk beriman, kita buat persediaan untuk berdiri di hadirat Tuhan. … Selepas penyaliban Juruselamat, Dia hanya muncul kepada mereka ‘yang beriman dalam kesaksian tentang [Dia] semasa kefanaan.’ A&P 138:12). Mereka ‘yang menolak kesaksian … nabi [tidak boleh] melihat kehadiran [Juruselamat], tidak juga memandang muka-Nya.’ [A&P 138:21.] … Iman kita menyediakan kita untuk berada dalam hadirat Tuhan.”

Betapa Tuhan berbelas kasihan untuk menekan ke atas Presiden Russell M. Nelson pada akhir sesi oagi ini untuk meninggalkan bangunan ini dengan cepat, tidak makan makan petang, dan pergi ke tepi katil Elder Hales, berada di situ, sebagai presiden kuorumnya, bersama Mary Hales semasa Elder Hales meninggal kefanaan.

Berbalas kepada Suara Tuhan

Saya bersaksi bahawa dalam persidangan ini, kita sudah dengar suara Tuhan.

Kita tidak harus takut apabila kata hamba-hamba Tuhan bertentangan dengan fikiran dunia, dan kadangkala, fikiran diri kita. Ini adalah biasa. Saya selalu melutut dalam bait suci bersama penguasa umum lain. Saya mengaku saksi tentang kesolehan mereka. Keinginan terbesar mereka adalah untuk menggembirakan Tuhan dan menolong anak-anak Tuhan pulang kepada hadirat-Nya.

Tujuh Puluh, Lembaga Uskup, Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, Sekolah Primer, dan pemimpin-pemimpin badan sokongan lain, muzik yang indah dan doa-doa yang beriman sudah tambahkan ilham yang besar kepada persidangan ini.

Ada satu harga karun syurgawi menunggu pencarian anda dalam pesanan-pesanan persidangan umum. Ujian bagi kita adalah bagaimana kita bertindak balas ke atas perkara yang sudah kita dengar, baca, dan rasa.

Biarkan saya kongsikan satu pengalaman Presiden Russell M. Nelson berkenaan bertindak ke atas kata-katanya:

Pada tahun 1979, lima tahun sebelum panggilannya sebagai Penguasa Umum, Brother Nelson menghadiri satu pertemuan sebelum persidangan umum. “Presiden Spencer W. Kimball mencabar semua yang hadir untuk lebih berusaha membawakan injil ke seluruh dunia. Di kalangan negara-negara yang Presiden Kimball sebutkan ialah China. Dia kata, ‘Kita harus melayan rakyat China. Kita harus belajar bahasa mereka. Kita harus berdoa bagi mereka dan menolong mereka.’”18

Presiden Russell M. Nelson sebagai seorang doktor bedah

Brother Nelson, masa itu berumur 54 tahun, berasa sepanjang pertemuan itu bahawa dia harus belajar bahasa Mandarin. Walaupun dia seorang doktor bedah yang sibuk, dengan serta-merta dia mengupahkan seorang tutor.

Tidak lama selepas memulakan pelajarannya, Dr. Nelson menghadiri satu konvensyen dan duduk di sebelah “seorang doktor bedah Cina yang terkemuka, Dr. Wu Yingkai. … Kerana [Brother Nelson] sudah belajar bahasa Mandarin, dia mula berbual-bual dengan [Dr. Wu].”19

Dr. Russell M. Nelson bersama Dr. Wu Yingkai

Hasrat Dr. Nelson untuk mengikut nabi menghasilkan kunjungan Dr. Wu ke Salt Lake City dan perjalanan Dr. Nelson ke China untuk memberi kuliah dan menjalankan pembedahan.

Kasih sayangnya terhadap rakyat China, dan kasih sayang dan kehormatan mereka terhadap dia berkembang.

Pada bulan Februari tahun 1985, sepuluh bulan selepas dia dipanggil ke Kuorum Dua Belas, Elder Nelson menerima satu panggilan telefon dari China merayu dia pergi ke Beijing untuk membedah hati seorang penyanyi opera China yang terkenal. Dengan galakan Presiden Hinckley, Elder Nelson pergi ke China. Pembedahan terakhir yang dia lakukan adalah di China.

Presiden Russell M. Nelson diberi kehormatan

Hanya dua tahun lalu, pada bulan Oktober 2015, Presiden Russell M. Nelson sekali lagi dianugerahkan satu pengisytiharan, “kawan lama China.”

Semalam, kita dengar Presiden Russell M. Nelson yang berumur 93 tahun berucap tentang rayuan Presiden Thomas S. Monson kepada “kita untuk mengaji dan merenungkan Kitab Mormon setiap hari [dalam persidangan bulan April lalu].”

Seperti masa dia seorang doktor bedah hati, apabila dia mengupahkan seorang tutor bahasa Mandarin, Presiden Nelson mengikut nasihat Presiden Monson dengan serta-merta. Lebih daripada membaca sahaja, dia kata dia “sudah senaraikan apakah Kitab Mormon, perkara yang ia tegaskan, perkara yang ia menyangkal, perkara yang ia menggenapi, perkara yang ia jelaskan, dan perkara yang ia ungkapkan.20

Kemudian, pagi ini, Presiden Henry B. Eyring menjadi saksi kedua, juga berucap tentang balasannya kepada peringatan Presiden Monson. Adakah anda ingat kata-kata ini? “Seperti banyak daripada anda, saya mendengar kata-kata nabi seperti suara Tuhan kepada saya. Dan, juga seperti banyak dari anda, saya memutus untuk patuh pada kata-kata itu.”21

Semoga kita mengikut teladan-teladan ini dalam hidup kita.

Satu Janji dan Satu Berkat

Saya janji anda apabila anda mendengar suara-Nya dalam ajaran-ajaran persidangan umum, dan bertindak ke atas pengaruh itu, anda akan merasa pengaruh syurga, dan hidup anda serta hidup orang di keliling anda akan diberkati.22

Sepanjang persidangan ini, kita fikir tentang nabi terkasih kita. Kami mengasihimu, Presiden Monson. Saya tutup dengan kata Presiden Monson dari mimbar ini. Saya percaya ini ialah satu berkat yang dia ingin beri kepada kita hari ini, jika dia boleh bersama kita. Dia kata: “Semasa kita meninggalkan persidangan ini, saya berikan berkat syurga kepada kamu setiap orang. … Saya berdoa supaya Bapa Syurgawi akan memberkat anda dan keluarga anda. Semoga pesanan-pesanan dan roh persidangan ini dinyatakan dalam segala yang anda lakukan—dalam rumah anda, dalam kerja anda, dalam pertemuan anda, dan dalam seluruh kehidupan anda.”

Dia tutup dengan katakan: “Saya mengasihi anda. Saya berdoa untuk anda. Semoga Tuhan memberkati anda. Semoga kedamaian-Nya yang dijanjikan akan bersama anda sekarang dan selalunya.”23

Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Ajaran dan Perjanjian 21:1.

  2. Ajaran dan Perjanjian 21:5-6.

  3. Joseph Smith catatkan kejadian beirkut yang berlaku pada dedikasi Bait suci Kirkland pada 27 Mac 1836:

    “Kemudian saya berikan satu ucapan pendek, dan memanggil beberapa kuorum, dan semua jemaah Orang suci, untuk menerima Presidensi [Utama] sebagai Nabi dan Pelihat, dan menyokong mereka melalui doa. Mereka semua janji untuk membuat demikian, dengan mengangkat tangan.

    “Kemudian saya memanggil kuorum-kuorum dan jemaah Orang suci untuk menerima Dua Belas Rasul, yang hadir, sebagai Nabi, Pelihat, Pewahyu, dan saksi khas kepada semua negara di bumi, memegang kunci-kunci kerajaan, untuk membuka kerajaan, dan menyokong mereka melalui doa. Mereka semua janji untuk membuat demikian, dengan mengangkat tangan” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 199).

  4. Ajaran dan Perjanjian 68:4.

  5. Ajaran dan Perjanjian 1:38.

  6. Presiden Henry B. Eyring pernah kata:

    “Pilihan untuk tidak mengikut nasihat nabi mengubahkan perjalanan yang kita ambil. Ia menjadi lebih bahaya. Kegagalan untuk mengikut nasihat nabi mengurangkan kuasa kita untuk mengikut nasihat yang diilhami pada masa depan. Masa yang paling baik untuk memutus untuk menolong Nuh membina bahtera ialah kali pertama dia tanya. Setiap kali dia tanya selepas itu, setiap kegagalan untuk membalas akan mengurangkan keupayaan untuk merasa Roh. Jadi rayuannya menjadi semakin bodoh, sehingga hujan datang. Dan masa itu terlalu lambat.

    “Setiap kali apabila saya menangguh untuk mengikut nasihat yang diilhamkan atau berputus bahawa saya satu kecualian, saya menyedari bahawa saya sudah membahayakan diri sendiri. Setiap kali saya mengikut nasihat nabi, rasa ia ditetapkan dalam doa, dan kemudian mengikut ia, saya bergerak ke arah keselamatan” (“Finding Safety in Counsel,” Ensign, Mei 1997, 25).

  7. Lihat Neil L. Andersen, “Teaching Our Children to Love the Prophets,” Ensign, Apr. 1996, 47.

  8. Boyd K. Packer pernah kata:

    “Saya dengar Presiden Harold B. Lee mulakan banyak kenyataan tentang wahyu dengan kata-kata seperti ini: ‘Pada masa pagi awal, semasa saya merenungkan subjek itu …’ Dia bekerja pada masa awal pagi tentang masalah yang perlukan wahyu.

    “Tuhan sedar apabila Dia mengarah dalam Ajaran dan Perjanjian, ‘Berhentilah tidur lebih lama daripada yang diperlukan; pergilah ke pembaringanmu awal, agar kamu boleh tidak letih; bangunlah awal, agar tubuhmu dan fikiranmu boleh disegarkan.’ (A&P 88:124.) …

    “Saya sudah belajar tentang kuasa kenyataan, ‘Awal tidur, awal bangun.’ Apabila saya di bawah tekanan, saya tidak bekerja sehingga larut malam. Saya pergi ke tidur awal dan bangun awal pada masa pagi, apabila saya boleh lebih dekat dengan Dia yang membimbing kerja ini” (Teach Ye Diligently [2005], 244-45).

  9. Neil L. Andersen, “You Know Enough,” Liahona, Nov. 2008, 13.

  10. Thomas S. Monson, “Until We Meet Again,” Liahona, Mei 2014, 115.

  11. Thomas S. Monson, “God Be with You Till We Meet Again,”Liahona, Nov. 2012, 110.

  12. Yohanes 10:4.

  13. Henry B. Eyring, “Janganlah Takut Melakukan yang Baik,” Liahona, Nov. 2017, 103.

  14. Dieter F. Uchtdorf, “Keinginan Untuk Kembali Rumah,” Liahona, Nov. 2017, 22, 24.

  15. Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?Liahona, Nov. 2017, 63.

  16. Dallin H. Oaks, “Rancangan dan Perisytiharan,” Liahona, Nov. 2017, 30.

  17. M. Russell Ballard, “Perjalanan Diteruskan!Liahona, Nov. 2017, 106.

  18. Spencer J. Condie, Russell M. Nelson: Father, Surgeon, Apostle (2003), 215.

  19. Spencer J. Condie, Russell M. Nelson, 215.

  20. Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?” 61.

  21. Henry B. Eyring, “Janganlah Takut Melakukan yang Baik,” 100.

  22. Gordon B. Hinckley pernah kata:

    “Ujian akan datang dalam penggunaan ajaran-ajaran yang diberikan. Jika, selepas ini, kita lebih berbelas kasihan, lebih mesra, lebih dekat dengan Juruselamat, dengan satu resolusi lebih teguh untuk mengikut ajaran-ajaran-Nya dan teladan-Nya, jadi persidangan ini satu kejayaan. Jika sebaliknya, tidak ada pembaikan dalam hidup kita, jadi mereka yang sudah ucap sudah gagal.

    “Perubahan-perubahan itu mungkin tidak berlaku dalam satu hari atau satu minggu atau satu bulan. Resolusi dibuat dengan cepat dan dilupakan dengan cepat. Tetapi, satu tahun dari sekarang, jika kita bertingkah laku lebih baik dari masa lepas, usaha -usaha tidak menjadi sia-sia” (“An Humble and a Contrite Heart,” Ensign, Nov. 2000, 88).

  23. Thomas S. Monson, “A Word at Closing,” Liahona, Mei 2010, 113.