Sinarkan Cahaya Anda
Nabi-nabi sedang memanggil kita, saudari-saudariku. Adakah anda akan menjadi soleh? Adakah anda akan menerangkan dengan jelas kepercayaan anda? Adakah anda akan menyinarkan cahaya anda?
Anda mungkin tidak tahu ini, bahawa President Monson dan saya merupakan kembar. Pada hari kelahiran saya—pada jam yang sama—di California utara, Thomas Monson yang berumur 36 tahun ketika itu telah disokong sebagai Rasul terbaru. Saya suka hubungan peribadi istimewa ini dengan nabi Tuhan, Presiden Monson.
Nabi-nabi bercakap tentang kaum wanita.1 Anda akan mendengar kata-kata mereka di pertemuan ini. Teks saya akan berundur 40 tahun yang lalu berkenaan nubuat menakjubkan yang ditulis oleh Presiden Spencer W. Kimball. September 1979 merupakan kali kedua kaum wanita Gereja dunia ini bertemu dalam persidangan umum mereka sendiri. President Kimball telah menyediakan ucapannya, tetapi pada hari persidangan itu, dia terlanda di hospital. Sebagai ganti, dia meminta isterinya, Camilla Eyring Kimball, untuk membaca ucapan bagi pihaknya.2
Sister Kimball membaca kata-kata nabi itu, yang menekankan pengaruh wanita LDS terhadap kaum wanita sedunia yang baik sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat. Di penghujungnya, terdapat keterujaan di kalangan wanita Gereja yang dibincangkan semenjak itu.
Biarkan saya petik dari kata-kata Presiden Kimball:
“Akhir sekali, saudari-saudari terkasih saya, benarkan saya mencadangkan sesuatu yang tidak pernah diucapkan sebelum ini. Perkembangan Gereja hari-hari terakhir ini akan datang disebabkan ramai wanita baik di dunia … yang akan tertarik ke Gereja dalam bilangan yang besar. Ini akan terjadi ke tahap di mana wanita Gereja mencerminkan kesolehan dan kepandaian bercakap dalam hidup mereka dan sampai tahap wanita Gereja dianggap nyata dan berbeza —secara gembira—daripada wanita lain di dunia.
“Di kalangan wirawati sebenar di dunia yang akan datang ke Gereja merupakan wanita yang lebih mementingkan kesolehan daripada kepentingan diri. Wirawati-wirawati ini rendah hati, yang mementingkan kesempurnaan akhlak daripada dilihati. …
“… Ini merupakan … wanita tercontoh Gereja [yang] akan menjadi tenaga ketara dalam peningkatan bilangan dan perkembangan rohani Gereja di hari-hari terakhir.”3
Itulah satu kenyataan kenabian. Rumusannya:
-
Perhubungan baik di antara wanitalah yang akan mencetuskan perkembangan Gereja di tahun-tahun yang akan datang.
-
Persahabatan di antara wanita Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan kanak perempuan Sekolah Primer yang berdasarkan keikhlasan, keimanan, wanita dan kanak perempuan baik dari agama lain akan menjadi tenaga ketara dalam perkembangan Gereja di hari-hari akhir.
-
Presiden Kimball menggelar wanita-wanita yang berlatar belakang lain “wirawati” yang akan mementingkan kesolehan daripada kepentingan diri, yang akan menunjukkan bahawa kesempurnaan akhlak lebih penting daripada dilihati.
Saya telah bertemu dengan ramai wanita-wanita baik sebegini di seluruh dunia. Persahabatan mereka amat bernilai bagi saya. Anda juga kenali mereka di antara rakan-rakan dan jiran-jiran anda. Mereka mungkin atau bukan ahli Gereja, tetapi kita berhubung dalam persahabatan yang sangat penting. Jadi, bagaimanakah kita boleh memenuhi tanggungjawab ini? Apakah yang harus kita lakukan? President Kimball merujuk kepada lima perkara:
Pertama ialah untuk menjadi soleh. Menjadi soleh tidak bermakna kita sempurna atau tidak pernah melakukan kesalahan. Ini bermaksud menubuhkan perhubungan dalaman dengan Tuhan, bertaubat akan dosa -dosa dan kesalahan, dan membantu orang lain dengan sukarela.
Kaum wanita yang telah bertaubat mengubah laluan sejarah. Saya mempunyai seorang kawan yang telah terlibat dalam kemalangan kereta ketika kecil dan sejak itu, dia menjadi ketagih kepada ubat sakit. Kemudian, ibu bapanya bercerai. Dia mengandung akibat satu hubungan singkat, dan ketagihan dia berterusan. Namun pada satu malam, dia memandang kehidupannya yang kacau bilau dan terfikir, “Cukup.” Dia meminta Juruselamat Yesus Kristus untuk membantunya. Dia belajar bahawa Yesus Kristus lebih tabah daripada keadaannya dan dia boleh bergantung kepada kekuatan-Nya sambil dia berusaha untuk bertaubat.
Apabila dia berubah dan mengikut Tuhan, dia mengubah sejarahnya dan sejarah anak lelaki dan suami barunya. Dia seorang yang soleh; dia mempunyai hati yang terbuka untuk mereka yang telah berdosa dan ingin berubah. Dan seperti kita semua, kehidupannya tidak sempurna, tetapi dia tahu bagaimana cara untuk bertaubat dan sentiasa mencuba.
Kedua adalah untuk menjadi seorang yang bersuara jelas. Seorang yang bersuara jelas bermakna seorang yang menyatakan dengan jelas berkenaan sesuatu dan mengapa. Di permulaan tahun ini, terdapat satu pos di muka Facebook yang menghina agama Kristian. Saya membacanya dan saya rasa terganggu tetapi saya tidak menghiraukannya. Namun, s eorang kenalan yang bukan ahli gereja kita membalas dengan pos sendiri. Dia menulis: “[Ini] berlawanan dengan pendirian Yesus—Dia … seorang yang radikal [pada] zaman itu kerana dia … meratakan dunia. … Dia [bercakap dengan] pelacur, [dia makan] bersama pemungut-pemungut cukai … , berkawan dengan kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak berkuasa … , [dan] memberi kita kisah mengenai Orang Samaria yang Baik. … Ini menunjuk bahawa … orang Kristian yang ikhlas akan cuba untuk menjadi pengasih yang TERBAIK di dunia.” Apabila saya membaca itu, saya berfikir sendiri, “Kenapa saya tidak menulis itu?”
Setiap kita harus menjadi lebih baik untuk menyatakan dengan jelas berkenaan kepercayaan kita. Bagaimanakah perasaan anda berkenaan Yesus Kristus? Mengapa anda setia kepada Gereja? Mengapa anda percaya Kitab Mormon merupakan ayat suci? Dari mana anda peroleh kedamaian? Mengapakah ia penting bagi nabi untuk berkata sesuatu pada tahun 2017? Bagaimanakah anda tahu bahawa dia nabi yang benar? Gunakan suara dan kuasa untuk menyatakan dengan jelas perasaan dan pengetahuan anda—di media sosial, perbualan lembut dengan kawan-kawan, dalam perbualan dengan cucu-cucu anda. Beritahu mereka mengapa anda percaya, bagaimana perasaan itu, jika anda pernah ragu, bagaimana anda mengatasinya, dan apakah maksud Yesus Kristus kepada anda. Sepertimana Rasul Petrus telah berkata, “Janganlah takut … ; tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu: dan sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.”4
Ketiga ialah untuk menjadi seorang yang berbeza. Benarkan saya berkongsikan sebuah kisah yang berlaku Julai lepas di Pantai Kota Panama, Florida.5 Lewat petang, Roberta Ursrey nampak dua orang anak lelakinya menjerit untuk pertolongan kira-kira 100 yad (90 m) ke laut. Mereka terperangkap dalam arus kuat dan sedang hanyut ke laut. Pasangan berdekatan cuba menyelamatkan dua kanak itu, tetapi mereka juga terperangkap dalam arus itu. Jadi ahli-ahli keluarga Ursrey lain turut cuba menyelamatkan perenang yang bergelutan, dan dengan pantas sembilan orang terperangkap dalam arus pasang surut karau itu.
Tiada tali berhampiran. Tiada perenang penyelamat. Polis telah menghantar perahu penyelamat, tetapi mereka yang di dalam laut telah bergelutan selama 20 minit dan mereka keletihan dan mulai hanyut. Di kalangan pemerhati di pantai ialah Jessica Mae Simmons. Suaminya mempunyai idea untuk membentuk satu rantai manusia. Mereka menjerit kepada orang ramai di pantai itu untuk membantu, dan orang ramai menggabungkan tangan-tangan dan membuat satu barisan memasuki laut. Jessica menulis: “Untuk melihat orang dari pelbagai bangsa dan jantina datang untuk membantu orang yang TIDAK DIKENALI amatlah menakjubkan!!”6 Rantai sepanjang 80 orang merentang ke perenang-perenang itu. Lihat gambar dari ketika itu.
Semua orang di pantai hanya boleh fikirkan penyelesaian-penyelesaian tradisional, dan mereka tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Tetapi satu pasangan, di saat genting itu, terfikir akan satu penyelesaian yang berbeza. Inovasi dan penciptaan merupakan kurniaan rohani. Apabila kita memegang kepada janji-janji kita, ia mungkin membezakan kita daripada orang lain dalam budaya dan masyarakat kita, tetapi ia memberi akses kepada ilham supaya kita dapat memikirkan penyelesaian yang berbeza, pendekatan berbeza, aplikasi yang berbeza. Kita mungkin berbeza dari dunia, tetapi perbezaan yang positif dapat membantu mereka yang bergelutan.
Keempat ialah untuk menjadi nyata. Menjadi nyata bermaksud dikenali dengan jelas. Biarkan saya kembali ke kisah berkenaan Jessica Mae Simmons di pantai tadi. Apabila rantai manusia menjelang hampir perenang-perenang di laut, dia tahu dia dapat membantu. Jessica Mae berkata, “Saya dapat menahan nafas … dan keliling satu kolam renang Olimpik dengan mudah! [Saya tahu bagaimana untuk melepaskan diri dari arus pasang surut karau.] Saya tahu saya dapat capai [setiap perenang] melalui rantai manusia itu.”7 Dia dan suaminya menggunakan papan “boogie” lalu berenang ke hujung rantai sehingga mereka dan penyelamat lain sampai perenang-perenang itu dan membawa mereka satu persatu kembali ke rantai, di mana mereka di bawa ke pantai dengan selamatnya. Jessica mempunyai kemahiran yang unik: dia tahu bagaimana untuk berenang menentang arus pasang surut karau.
Injil yang dipulihkan ini diakui sangat jelas. Namun kita perlu tahu dengan jelas bagaimana untuk mengikutnya. Sepertimana Jessica melatih berenang, kita perlu belajar mematuhi injil sebelum berlakunya kecemasan supaya, tanpa ketakutan, kita akan menjadi cukup kuat untuk membantu mereka yang di hanyut arus.
Dan akhirnya, yang kelima adalah untuk melakukan kesemua empat langkah di atas dengan gembira. Menjadi gembira tidak bermakna meletakkan satu senyuman palsu di muka anda tidak kira apa yang sedang berlaku. Tetapi ia bermaksud mematuhi hukum-hukum Tuhan dan membangunkan dan meningkatkan orang lain.8 Apabila kita membangunkan, apabila kita mengangkat beban orang lain, ia memberkati kehidupan kita sendiri yang tidak dapat dihapuskan oleh percubaan kita. Saya mempunyai satu petikan dari Presiden Gordon B. Hinckley yang diletakkan di tempat yang sering dilihat. Dia berkata: “Anda tidak … membina daripada pesimisme atau kesinisan. Anda lihat secara optimisme, berusaha dengan keimanan, dan perkara akan berlaku.”9
Contohnya satu roh yang gembira, optimisme, ialah seorang perempuan berumur 13-tahun bernama Elsa yang keluarganya akan berpindah ke Baton Rouge, Louisiana, 1,800 batu (2,900 km) lebih jauh daripada rakan-rakannya. Tidak mudah bagi seorang yang berumur 13 tahun berpindah ke tempat baru. Elsa tidak pasti dengan pemindahan ini jadi bapanya memberi berkat imamat kepadanya. Pada saat pemberian berkat itu, telefon ibunya berdering dengan satu teks. Remaja Puteri yang tinggal di Louisiana telah menghantar gambar ini bersama dengan tajuk “Silalah pindah ke bahagian kami!”10
Remaja Puteri tersebut sangat optimistik bahawa mereka akan menyukai Elsa walaupun belum bertemu dengan dia. Semangat mereka memberi optimisme kepada Elsa berkenaan perpindahan yang akan datang dan menjawab doa dia berkenaan segalanya.
Terdapatnya tenaga yang datang dari kegembiraan dan optimisme yang bukan sahaja memberkati kita—ia membangunkan semua. Apapun perkara kecil yang anda lakukan untuk memberi kegembiraan yang sejati menunjukkan bahawa anda sedang meneruskan contoh yang diberikan oleh Presiden Kimball.
Saya berumur 15 tahun pada ketika Presiden Kimball memberi ucapan itu. Kita yang berumur lebih daripada 40 tahun telah pun mengambil tanggungjawab yang diberi oleh President Kimball semenjak itu. Kini, saya melihat yang 8 tahun, yang 15 tahun, yang 20 tahun, dan yang 35 tahun, dan saya akan menghulurkan tanggungjawab ini kepada anda. Anda pemimpin-pemimpin masa depan Gereja ini, dan itu bergantung kepada anda untuk membawa maju cahaya ini dan mengabulkan nubuat ini. Kami yang berumur lebih daripada 40 tahun menggabungkan tangan kami dengan tangan anda dan merasai kekuatan dan tenaga anda. Kami memerlukan anda.
Dengarlah ayat suci ini yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 49:26–28. Walaupun ia ditulis pada ketika keadaan yang berbeza, namun malam ini dengan Roh Kudus, saya berharap anda akan menganggap ini sebagai panggilan peribadi ke usaha kudus ini.
“Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, pergilah seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu; bertaubatlah dari segala dosamu; mintalah dan kamu akan menerima; ketuklah dan akan dibukakan bagimu.
“Lihatlah, Aku akan pergi di depanmu dan menjadi barisan belakangmu; dan Aku akan berada di tengahmu, dan kamu tidak akan dibingungkan.
“Lihatlah, Aku ialah Yesus Kristus, dan Aku datang dengan cepat.”11
Saya merayu agar kita semua akan meletakkan diri di mana anda boleh merasai kasih Tuhan yang tidak terhingga bagi anda. Anda tidak boleh berada jauh daripada capaian kasih itu. Apabila anda merasa kasih Dia, apabila anda mengasihi Dia, anda akan bertaubat dan mentaati perintah-perintah-Nya. Apabila kita mentaati perintah-perintah Dia, Dia akan menggunakan anda untuk usaha-Nya. Pekerjaan dan kemuliaan-Nya ialah permuliaan dan kehidupan abadi kaum lelaki dan perempuan.
Nabi-nabi sedang memanggil kita, saudari-saudariku. Adakah anda akan menjadi soleh? Adakah anda akan menerangkan dengan jelas kepercayaan anda? Bolehkah anda bertahan untuk menjadi nyata dan berbeza? Adakah kegembiraan di samping percubaan anda menarik orang lain yang baik dan mulia dan yang memerlukan persahabatan anda? Adakah anda akan menyinarkan cahaya anda? Saya bersaksi bahawa Tuhan Yesus Kristus akan pergi sebelum kita dan berada di kalangan kita.
Saya mengakhiri dengan kata-kata nabi tersayang kita, Thomas S. Monson: “Saudari-saudariku, inilah hari anda, inilah masa anda.”12 Dalam nama Yesus Kristus, amin.