Gerhana Rohani
Jangan membiarkan gangguan-gangguan kehidupan mengaburi cahaya syurga.
Pada 21 Ogos tahun ini, dua peristiwa jarang telah terjadi dan menarik tumpuan ramai di seluruh dunia. Yang pertama ialah sambutan kelahiran ke-90 nabi tersayang kita, Presiden Thomas S. Monson. Pada masa yang sama, saya berada di Kawasan Pasifik untuk satu tugasan dan teruja dengan para orang suci di Australia, Vanuatu, New Zealand, dan French Polynesia yang bukan sahaja peka terhadap batu petanda peribadinya, tetapi mereka juga bergembira dalam meraikannya. Saya berasa bertuah untuk berkongsi bersama mereka dalam ungkapan hangat iman dan kasih terhadap lelaki hebat ini. Adalah sesuatu yang mengilhamkan untuk melihat ikatan antara para Orang Suci Zaman Akhir dengan nabi mereka.
Sememangnya, Presiden Monson, mengingati mereka yang berhasrat untuk mengucap selamat hari jadi kepada dia, menggambarkan hadiah hari jadi yang ideal: “Carilah seseorang yang mempunyai masa yang sukar atau sakit atau kesunyian dan lakukan sesuatu untuk mereka. Itu sahaja yang akan saya minta.”1 Kami mengasihi dan menyokong kamu, Presiden Monson.
Gerhana Matahari
Peristiwa lain yang jarang berlaku pada hari yang sama dan menarik perhatian jutaan di seluruh dunia adalah gerhana matahari. Ini merupakan pertama kalinya gerhana seperti itu terjadi di Amerika Syarikat dalam 99 tahun.2 Adakah kamu pernah melihat gerhana matahari? Mungkin saya boleh jelaskan ini dengan lebih terperinci.
Gerhana matahari terjadi apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari, hampir sepenuhnya menghalang sebarang cahaya dari permukaan matahari.3 Fakta bahawa ini dapat terjadi merupakan sesuatu yang menakjubkan bagi saya. Kalau kamu dapat bayangkan matahari adalah seperti saiz sebuah tayar basikal yang biasa, bulan dalam perbandingan cuma seperti saiz sebiji batu kelikir kecil.
Bagaimanakah mungkin punca utama kehangatan kita, terang, dan kehidupan dapat dikaburi oleh sesuatu yang sangat kecil secara perbandingan?
Walaupun matahari adalah 400 kali lebih besar daripada bulan, ia juga 400 kali lebih jauh dari bumi.4 Dari perspektif bumi, geometri ini membuat matahari dan bulan kelihatan bersaiz sama. Apabila kedua-duanya selaras dengan tepat, bulan kelihatan mengaburi seluruh matahari. Kawan-kawan dan keluarga saya yang berada di zon gerhana menggambarkan bagaimana terang itu diganti oleh kegelapan, bintang-bintang muncul, dan burung-burung berhenti berkicau. Udara menjadi dingin sebagaimana suhu ketika gerhana boleh menurun lebih dari 20 darjah Fahrenheit (11 darjah Celsius).5
Mereka menggambarkan perasaan kagum, ketakjuban, malah kegelisahan, mengetahui bahawa gerhana membawa bahaya-bahaya tertentu. Bagaimanapun, mereka semua mengambil langkah penjagaan untuk mencegah dari kerosakan mata yang kekal atau “kebutaan gerhana” ketika kejadian gerhana. Keselamatan ini dapat dicapai kerana mereka menggunakan cermin mata yang dilengkapi dengan kanta penapis yang akan melindungi mata dari sebarang potensi bahaya.
Analogi
Seperti bulan yang kecil dapat menghalang kecemerlangan matahari, melenyapkan cahaya dan kehangatannya, gerhana rohani dapat berlaku ketika kita membenarkan kerosakan dan kesukaran kecil—apa yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita—untuk mendekat sehingga mereka menghalang magnitud, keterangan, kehangatan dari cahaya Yesus Kristus dan kebenaran injil-Nya.
Elder Neal A. Maxwell mengambil analogi ini lebih jauh ketika dia menyatakan: “Walaupun sesuatu yang sekecil ibu jari manusia, bila didekatkan pada mata, boleh membutakan dia terhadap matahari yang begitu besar. Namun matahari masih di situ. Kebutaan dibawa oleh manusia sendiri. Ketika kita menarik perkara-perkara lain terlalu dekat, meletakkan mereka terdahulu, kita mengaburi penglihatan kita tentang syurga.”6
Jelas, tidak ada di antara kita yang dengan sengaja ingin mengaburi penglihatan kita terhadap syurga atau membenarkan gerhana rohani untuk terjadi di dalam kehidupan kita. Biar saya berkongsi beberapa pendapat yang akan membantu kita untuk mengelak gerhana rohani dari menyebabkan rohani kita musnah secara kekal.
Cermin Mata Injil: Mengekalkan Perspektif Injil
Adakah kamu masih ingat gambaran saya tentang pemakaian alat mata yang istimewa yang digunakan untuk melindungi mereka yang melihat gerhana matahari dari kerosakan mata atau bahkan kebutaan gerhana? Melihat kepada gerhana rohani melalui kanta perlindungan dan kelembutan Roh menyediakan suatu perspektif injil, malah melindungi kita dari kebutaan rohani.
Marilah mempertimbangkan beberapa contoh. Dengan firman-firman nabi di hati kita dan Roh Kudus sebagai penasihat kita, kita boleh menatap cahaya syurga yang separuh tertutup melalui “cermin mata injil”, mengelakkan kebinasaan gerhana rohani.
Jadi bagaimanakah sepatutnya kita menggunakan cermin mata injil? Di sini adalah beberapa contoh: Cermin mata rohani kita akan memberitahu kita bahawa Tuhan menginginkan kita untuk mengambil sakramen setiap minggu dan Dia menginginkan kita untuk mempelajari tulisan suci dan berdoa setiap hari. Mereka juga akan memberitahu kita bahawa Setan akan menggoda kita untuk tidak. Kita mengetahui bahawa dia mempunyai agenda untuk mengambil hak pilihan kita melalui kelalaian-kelalaian dan godaan-godaan duniawi. Bahkan pada masa Ayub, mungkin terdapat sesetengah yang mengalami gerhana rohani, digambarkan sebagai: “Pada siang hari mereka tertimpa gelap, dan pada tengah hari mereka meraba-raba seperti pada waktu malam.”7
Saudara dan saudari, ketika saya bercakap tentang melihat melalui cermin mata injil, sila ketahui bahawa saya tidak mencadangkan bahawa kita tidak mengakui atau membincangkan cabaran-cabaran yang kita hadapi atau kita berjalan dengan penuh kebodohan di perangkap-perangkap dan kejahatan yang musuh telah letak di hadapan kita. Saya bukan bercakap tentang memakai penutup -- tetapi yang di sebaliknya. Saya mencadangkan kita melihat cabaran-cabaran melalui kanta injil. Elder Dallin H. Oaks memperhatikan bahawa “perspektif merupakan keupayaan untuk melihat semua maklumat-maklumat yang relevan dalam perhubungan yang bermakna.”8 Perspektif injil meluaskan pandangan kita kepada pandangan abadi.
Ketika kamu memakai “cermin mata injil”, kamu akan menjumpai peningkatan perspektif, tumpuan dan visi dalam cara kamu berfikir tentang keutamaan-keutamaan kamu, masalah-masalah kamu, godaan-godaan kamu, dan bahkan kesalahan-kesalahan kamu. Kamu akan melihat cahaya lebih terang yang kamu tidak dapat lihat tanpa mereka.
Secara ironis, ia bukan sahaja perkara negatif yang menyebabkan gerhana rohani di dalam kehidupan kita. Sering kali, minat atau usaha positif yang kita curahkan apabila ditarik terlalu dekat dapat menghalang keterangan injil dan membawa kegelapan. Bahaya-bahaya atau gangguan-gangguan boleh termasuk pelajaran dan kekayaan, kuasa dan pengaruh, cita-cita, bahkan bakat-bakat dan kurniaan.
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajarkan “hemah apa pun ketika dibawa ke titik ekstrem, dapat menjadi suatu kejahatan. … Ada titik di mana batu petanda dapat menjadi batu halangan dan angan-angan, beban berat di sekeliling leher kita.”9
Izinkan saya untuk berkongsi butiran contoh yang lebih besar yang dapat menjadi pemangkin untuk mengelak gerhana rohani diri kita.
Media Sosial
Beberapa bulan yang lalu saya telah berbicara di Persidangan Wanita BYU.10 Saya menjelaskan bagaimana teknologi, termasuk media sosial, memudahkan penyebaran “pengetahuan tentang Juruselamat … menyebar ke setiap bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak.”11 Teknologi-teknologi ini termasuklah laman web Gereja seperti LDS.org dan Mormon.org; aplikasi telefon seperti Gospel Library, Mormon Channel, LDS Tools, dan Family Tree; dan platform media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter, dan Pinterest. Kaedah ini telah menjana ratusan dari jutaan “likes”, “shares”, “views”, “retweets” dan “pins” telah menjadi sungguh efektif dan efisien dalam berkongsi injil dengan keluarga, sahabat, dan perhubungan yang lain.
Semua penggunaan teknologi yang hemah dan sesuai bagaimanapun, terdapat risiko berkaitan dengan itu, bila ditarik terlalu dekat, dapat meletakkan kita di gerhana rohani dan berpotensi untuk menghalang keterangan dan kehangatan injil.
Penggunaan media sosial, aplikasi telefon, dan permainan dapat menjadi terlalu mengambil masa dan dapat mengurangkan interaksi muka ke muka. Kehilangan perbualan peribadi ini dapat mempengaruhi perkahwinan, mengambil tempat untuk amalan rohani yang berharga, dan menyekat perkembangan bersosial, terutama di kalangan remaja.
Dua risiko tambahan yang berhubung dengan media sosial adalah realiti yang dicantikkan dan perbandingan yang melemahkan.
Banyak (jika bukan semua) dari gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial cenderung menggambarkan kehidupan yang paling baik—sering kalinya tidak realistik. Kita semua pernah melihat gambar-gambar cantik hiasan rumah, tempat percutian yang mengagumkan, selfi yang tersenyum, persediaan makanan yang terperinci, dan imej tubuh yang melebih-lebih.
Sini, sebagai contoh, ialah sebuah imej yang kamu mungkin lihat di akaun media sosial seseorang. Walau bagaimanapun, ia tidak sepenuhnya menggambarkan gambaran penuh tentang apa yang sebenarnya berlaku di kehidupan nyata.
Membandingkan kewujudan diri kita yang kelihatan sederhana dengan orang lain yang telah diedit dengan baik, kehidupan yang diukir dengan sempurna seperti yang dipamerkan di media sosial, akan menimbulkan perasaan kecewa, iri hati, dan bahkan kegagalan.
Seseorang telah berkongsi banyak pos-pos dirinya berkata, mungkin cuma separuh bergurau, “Apakah tujuan menjadi gembira sekiranya kamu tidak akan mengeposnya?”12
Seperti yang Sister Bonnie L. Oscarson telah mengingatkan kita pada pagi ini, kejayaan dalam kehidupan tidak datang dengan seberapa banyak “likes” kita dapat atau berapa banyak kawan di sosial media atau pengikut kita ada. Walau bagaimanapun, itu ada kaitannya dengan berhubung secara bermakna dengan orang lain dan menambah cahaya ke dalam kehidupan mereka.
Semoga, kita boleh belajar untuk menjadi lebih nyata, mencari lebih humor, dan kurang mengalami kekecewaan ketika berhadapan dengan imej yang mencantikkan realiti dan itu terlalu sering mendorong perbandingan yang melemahkan.
Perbandingan muncul bukan sahaja di masa kita tetapi juga di masa lalu. Rasul Paulus memberi amaran kepada rakyat pada zamannya bahawa “mereka mengukur dirinya dengan ukuran mereka sendiri, dan membandingkan dirinya dengan diri mereka sendiri, adalah tidak bijak.”13
Dengan banyak penggunaan teknologi yang sesuai dan mengilhamkan, mari kita menggunakan ia untuk mengajar, mengilhami, dan mengangkat diri kita dan untuk menggalakkan orang lain untuk menjadi diri mereka yang terbaik—berbanding menggunakannya untuk mengidealkan diri kita? Kita juga perlu mengajar dan menunjukkan penggunaan teknologi yang benar kepada generasi mendatang dan memberi amaran berkaitan bahaya dan pembinasaan penggunaannya. Melihat media sosial melalui kanta injil dapat mengelak ia dari menjadi gerhana rohani di dalam kehidupan kita.
Keangkuhan
Mari berucap tentang batu penghalang kuno iaitu keangkuhan. Keangkuhan bertentangan dengan kerendahan hati, yang merupakan “kerelaan untuk tunduk kepada kehendak Tuhan.”14 Ketika angkuh, kita cenderung untuk mengambil penghormatan bagi diri sendiri daripada memberikannya kepada orang lain, termasuk Tuhan. Keangkuhan sering bersaing, ia merupakan satu kecenderungan untuk mencari lebih banyak dan menganggap kita lebih baik dari yang lain. Keangkuhan sering mengakibatkan perasaan marah dan kebencian; ia menyebabkan seseorang untuk memegang dendam atau menahan keampunan. Keangkuhan, bagaimanapun, dapat ditelan di dalam sifat Kristus iaitu kerendahan hati.
Hubungan, bahkan dengan keluarga terdekat dan orang yang tersayang, terutamanya dengan keluarga terdekat dan orang yang tersayang—bahkan antara suami dan isteri—dipelihara dalam kerendahan hati dan menghalang dari keangkuhan.
Bertahun yang lalu seorang eksekutif dari sebuah peruncit yang besar menelefon saya untuk bercakap tentang syarikatnya, yang telah dibeli oleh salah satu pesaingnya. Dia bersama banyak kakitangan ibu pejabat yang lain sangat khuatir mereka mungkin akan kehilangan pekerjaan mereka. Mengetahui bahawa saya mengenali pihak pengurusan senior syarikat yang telah diambil ahli itu, dia bertanya jika saya sudi untuk memperkenalkan dia dan memberi rujukan yang kukuh bagi pihaknya, bahkan untuk mengatur sebuah pertemuan untuk dia. Dia kemudian menutup dengan kenyataan berikut: “Kamu tahu apa yang mereka katakan? ‘Yang lembut hati akan terhapus!’”
Saya memahami komen dia adalah lebih kepada jenaka. Saya dapat gurauan itu! Tetapi terdapat sesuatu asas yang penting yang saya berasa sememangnya berguna untuk dia. Saya membalas, “Sebenarnya, itu bukanlah apa yang dikatakan oleh mereka.” Faktanya, ia bertentangan. ‘Yang lembut hati … akan mewarisi bumi’15 itu yang mereka katakan.”
Dalam pengalaman saya di dalam gereja dan juga sepanjang pekerjaan profesional saya, antara yang terhebat, orang yang paling efektif yang saya kenali berada di kalangan yang paling lembut hati dan rendah hati.
Kerendahan hati dan kelembutan hati sangat berkait rapat. Semoga kita ingat bahawa “tidak ada seorang pun dapat diterima di hadapan Tuhan, kecuali yang lembut hati dan rendah hati.”16
Saya berdoa agar kita akan berusaha untuk mengelak dari gerhana rohani keangkuhan dan memeluk hemah dengan kerendahan hati.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, gerhana matahari sememangnya sesuatu fenomena alam yang istimewa sewaktu kecantikan, kehangatan, dan cahaya dari matahari dapat sepenuhnya ditutupi dengan objek yang sangat kecil secara perbandingan, menyebabkan kegelapan dan kedinginan.
Fenomena yang sama dapat dicontohi dalam erti rohani, ketika hal-hal lain yang kecil dan perkara tidak penting ditarik terlalu dekat dan menghalang keindahan, kehangatan, dan terang syurgawi injil Yesus Kristus, menggantikan ia dengan kegelapan yang sejuk.
Cermin mata direka untuk melindungi penglihatan bagi mereka yang berada di zon gerhana matahari untuk mengelak dari kerosakan kekal dan bahkan kebutaan.17 Cermin mata injil merangkumi pengetahuan dan kesaksian asas-asas injil dan tatacara-tatacara menyediakan perspektif injil yang dapat menyediakan perlindungan rohani terbesar yang sama kepada seseorang yang terdedah kepada bahaya-bahaya gerhana rohani.
Sekiranya kamu menemui sebarang yang kelihatan menghalang terang dan sukacita injil dalam kehidupan kamu, saya menjemput kamu untuk meletakkannya di dalam perspektif injil. Melihat melalui kanta injil dan berjaga-jaga untuk tidak membenarkan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting dalam kehidupan untuk mengaburi pandangan abadi kamu tentang rancangan keselamatan yang hebat. Secara ringkas, jangan membiarkan gangguan-gangguan kehidupan mengaburi cahaya syurga.
kesaksian
Saya memberi kesaksian tidak kira apa pun rintangan yang mungkin akan menghalang penglihatan kita tentang terang injil, cahaya itu masih di sana. Punca kehangatan, kebenaran, dan keterangan ialah injil Yesus Kristus. Saya memberi kesaksian tentang Bapa Syurgawi yang pengasih; tentang putera-Nya, Yesus Kristus; dan peranan Putera sebagai Juruselamat dan Penebus. Dalam nama Yesus Kristus, amin.