Janji-janji yang Sangat Baik dan Berharga
Rancangan kebahagiaan besar Bapa Syurgawi termasuk ajaran, tatacara, perjanjian, dan janji-janji yang sangat baik dan berharga di mana kita boleh menjadi penerima sifat ilahi.
Salah satu cabaran besar yang kita hadapi setiap hari adalah untuk tidak membenarkan kebimbangan dunia ini menguasai masa dan tenaga kita sehingga kita mengabaikan perkara abadi yang paling penting.1 Kita mudah dialihkan dari mengingati dan memberi tumpuan kepada keutamaan rohani yang penting kerana pelbagai tanggungjawab dan jadual sibuk kita. Kadangkala kita cuba berlari dengan pantas sehingga kita lupa di mana kita hendak pergi dan mengapa kita sedang berlari.
Rasul Petrus mengingatkan kita bahawa untuk pengikut Yesus Kristus, kuasa-Nya sudah mengurniai kita segala sesuatu yang diperlukan untuk kehidupan dan ketuhanan, melalui pengetahuan bahawa Tuhan telah memanggil kita kepada kemuliaan dan kebajikan:
Dia telah mengurniai kita janji-janji yang sangat baik dan berharga: dengan janji-janji ini kamu menjadi penerima sifat ilahi, kamu terlepas daripada kebinasaan yang terdapat di dunia ini.2
Pesanan saya memberi penekanan kepada kepentingan janji-janji yang sangat baik dan berharga yang digambarkan Petrus sebagai peringatan benar tentang tempat kita pergi dalam perjalanan fana kita dan mengapa. Saya juga akan membincangkan peranan masing-masing hari Sabat, bait suci, dan rumah kita dalam membantu kita mengingati janji-janji rohani penting ini.
Saya berdoa agar Roh Kudus akan mengajar kita masing-masing ketika kita pertimbangkan kebenaran penting ini bersama.
Identiti Ilahi Kita
Rancangan kebahagiaan besar Bapa Syurgawi kita termasuk ajaran, tatacara, perjanjian, dan janji-janji yang sangat baik dan berharga di mana kita boleh menjadi penerima sifat ilahi. Rancangan-Nya menjelaskan identiti abadi kita dan jalan yang kita perlu ikut untuk belajar, berubah, bertumbuh, dan akhirnya tinggal dengan Tuhan selama-lamanya.
Seperti dijelaskan dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.”
“Semua insan—lelaki dan perempuan—dicipta untuk menyerupai Tuhan. Setiap insan adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi, dan, oleh demikian, masing-masing mempunyai sifat dan takdir ilahi. …
“Di alam pra-fana, anak-anak rohani lelaki dan perempuan mengenali dan menyembah Tuhan sebagai Bapa Abadi mereka dan menerima rancangan-Nya di mana melaluinya mereka dapat memperolehi suatu tubuh fizikal serta mendapat pengalaman duniawi untuk maju menuju kesempurnaan dan pada akhirnya mencapai takdir mereka sebagai waris kepada kehidupan abadi.”3
Tuhan berjanji kepada anak-anak-Nya bahawa jika mereka mengikuti ajaran rancangan-Nya dan contoh Putera-Nya yang dikasihi, mematuhi perintah-perintah, dan bertahan dalam iman sampai akhir, maka berdasarkan Penebusan Juruselamat, mereka akan memperoleh kehidupan abadi, yang kurnia itu adalah yang terbesar dari segala kurnia Tuhan.4 Kehidupan abadi adalah janji sangat baik dan berharga yang paling tinggi.
Kelahiran Semula Rohani
Kita memahami lebih lengkap janji yang sangat baik dan berharga dan mula menerima sifat ilahi dengan menjawab panggilan dari Tuhan kepada kemuliaan dan kebajikan. Seperti digambarkan oleh Petrus, panggilan ini dipenuhi dengan usaha melepaskan diri daripada kebinasaan di dunia.
Apabila kita maju ke hadapan dengan iman dalam Juruselamat, kemudian kerana Korban tebusan-Nya dan melalui kuasa Roh Kudus, “perubahan yang hebat [mengambil tempat] dalam kami, atau dalam hati kami, sehingga kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik.”5 Kita akan “dilahirkan kembali; ya, dilahirkan oleh Tuhan, diubah daripada keadaan [kita] yang badaniah dan terjatuh, ke keadaan kesolehan, ditebus oleh Tuhan.”6 “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi orang baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.”7
Perubahan sedemikian biasanya tidak berlaku dengan cepat atau sekaligus. Seperti Juruselamat, kita juga tidak menerima kegenapan pada mulanya, tetapi menerima rahmat demi rahmat.8 “Kerana lihatlah, demikianlah firman Tuhan Raja: Aku akan memberikan kepada anak-anak manusia baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit; dan diberkatilah mereka yang mengikut ajaran-Ku, dan memasang telinga pada nasihat-Ku, kerana mereka akan belajar kebijaksanaan.”9
Tatacara imamat dan perjanjian kudus adalah penting dalam proses kelahiran semula rohani terus-menerus ini; mereka juga adalah cara yang dipilih oleh Tuhan di mana kita menerima janji-Nya yang sangat baik dan berharga. Tatacara-tatacara yang diterima dengan layak dan diingati secara berterusan membuka saluran syurgawi di mana kuasa ketuhanan dapat mengalir ke dalam kehidupan kita. Perjanjian yang dihormati dan diingati selalu memberikan tujuan dan jaminan berkat dalam kedua-dua kefanaan dan keabadian.
Sebagai contoh, mengikut keimanan kita, Tuhan menjanjikan penemanan berterusan ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan, bahkan Roh Kudus,10 bahawa melalui Korban tebusan Yesus Kristus kita boleh menerima dan sentiasa mempertahankan pengampunan dosa kita,11 bahawa kita boleh menerima kedamaian di dunia ini,12 bahawa Juruselamat telah memutuskan ikatan kematian dan memperoleh kemenangan atas kubur,13 dan bahawa keluarga boleh bersama selamanya.
Semua janji-janji yang sangat baik dan berharga Bapa Syurgawi tawarkan kepada anak-anak-Nya tidak boleh dikira atau dijelaskan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, senarai berkat yang dijanjikan ini patut menyebabkan kita untuk “berdiri kagum”14 dan “menjatuhkan diri dan menyembah Bapa”15 dalam nama Yesus Kristus.
Mengingati Janji-janji
Presiden Lorenzo Snow memberi amaran, “Kita terlalu mudah melupakan tujuan hidup, motif Bapa Syurgawi menghantar kita ke sini untuk mendapatkan tubuh fana, serta panggilan suci yang kita dipanggil; dan oleh itu, sebaliknya mengatasi perkara-perkara kecil yang sementara … , kita sering bertumpu kepada perkara dunia tanpa mendapatkan bantuan ilahi yang Tuhan telah sediakan, yang hanya dengan bantuan-Nya kita boleh mengatasi [perkara-perkara yang sementara itu ].”16
Hari Sabat dan bait suci kudus adalah dua sumber khusus bantuan ilahi yang disediakan oleh Tuhan untuk membantu kita naik ke atas tahap kebinasaan dunia. Kita mungkin berfikir bahawa tujuan terbesar untuk mentaati hari Sabat dan menghadiri bait suci adalah berkaitan tetapi berlainan. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa kedua-dua tujuan itu adalah sama dan bekerjasama untuk menguatkan kita secara rohani sebagai individu dan di rumah kita.
Sabat
Selepas Tuhan mencipta semua perkara, Dia berehat pada hari yang ketujuh dan memerintahkan satu hari setiap minggu dijadikan hari rehat untuk membantu orang mengingati-Nya.17 Sabat adalah masa Tuhan, satu masa kudus yang ditetapkan untuk menyembah-Nya dan untuk menerima dan mengingati janji-janji sangat baik dan berharga-Nya.
Tuhan telah mengarahkan dalam zaman keagamaan ini:
“Bahawa engkau lebih sepenuhnya menjaga dirimu supaya tidak tercemar oleh dunia, engkau akan pergi ke rumah doa dan menawarkan sakramenmu pada hari kudus-Ku;
“Kerana sesungguhnya inilah suatu hari yang ditetapkan bagimu untuk beristirahat dari kerjamu, dan untuk mempersembahkan baktimu kepada Yang Maha Tinggi.”18
Oleh itu, pada Sabat kita menyembah Bapa dalam nama Putera dengan mengambil bahagian dalam tatacara-tatacara dan belajar tentang, menerima, mengingati, dan memperbaharui perjanjian-perjanjian. Pada hari kudus-Nya, fikiran, tindakan, dan kelakuan kita adalah tanda-tanda yang kita beri kepada Tuhan dan penunjuk kasih kita kepada-Nya.19
Tujuan tambahan Sabat adalah untuk meningkatkan tumpuan kita dari perkara dunia kepada berkat keabadian. Apabila memisahkan diri kita dari kehidupan sibuk kita, dalam masa kudus ini kita boleh “memandang kepada Tuhan dan hidup”20 dengan menerima dan mengingati janji-janji yang sangat baik dan berharga di mana kita menjadi penerima sifat ilahi.
Bait suci Kudus
Tuhan sentiasa memerintahkan umat-Nya untuk membina bait suci, tempat kudus di mana Orang Suci yang layak menjalankan upacara kudus Injil dan tatacara untuk diri mereka dan untuk orang mati. Bait suci adalah tempat menyembah yang paling kudus. Bait suci adalah rumah Tuhan, satu tempat kudus yang ditetapkan untuk menyembah Tuhan dan untuk menerima dan mengingati janji-janji sangat baik dan berharga-Nya.
Tuhan telah mengarah dalam zaman keagamaan ini, “Aturlah dirimu; persiapkanlah setiap hal yang diperlukan; dan tegakkanlah sebuah rumah, bahkan rumah doa, rumah puasa, rumah iman, rumah pembelajaran, rumah kemuliaan, rumah ketertiban, rumah Tuhan.”21 Tumpuan utama penyembahan bait suci adalah mengambil bahagian dalam tatacara dan belajar, menerima, dan mengingati perjanjian. Kita berfikir, bertindak, dan berpakaian lain dalam bait suci berbanding dengan tempat lain yang kita pergi.
Satu tumpuan utama bait suci adalah untuk meningkatkan tumpuan kita dari perkara dunia kepada berkat keabadian. Apabila dipisahkan dari keadaan dunia yang kita sudah biasa,kita boleh “memandang kepada Tuhan dan hidup”22 dengan menerima dan mengingati janji-janji yang sangat baik dan berharga di mana kita menjadi penerima sifat ilahi.
Ambil perhatian bahawa hari Sabat dan bait suci adalah masa kudus dan tempat kudus yang ditetapkan untuk menyembah Tuhan dan menerima dan mengingati janji-janji yang sangat baik dan berharga-Nya kepada anak-anak-Nya. Seperti ditetapkan oleh Tuhan, tujuan utama kedua-dua sumber bantuan ilahi ini adalah sama: untuk menumpukan perhatian kita dengan kuat dan berulang kali kepada Bapa Syurgawi kita, Putera Tunggal-Nya, Roh Kudus, dan janji-janji yang berkaitan dengan tatacara dan perjanjian injil yang dipulihkan oleh Juruselamat.
Rumah Kita
Pentingnya, rumah harus menjadi gabungan terbaik untuk masa dan tempat di mana individu dan keluarga paling mengingati janji-janji yang sangat baik dan berharga Tuhan. Meninggalkan rumah kita untuk menghadiri pertemuan hari Ahad dan memasuki tempat kudus bait suci adalah penting tetapi tidak mencukupi. Kita dapat menumpukan perhatian kita kepada tujuan besar kehidupan fana dan mengatasi kebinasaan yang ada di dunia hanya jika kita membawa roh dan kekuatan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kudus ini bersama kita ke rumah kita. Pengalaman Sabat dan bait suci kita haruslah menjadi pemangkin yang mengilhami individu dan keluarga dan rumah kita dengan peringatan berterusan tentang ajaran penting yang dipelajari, dengan kehadiran dan kuasa Roh Kudus, dengan penukaran hati yang mendalam kepada Tuhan Yesus Kristus, dan dengan “kecerahan harapan yang sempurna”23 dalam janji-janji abadi Tuhan.
Sabat dan bait suci boleh membantu kita untuk memulakan dalam rumah kita “jalan yang lebih baik”24 apabila kita “menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.”25 Apa yang kita buat dalam rumah kita dengan masa kudus-Nya dan dengan apa yang kita belajar dalam tempat kudus-Nya adalah penting untuk menjadi penerima sifat ilahi.
Janji dan Kesaksian
Kita dengan mudah boleh diatasi dengan perkara harian kefanaan. Tidur, makan, berpakaian, bekerja, bermain, bersenam, dan banyak aktiviti biasa yang lain adalah penting. Kesudahannya, apa yang kita jadi adalah hasil pengetahuan dan kesediaan kita untuk belajar dari Bapa, Putera, dan Roh Kudus; ia bukannya jumlah keseluruhan usaha harian kita sepanjang perjalanan seumur hidup.
Injil adalah lebih daripada sekadar senarai tugas berlainan untuk dilaksanakan; sebaliknya, ia adalah seperti permaidani kebenaran yang “tersusun rapi”26 dan ditenun bersama-sama, yang direka untuk membantu kita menjadi seperti Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus, bahkan penerima sifat ilahi. Sesungguhnya, kita buta dengan “memandang melampaui sasaran”27 apabila kebenaran rohani ini dibayangi oleh kebimbangan dan sikap bersahaja dunia.
Apabila kita bijak dan mengambil Roh Kudus sebagai pembimbing kita,28 saya berjanji Dia akan mengajar kita apa yang benar. “Mengajar tentang Kristus, [dan] memberi terang syurgawi”29 apabila kita berusaha untuk memenuhi takdir abadi kita dan menjadi penerima sifat ilahi.
Saya memberi kesaksian saya bahawa janji-janji sangat baik dan berharga yang dikaitkan dengan tatacara dan perjanjian kita adalah pasti.Tuhan telah mengisytiharkan:
“Aku memberi kepadamu arahan bagaimana kamu boleh bertindak di hadapan-Ku, agar itu boleh berpaling kepadamu demi keselamatanmu.
“Aku, Tuhan, terikat ketika kamu melakukan apa yang Aku firmankan; tetapi ketika kamu tidak melakukan apa yang Aku firmankan, kamu tidak memperoleh janji.”30
Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita hidup dan adalah pencipta rancangan keselamatan. Yesus Kristus ialah Putera Tunggal-Nya, Juruselamat dan Penebus kita. Dia hidup. Dan saya bersaksi bahawa rancangan dan janji Bapa, Korban tebusan Juruselamat, dan penemanan Roh Kudus membuat mungkin “kedamaian di dunia ini dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang.”31 Saya bersaksi atas perkara-perkara ini dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.