2010–2019
Terpisah, tetapi Tetap Satu
Oktober 2017


2:3

Terpisah, tetapi Tetap Satu

Di dalam gereja, tidak mengira perbezaan kita, Tuhan mengharapkan agar kita menjadi satu!

Pada Jun 1994, saya memandu pulang ke rumah dari kerja dengan cemas untuk menonton pasukan kebangsaan bola sepak yang bermain bagi Piala Dunia di TV. Sejurus selepas saya memulakan perjalanan saya, saya terlihat dari jauh di kaki lima seorang lelaki dengan cepat menyorong maju kerusi roda, dan saya sedari ia dihiasi dengan bendera Brazil kita. Lalu saya tahu bahawa dia juga balik ke rumah untuk menonton permainan tersebut!

Ketika kami terserempak dan mata kami bertembung; dalam masa beberapa saat, saya berasa sangat bersatu dengan lelaki itu! Kami menghala ke arah yang berbeza, tidak mengenali satu sama lain, dan nyata memiliki sosial dan keadaan fizikal yang berbeza, tetapi minat kami terhadap bola sepak dan rasa cinta kami untuk negara membuat kami seperti satu dalam masa itu! Saya tidak lagi terlihat lelaki tersebut sejak hari itu, tetapi hari ini, beberapa dekad kemudian, saya masih dapat melihat pandangan mata dan merasa ikatan yang kuat dengan lelaki itu. Dan kami memenangi perlawanan Piala Dunia pada tahun itu!

Di dalam gereja, tidak mengira perbezaan kita, Tuhan mengharapkan agar kita menjadi satu! Dia berkata di dalam Ajaran dan Perjanjian, “Jadilah satu; dan jika kamu bukan satu kamu bukanlah milik-ku.”1

Ketika kita semua memasuki ke rumah pertemuan untuk menyembah sebagai sebuah kumpulan, kita seharusnya mengetepikan perbezaan kita, termasuklah bangsa, status sosial, pilihan politik, dan akademik dan pencapaian-pencapaian profesional, dan sebaliknya menumpukan perhatian dengan objektif-objektif rohani kita yang sama. Bersama kita menyanyikan lagu rohani, merenungkan perjanjian-perjanjian yang sama ketika sakramen, dan mengucapkan “amin” serentak selepas pembicaraan-pembicaraan, pelajaran-pelajaran dan doa-doa—bermakna kita bersatu menyetujui apa yang telah dikongsi.

Hal-hal ini yang kita lakukan secara kolektif membina suatu perasaan kesatuan yang kuat di kalangan para jemaah.

Bagaimanapun, apa yang benar-benar menentukan, menguatkan, atau memusnahkan perpaduan kita ialah bagaimana kita bertindak apabila kita berjauhan daripada para ahli gereja kita. Seperti yang kita ketahui, adalah tidak dapat dielakkan dan normal bahawa akhirnya kita akan bercakap tentang satu sama lain.

Bergantung kepada apa yang kita pilih untuk berkata tentang satu sama yang lain, perkataan kita sama ada akan membuat “hati (kita) terkait bersama dalam perpaduan”2 seperti yang diajarkan oleh Alma kepada mereka yang dibaptiskan olehnya di Perairan Mormon, atau ianya akan menghakis kasih, kepercayaan, dan muhibah yang sepatutnya wujud di antara kita.

Terdapat komen yang secara halus memusnahkan perpaduan, seperti “Ya, dia ialah uskup yang baik; oh, tetapi kamu patut lihat dia ketika dia muda!”

Satu versi yang lebih membina mungkin seperti “Uskup itu sangat baik, dan dia telah bertumbuh banyak dalam kematangan dan kebijaksanaan selama bertahun.”

Seringkali kita meletakkan label tetap pada orang dengan mengatakan sesuatu seperti “Presiden Lembaga Pertolongan kita adalah seorang yang sia-sia; dia sangat degil!” Secara berbeza, kita boleh katakan, “Presiden Lembaga Pertolongan kurang fleksibel kebelakangan ini; mungkin dia sedang melalui masa-masa yang sukar. Marilah membantu dia dan menyokong dia!”

Saudara dan saudari, kita tidak memiliki hak untuk menggambarkan sesiapa pun, termasuk dari kalangan gereja kita, sebagai produk buruk yang siap! Semestinya, perkataan kita tentang sesama kita seharusnya mencerminkan kepercayaan kita dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya dan bahawa, dalam Dia dan melalui Dia, kita dapat sentiasa berubah menjadi lebih baik!

Sesetengah mula mengkritik dan menjadi terpisah dari pemimpin-pemimpin gereja dan para ahli gereja disebabkan hal-hal yang sangat kecil.

Contohnya kes seorang lelaki bernama Simonds Ryder, yang menjadi ahli gereja pada tahun 1831. Setelah membaca wahyu mengenai dia, dia bingung melihat namanya telah disalah eja sebagai Rider, dengan huruf i bukannya dengan huruf y. Reaksinya tentang peristiwa ini mendorong dia mempersoalkan nabi dan akhirnya membawa kepada penganiayaan Joseph dan jatuh dari gereja.3

Kemungkinan juga kita semua akan mengalami pembetulan dari pemimpin gereja kita, yang akan menjadi ujian tentang bagaimana kita bersatu dengan mereka.

Saya hanya 11, tetapi saya ingat 44 tahun yang lalu, rumah pertemuan di mana keluarga saya menghadiri gereja mengalami pembentukan semula utama. Sebelum usaha itu bermula, terdapat mesyuarat di mana para pemimpin tempatan dan daerah membincangkan bagaimana ahli-ahli dapat mengambil bahagian dalam usaha itu. Ayah saya, yang pernah memimpin unit tersebut selama bertahun-tahun, menyatakan pendapatnya yang sangat kuat bahawa kerja ini perlu dilakukan oleh kontraktor dan bukan oleh amatur.

Bukan sahaja pendapat dia ditolak, tetapi kami dengar bahawa dia telah beberapa kali dan secara umum ditegur pada masa itu. Sekarang, lelaki ini merupakan seorang yang sangat dedikasi terhadap gereja dan pernah menjadi seorang askar Perang Dunia II di Eropah, terbiasa untuk melawan dan berjuang untuk apa yang dia percaya! Seseorang tertanya-tanya apakah reaksi dia selepas kejadian ini. Adakah dia berterusan dengan pendapat dia dan teruskan untuk menentang keputusan yang telah dibuat?

Kami telah melihat beberapa keluarga dalam bahagian kami yang menjadi lemah dalam injil dan telah berhenti menghadiri pertemuan-pertemuan kerana mereka tidak dapat menjadi satu dengan mereka yang memimpin. Saya sendiri juga menyaksikan banyak kawan-kawan saya dari Sekolah Primer tidak kekal beriman dalam masa remaja mereka kerana ibu bapa mereka sentiasa mencari kesalahan di dalam gereja.

Ayah saya, bagaimanapun, memutuskan untuk kekal satu bersama para orang suci. Beberapa hari kemudian, ketika ahli-ahli bahagian berkumpul untuk membantu dalam pembinaan, dia “menjemput” keluarga kami untuk mengikuti dia ke rumah pertemuan di mana kami melapangkan diri untuk membantu dalam apa jua cara.

Saya berasa geram. Saya ingin menanyakan dia, “Ayah, mengapakah kita pergi membantu dalam pembinaan itu sekiranya kamu tidak bersetuju para ahli untuk terlibat?” Tetapi riak wajahnya menghalangi saya dari berbuat sedemikian. Saya ingin menjadi baik untuk pembaktian semula. Jadi, mujurlah, saya memutuskan untuk berdiam dan hanya pergi dan membantu dalam pembinaan itu!

Ayah tidak berpeluang untuk melihat gereja baru itu, kerana dia meninggal dunia sebelum kesimpulan kerja ini. Tetapi kami dalam keluarga, sekarang diketuai oleh ibu saya, terus melakukan bahagian kami sehingga ia selesai, dan itu membuat kami bersatu dengan ayah saya, dengan para ahli, para pemimpin kami, dan yang paling penting, dengan Tuhan!

Hanya beberapa saat sebelum pengalaman-Nya yang luar biasa di Getsemani, ketika Yesus sedang berdoa kepada Bapa untuk para Rasul-Nya dan semua kita, Dia berkata, “Supaya mereka semua menjadi satu; sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku, dan Aku di dalam Engkau.”4

Saudara dan saudari, saya bersaksi ketika kita memutuskan untuk menjadi satu dengan para ahli dan para pemimpin gereja—keduanya ketika kita berkumpul bersama dan terutamanya ketika kita berpisah—kita juga akan merasa lebih bersatu secara sempurna dengan Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Dalam nama Yesus Kristus, amin.