2010–2019
Kebenaran Semua Hal
Oktober 2017


2:3

Kebenaran Tentang Semua Hal

Setiap kita mempunyai tanggungjawab peribadi untuk melakukan apa yang perlu untuk mendapat dan mengekalkan kesaksian yang kuat.

Kita datang petang ini dengan harapan dan iman bahawa kita akan diperkukuh dan diberkati oleh Roh Kudus, yang mengajar kebenaran.1 Saya ingin berucap tentang pencarian individu kita untuk kebenaran.

Sewaktu saya remaja, saya mempunyai banyak soalan tentang Gereja. Beberapa dari soalan saya ikhlas. Beberapa dari soalan saya tidak ikhlas dan menunjukkan keraguan orang lain.

Saya kerap kali membincangkan soalan-soalan saya dengan ibu saya. Saya pasti dia dapat merasa bahawa banyak dari soalan saya ialah ikhlas dan daripada hati saya. Saya rasa dia sedikit kecewa dalam soalan-soalan itu yang kurang ikhlas dan lebih kepada pertengkaran. Namun, dia tidak pernah menegur saya kerana saya mempunyai soalan. Dia mendengar dan cuba menjawab. Apabila dia rasa bahawa dia sudah memberitahu semua yang dia dapat dan bahawa saya masih ada soalan, dia berkata: “David, itu soalan yang baik. Semasa kamu mencari dan membaca dan berdoa untuk jawapan, cuba kamu melakukan hal-hal yang kamu tahu kamu patut lakukan dan tidak melakukan hal-hal yang kamu tahu kamu tidak patut lakukan?” Ini menjadi pola untuk pencarian kebenaran saya. Melalui pembelajaran, doa, dan mematuhi perintah-perintah, saya mendapati bahawa terdapat jawapan untuk semua soalan saya yang penting. Saya juga mendapati bahawa untuk beberapa soalan, iman berterusan, kesabaran, dan wahyu diperlukan.2

Ibu meletakkan tanggungjawab mengembangkan iman dan mencari jawapan pada saya. Dia tahu bahawa jawapan-jawapan yang penting akan datang kalau saya mencari kebenaran dengan cara yang Bapa Syurgawi telah sediakan. Dia tahu bahawa saya perlu mencari kebenaran. Dia tahu bahawa saya perlu menjadi ikhlas dalam soalan-soalan saya dan rela bertindak pada apa yang saya sudah tahu adalah benar. Dia tahu bahawa saya perlu belajar dan berdoa dan bahawa saya perlu mengembangkan lebih kesabaran semasa saya mencari jawapan daripada Tuhan. Kerelaan bersabar adalah sebahagian pencarian kita untuk kebenaran dan sebahagian pola Tuhan mengungkapkan kebenaran.3

Mengikut masa saya mendapat tahu bahawa ibu saya mengajar saya pola Bapa Syurgawi untuk mencari kebenaran. Iman meningkat, jawapan-jawapan mula datang, dan saya menerima panggilan misi.

Datanglah satu masa, pada awal misi saya, bila saya tahu bahawa saya perlu tahu sama ada Gereja adalah benar dan Joseph Smith ialah nabi Tuhan. Saya rasa apa yang Presiden Thomas S. Monson menyatakan dengan jelas di persidangan umum lepas: “Jika anda tidak miliki satu kesaksian yang kukuh akan perkara-perkara ini, lakukan usaha yang diperlukan untuk memperoleh satu. Diperlukan untuk anda memiliki kesaksian sendiri pada masa yang susah ini, kerana kesaksian orang lain akan membawa anda sejauh itu sahaja.”4 Saya tahu apa yang diperlukan. Saya perlu membaca Kitab Mormon dengan hati yang ikhlas, dengan niat yang sungguh, dan bertanya kepada Tuhan sama ada ia benar.

Dengarlah janji Bapa Syurgawi kita yang sungguh baik yang diberikan melalui nabi Moroni: “Dan apabila kamu akan menerima hal-hal ini, aku hendak mendorongmu agar kamu akan bertanya kepada Tuhan, Bapa Yang Abadi, dalam nama Kristus, jikalau hal-hal ini tidak benar; dan jika kamu akan bertanya dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus, Dia akan menyatakan kebenarannya kepadamu, melalui kuasa Roh Kudus.”5

Untuk menerima kandungan Kitab Mormon, saya perlu membacanya. Saya mula membaca di permulaan buku dan membaca setiap hari. Terdapat orang yang menerima kesaksian sangat cepat. Bagi orang lain, ia akan mengambil lebih masa dan lebih doa dan mungkin membaca buku beberapa kali. Saya perlu membaca seluruh buku sebelum saya menerima kesaksian yang dijanjikan. Namun, Tuhan menyatakan kebenarannya kepada saya oleh kuasa Roh Kudus.

Di jurnal penginjil saya, saya menggambarkan kegembiraan saya dalam mengetahui kebenaran dan dalam pernyataan peribadi saya tentang komitmen dan niat yang sungguh untuk bertindak pada kebenaran yang telah saya terima. Saya tulis: “Saya telah berjanji dengan Bapa di Syurga saya dan dengan diri saya sendiri untuk melakukan yang terbaik, untuk memberi 100 peratus usaha seumur hidup, tidak kira apa yang diminta dari saya, saya akan melakukannya, tetapi buat masa ini saya masih melayani misi dan saya akan membuatnya misi yang hebat, yang saya tidak akan menyesali, tetapi bukan untuk saya, untuk Tuhan. Saya mengasihi Tuhan, dan saya mengasihi pekerjaan, dan saya berdoa agar perasaan itu tidak akan pernah tinggalkan saya.”

Saya mendapat tahu bahawa pemeliharaan tetap dan usaha berterusan untuk bertaubat dan mematuhi perintah-perintah diperlukan supaya perasaan itu tidak pernah pergi. Presiden Monson mengatakan: sebuah kesaksian perlu dipelihara melalui kepatuhan berterusan kepada perintah Tuhan serta doa dan pengajian harian kitab suci.”6

Mengikut masa saya telah tanya para penginjil dan orang muda di seluruh dunia bagaimana mereka bermula dalam usaha peribadi mereka untuk mencari kebenaran dan mendapat kesaksian. Hampir selalu, mereka menjawab bahawa usaha mereka sendiri untuk mendapat kesaksian peribadi bermula dengan keputusan peribadi untuk membaca Kitab Mormon dari permulaan dan tanya Tuhan kalau ia benar. Dalam melakukan ini, mereka pilih untuk “bertindak” dan tidak “dikenakan tindakan”7 oleh keraguan orang lain.

Untuk mengetahui kebenaran, kita perlu mematuhi injil8 dan “membuat percubaan”9 pada firman. Kita diberi amaran supaya jangan menentang Roh Tuhan.10 Pertaubatan, bersama dengan keazaman untuk mematuhi perintah-perintah, adalah bahagian penting dalam pencarian setiap individu untuk kebenaran.11 Sebenarnya, kita mungkin perlu menjadi rela “melepaskan segala” dosa kita untuk mengetahui kebenaran.12

Kita diperintahkan untuk “[men]cari pengetahuan yaitu dengan belajar dan juga dengan iman” dan untuk “[men]cari … dari segala kitab yang terbaik kata-kata yang bijaksana.”13 Pencarian kita untuk kebenaran patut tertumpu pada “kitab yang terbaik” dan sumber-sumber yang terbaik. Antara yang terbaik adalah kitab-kitab suci dan kata-kata nabi hidup.

Presiden Monson telah minta setiap kita untuk “melakukan [apa] yang diperlukan” untuk mendapat dan mengekalkan kesaksian yang kuat.14 Apakah yang perlu untuk anda mendalamkan dan menguatkan kesaksian anda? Setiap kita mempunyai tanggungjawab peribadi untuk melakukan apa yang perlu untuk mendapat dan mengekalkan kesaksian yang kuat.

Mengikut perjanjian-perjanjian kita dengan sabar semasa kita “melakukan [apa] yang diperlukan” untuk menerima jawapan-jawapan daripada Tuhan adalah bahagian pola Tuhan untuk belajar kebenaran. Terutamanya apabila kehidupan sukar, kita mungkin perlu “tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan.”15 Mengikut perjanjian dengan sabar mempertingkatkan kerendahan hati kita, mendalami keinginan kita untuk tahu kebenaran, dan membiarkan Roh Kudus “membimbing [kita] di jalan kebijaksanaan agar [kita] boleh diberkati, dimakmurkan, dan dilindungi.”16

Isteri saya, Mary, dan saya mengenali seseorang yang kami sangat sayangi yang telah berjuang dengan beberapa aspek Gereja selama kebanyakan kehidupannya. Dia mengasihi injil, dan dia mengasihi Gereja tetapi dia masih ada soalan-soalan. Dia dimeteraikan di bait suci, aktif di Gereja, memenuhi panggilannya, dan merupakan ibu dan isteri yang sungguh baik. Mengikut masa dia telah cuba melakukan hal-hal yang dia tahu adalah betul dan tidak melakukan hal-hal yang dia tahu adalah tidak betul. Dia telah mengikut perjanjian-perjanjiannya dan terus mencari. Kadangkala dia telah bersyukur untuk bergantung pada iman orang lain.

Kebelakangan ini uskup dia minta berjumpa dengan dia dan suaminya. Dia minta mereka menerima tugasan bait suci untuk bertindak sebagai proksi untuk orang yang memerlukan tatacara-tatacara bait suci. Panggilan ini mengejutkan mereka, tetapi mereka menerima dan mulai pelayanan mereka di rumah Tuhan. Anak lelaki remaja mereka kebelakangan ini menyertai penyelidikan sejarah keluarga dan menjumpai nama keluarga yang tatacara-tatacara di bait sucinya belum dilaksanakan. Mengikut masa mereka bertindak sebagai wakil-wakil dan melakukan tatacara-tatacara bait suci untuk orang ini dan keluarganya. Semasa mereka berlutut di altar dan tatacara pemeteraian dilakukan, perempuan yang sungguh baik dan sabar ini yang telah mencari begitu lama mempunyai pengalaman rohani peribadi di mana dia mendapat tahu bahawa bait suci dan tatacara-tatacara yang dilakukan di dalamnya adalah benar. Dia memanggil ibunya dan memberitahu dia tentang pengalamannya dan berkata bahawa walaupun dia masih ada beberapa soalan, dia tahu bahawa bait suci adalah benar, bahawa tatacara-tatacara bait suci adalah benar, dan bahawa Gereja adalah benar. Ibu dia menangis dengan kesyukuran untuk Bapa Syurgawi yang mengasihi dan bersabar, dan untuk seorang anak perempuan yang terus mencari dengan sabar.

Kepatuhan sabar perjanjian membawa berkat-berkat syurga ke dalam kehidupan kita.17

Saya telah mendapat ketenangan besar dalam janji Tuhan bahawa “melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran tentang semua hal.”18 Tanpa mengetahui semua hal, kita dapat mengetahui kebenaran. Kita dapat mengetahui bahawa Kitab Mormon adalah benar. Sebenarnya, seperti Presiden Russell M. Nelson mengajar petang tadi, kita dapat “merasa, di “bahagian paling dalam’ hati kita [lihat Alma 13:27], bahawa Kitab Mormon adalah betul-betul firman Tuhan.” Dan kita dapat “rasanya dengan begitu dalam sehingga kita tidak akan pernah ingin hidup satu hari pun tanpa firman.”19

Kita dapat mengetahui bahawa Tuhan ialah Bapa kita, yang mengasihi kita, dan bahawa Putera-Nya, Yesus Kristus, ialah Juruselamat dan Penebus kita. Kita dapat mengetahui keahlian dalam Gereja-Nya patut dihargai dan mengambil sakramen setiap minggu akan menolong kita dan keluarga kita menjadi selamat. Kita dapat mengetahui melalui tatacara-tatacara bait suci, keluarga-keluarga betul-betul boleh bersama buat selama-lamanya. Kita dapat mengetahui Korban Tebusan Yesus Kristus dan berkat-berkat pertaubatan dan keampunan adalah benar dan wujud. Kita dapat mengetahui nabi kita yang dikasihi, Presiden Thomas S. Monson, adalah nabi Tuhan dan bahawa penasihat-penasihatnya dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas adalah rasul, nabi, pelihat, dan pewahyu.

Semua ini saya tahu adalah benar dan saya memberi kesaksian saya dalam nama Yesus Kristus, amin.