2010–2019
Pertaubatan Selalunya Positif
Oktober 2017


2:3

Pertaubatan Selalunya Positif

Ketika kita mula berlangkah pada perjalanan pertaubatan, kita menjemput kuasa penebusan Juruselamat ke dalam hidup kita.

Beberapa tahun lalu, Presiden Gordon B. Hinckley menghadiri pertandingan bola sepak Amerika. Dia mengumumkan bahawa stadium itu akan dinamakan sempena jurulatih pasukan yang akan bersara, yang dikasihi buat jangka masa yang lama. Pasukan itu ingin menang pertandingan untuk menghormati jurulatih mereka. Presiden Hinckley dijemput untuk melawat bilik lokar dan berkongsi beberapa kata-kata yang menggalakkan. Dipengaruhi oleh kata-katanya, pasukan itu terus memenangi pertandingan pada hari itu dan mengakhiri musim dengan rekod kemenangan.

Hari ini, saya berucap kepada mereka yang risau kerana mungkin tidak memenangi kehidupan. Sememangnya, ia benar bahawa kita “semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Tuhan.”1 Walaupun musim tanpa kekalahan dalam sukan wujud, tiada pun dalam kehidupan. Tetapi saya bersaksi bahawa Juruselamat Yesus Kristus melaksanakan Korban Tebusan yang sempurna dan memberi kurnia pertaubatan—iaitu jalan kita untuk kembali ke kecerahan harapan yang sempurna untuk harapan dan hidup yang berjaya.

Pengampunan Mendatangkan Kegembiraan

Kita terlalu sering menganggap pertaubatan sebagai sesuatu yang bersengsara dan menyedihkan. Tetapi rancangan Tuhan ialah rancangan kegembiraan, bukanlah kesengsaraan! Pertaubatan meningkatkan dan menyucikan hidup. Dosa yang tidak membawa kegembiraan.2 Pertaubatan merupakan jalan keluar bagi kita! Seperti Elder D. Todd Christofferson menjelaskan: “Tanpa pertaubatan, tiada kemajuan benar dalam kehidupan. … Kita menggunakan rahmat Yesus Kristus yang menebuskan dan keselamatan hanya melalui pertaubatan. Pertaubatan … menunjukkan kita kepada kebebasan, keyakinan, dan kedamaian.”3 Pesanan saya kepada semua—terutamanya kepada remaja—adalah bahawa pertaubatan selalunya positif.

Apabila kita bercakap tentang pertaubatan, kita tidak hanya bercakap tentang usaha kemajuan diri. Pertaubatan yang ikhlas lebih daripada itu—ia diilhami oleh iman kepada Kristus dan kuasa-Nya untuk mengampuni dosa-dosa kita. Seperti Elder Dale G. Renlund telah mengajar kita, “Tanpa Penebus, … pertaubatan menjadi perubahan tingkah laku yang menyedihkan.”4 Kita boleh cuba mengubah kelakuan diri berseorangan, tetapi hanya Juruselamat boleh menghapuskan kekotoran dan mengangkat beban, yang membolehkan kita untuk mengikut jalan kepatuhan dengan keyakinan serta kekuatan. Kegembiraan dari pertaubatan lebih besar daripada kegembiraan dari menjalani kehidupan yang baik. Ia kegembiraan dari keampunan, dari dibersihkan semula, dan dari mendekati Tuhan. Apabila anda mengalami kegembiraan itu, pengganti yang rendah tidak cukup.

Pertaubatan yang ikhlas mengilhami kita untuk membuat kepatuhan suatu komitmen—sebuah perjanjian, yang bermula dengan pembaptisan yang diperbaharui setiap minggu semasa Perjamuan Tuhan, iaitu sakramen. Kita menerima perjanjian di sana bahawa kita boleh “selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita],”5 dengan semua kegembiraan dan kedamaian yang datang daripada penemanan-Nya yang berterusan. Inilah hasil pertaubatan, dan inilah apa yang membuat pertaubatan bergembira!

Pertaubatan Memerlukan Ketabahan

Saya suka perumpamaan tentang anak yang sesat.6 Terdapat sesuatu penting tentang ketika itu yang ketara apabila anak yang sesat “sedar.” Duduk di kandang babi, dia ingin “mengisi perut dengan makanan babi,” akhirnya dia menyedari bahawa dia tidak membazirkan warisan bapanya sahaja tetapi kehidupannya juga. Dengan iman bahawa bapanya mungkin akan menerima dia balik—sebagai seorang suruhan jika bukan seorang anak lelaki—dia memutuskan untuk meninggalkan kehidupan memberontak dan pulang ke rumah.

Saya sering merenung tentang jalannya yang panjang ke rumahnya. Adakah kali apabila dia teragak-agak dan tertanya-tanya, “Bagaimana saya akan diterima oleh bapa saya?” Mungkin dia mengambil beberapa langkah kembali ke kandang babi. Bayangkan betapa berbeza cerita itu jika dia mengaku kalah. Tetapi iman membantu dia bergerak, dan iman membantu bapa menunggu-nunggu dengan sabar, sehingga akhirnya:

“Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya.

“Ayah, kata anak itu, Saya sudah berdosa terhadap Tuhan dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.

“Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, Cepat, bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya: …

“Anakku ini sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dia sesat, tetapi sekarang ditemui semula.”

Pertaubatan Adalah Untuk Semua Orang

Saudara dan saudari, kita semua anak yang sesat. Kita semua mesti “menyedari diri kita sendiri”—biasanya lebih sering daripada sekali—dan pilih perjalanan yang menuju ke rumah. Ia pilihan yang kita buat hari-hari, sepanjang kehidupan kita.

Kita sering mengaitkan pertaubatan dengan dosa besar yang memerlukan “perubahan yang hebat.”7 Tetapi pertaubatan adalah untuk semua—mereka yang merayau ke dalam “jalan-jalan terlarang dan [sedang] sesat”8 dan juga mereka yang “memasuki lorong sempit dan kecil ini” dan sekarang perlu “maju terus.”9 Pertaubatan meletakkan kita pada jalan yang benar dan membantu kita teruskan jalan itu. Ia untuk mereka yang baru mula percaya, yang telah percaya sepanjang hidup, dan yang perlu percaya semula. Seperti Elder David A. Bednar mengajar: “Kebanyakan kita faham bahawa Korban Tebusan adalah untuk pendosa. Saya tidak yakin, jika kita ketahui dan faham bahawa Korban Tebusan juga adalah untuk orang suci—untuk lelaki dan perempuan yang patuh, layak, dan prihatin dan … sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.”10

Baru-baru ini saya melawat sebuah pusat latihan penginjil di mana sekumpulan penginjil baru tiba. Saya sungguh tersentuh semasa saya melihat mereka dan memerhati betapa gembiranya mereka. Mereka kelihatan sangat terang, gembira, dan bersemangat. Suatu fikiran kemudian datang kepada saya: “Mereka telah beriman kepada pertaubatan.” Inilah sebab mengapa mereka penuh dengan kegembiraan dan kedamaian.”

Saya tidak berfikir itu maksud mereka semua berbuat pelanggaran besar di masa lalu, tetapi saya fikir mereka mengetahui cara untuk bertaubat; mereka belajar bahawa pertaubatan adalah positif: dan mereka bersedia dan sangat berminat kongsikan pesanan ini yang gembira kepada dunia.

Ini apa yang berlaku apabila kita berasa kegembiraan dari pertaubatan. Pertimbangkan teladan Enos. Dia mengalami seketika “menyedari dirinya sendiri”, dan selepas “rasa bersalahnya disapu bersih,” hatinya berpaling dengan segera kepada kebajikan orang lain. Enos menghabiskan sisa kehidupannya dengan menjemput semua orang untuk bertaubat dan “bersukacita di dalamnya melebihi apa yang daripada dunia.”11 Pertaubatan melakukan itu; ia memalingkan hati kita kepada sesama kerana kita tahu bahawa kegembiraan yang dirasai kita bertujuan untuk semua orang.

Pertaubatan Ialah Pencarian Sepanjang Hidup

Saya ada kawan yang dibesarkan dalam keluarga Orang Suci Zaman Akhir yang kurang aktif. Apabila dia orang dewasa, dia juga “menyedari dirinya sendiri” dan memutuskan bersedia untuk misi.

Dia menjadi seorang penginjil yang cemerlang. Pada hari terakhir sebelum dia kembali ke rumah, presiden misi bertemu duga dan meminta dia untuk berkongsi kesaksiannya. Dia berbuat demikian, dan selepas pelukan yang penuh tangisan, presiden itu berkata, “Elder, kamu boleh melupakan atau menolak semua hal yang baru kamu saksikan selepas beberapa bulan jika tidak terus melakukan hal-hal yang membina kesaksian kamu dulu.”

Kawan saya kemudian memberitahu saya bahawa dia berdoa dan membaca tulisan suci hari-hari sejak dia pulang dari misi dia. “Dipelihara oleh firman Tuhan yang baik” dengan berterusan telah membantu dia “di dalam jalan yang benar.”12

Anda yang bersedia untuk misi sepenuh masa dan yang akan pulang, dengarkan ini! Ia tidak cukup untuk hanya mendapati kesaksian; anda mesti mengekalkan dan menguatkan ia. Seperti setiap penginjil ketahui, jika anda berhenti mengayuh basikal, ia akan jatuh, dan jika anda berhenti menguatkan kesaksian anda, ia akan makin lemah. Asas ini berkaitan dengan pertaubatan—ia pencarian sepanjang hidup, bukan pengalaman sekali dalam seumur hidup.

Kepada semua yang mencari keampunan—remaja, pemuda-pemudi, ibu bapa, dan nenek moyang—saya menjemput anda untuk kembali. Kinilah masa untuk bermula. Jangan menangguhkan hari pertaubatan anda.13

Kemudian, apabila anda telah membuat keputusan itu, terus mengikut jalannya. Bapa Kita sedang menunggu, inginkan untuk menerima anda. Tangan-Nya dihulurkan “sepanjang hari” bagi anda.14 Ganjarannya berbaloi dengan usaha yang diberi.

Ingatlah kata-kata Nefi: “Kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”15

Kadangkala perjalanan kelihatannya panjang—sesudahnya, ia perjalanan ke kehidupan abadi. Tetapi ia perjalanan gembira jika kita mencari dengan iman dalam Yesus Kristus dan harapan dalam Korban Tebusan-Nya. Saya bersaksi bahawa ketika kita mula berlangkah pada perjalanan pertaubatan, kita menjemput kuasa penebusan Juruselamat ke dalam hidup kita. Kuasa itu akan meneguhkan landasan kita, meluaskan penglihatan, mendalami kezaman untuk maju ke hadapan, langkah demi langkah, sehingga hari itu yang mulia apabila kita kembali ke rumah syurgawi dan mendengar Bapa di Syurga berkata kepada kita, “Syabas.”16 Dalam nama Yesus Kristus, amin