Rancangan dan Perisytiharan
Perisytiharan keluarga merupakan penegasan semula Tuhan berkenaan kebenaran injil yang diperlukan untuk menyokong kita ketika menghadapi cabaran-cabaran keluarga hari ini.
Jelasnya melalui perisytiharan keluarga kita, ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir diberkati dengan ajaran yang unik dan melihat dunia secara berbeza. Kita terlibat dan mahir dalam pelbagai aktiviti dunia, tetapi terdapatnya aktiviti lain yang kita tidak ikuti apabila kita memilih untuk mengikut ajaran-ajaran Yesus Kristus dan Rasul-rasul-Nya, yang moden dan juga yang kuno.
I.
Di dalam satu perumpamaan, Yesus menggambarkan mereka yang “[mendengar] perkhabaran itu” tetapi menjadi “tidak berbuah” apabila perkhabaran itu “terbantut” oleh “kekhuatiran tentang hidup dan keinginan untuk hidup mewah” (Matius 13:22). Kemudian, Yesus membetulkan Petrus kerana tidak menghayati “fikiran Tuhan, tetapi fikiran manusia,” dengan mengisytiharkan, “Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?” (Matius 16:23, 26). Dalam ajaran-ajaran fana-Nya, Dia memberitahu Rasul-Nya, “Jika kamu milik dunia, dunia akan mengasihi kamu seolah-olah kamu anak-anaknya sendiri: tetapi kamu bukan milik dunia, … dunia membenci kamu” (Yohanes 15:19; lihat juga Yohanes 17:14, 16).
Dari segi yang sama, tulisan Rasul-rasul Yesus yang awal sering menggunakan gambaran “dunia” untuk mewakili penentangan ajaran-ajaran injil. “Janganlah ikut kebiasaan dunia” (Roma 12:2), ajar Rasul Paulus. “Kerana kebijaksanaan dunia sebenarnya suatu kebodohan di sisi Tuhan” (1 Korintus 3:19). Dan, “Berwaspadalah,” dia mengingatkan, “supaya tidak seorang pun memperhamba kamu … dengan falsafah manusia, dan bukan daripada Kristus” (Kolose 2:8). Rasul Yakobus mengajar bahawa “orang yang bersahabat dengan dunia menjadi musuh Tuhan[.] Sesiapa yang mahu bersahabat dengan dunia, menjadi musuh Tuhan” (Yakobus 4:4).
Kitab Mormon sering menggunakan gambaran penentangan “dunia” ini. Nefi menubuatkan pembinasaan terhebat berkenaan “mereka yang membina pengaruhnya untuk menjadi termasyhur disukai ramai di mata dunia, dan mereka yang mencari … benda-benda dari dunia” (1 Nefi 22:23; lihat juga 2 Nefi 9:30). Alma mengutuk mereka yang “bongkak … dengan apa yang sia-sia di dunia” (Alma 31:27). Mimpi Lehi menunjukkan mereka yang ingin mengikut rod besi, firman Tuhan, akan menghadapi tentangan dunia. Penduduk-penduduk “bangunan besar dan lapang” Lehi nampak sedang “mengejek dan menuding” “jari penghinaan” (1 Nefi 8:26–27, 33). Dalam penglihatannya untuk mentafsirkan mimpi ini, Nefi pelajari bahawa cemuhan dan penentangan ini datang dari “orang ramai di bumi, … dunia dan kebijaksanaannya; … keangkuhan dunia” (1 Nefi 11:34–36).
Apakah maksud amaran dan perintah tulisan suci berkenaan untuk tidak menjadi seperti “dunia” atau perintah moden untuk “meninggalkan dunia”? A&P 53:2). Presiden Thomas S. Monson merumuskan ajaran-ajaran ini: “Kita mesti berhati-hati di dunia yang sudah berpaling dari kebanyakan perkara rohani. Kita perlu menolak apa-apa yang tidak mematuhi taraf kita, juga tidak melepaskan apa yang kita paling inginkan: kehidupan abadi di kerajaan Tuhan.”1
Tuhan telah menciptakan bumi ini berdasarkan rancangan-Nya untuk memberi anak-anak rohani-Nya tempat untuk mengalami kefanaan iaitu langkah yang penting untuk mencapai kemuliaan yang Dia inginkan untuk kita semua. Walaupun terdapatnya pelbagai kerajaan dan kemuliaan, hasrat tertinggi Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya sepertimana digelar oleh Presiden Monson ialah “kehidupan abadi dalam kerajaan Tuhan,” iaitu permuliaan keluarga-keluarga. Ini lebih daripada keselamatan. Presiden Russell M. Nelson telah mengingati kita, “Dalam rancangan abadi Tuhan, penyelamatan merupakan hal peribadi; [tetapi] permuliaan merupakan hal sekeluarga.”2
Injil terpulih Yesus Kristus dan perisytiharan keluarga terilham itu, yang akan dibincangkan kemudian, merupakan ajaran-ajaran penting untuk membimbing persediaan fana bagi permuliaan. Walaupun kita perlu mengikut undang-undang perkahwinan dan tradisi lain dunia, mereka yang berusaha untuk permuliaan harus membuat pilihan dalam kehidupan keluarga yang berkadaran dengan cara Tuhan apabila ia berbeza dengan cara dunia.
Dalam kehidupan fana ini, kita tidak mempunyai sebarang ingatan berkenaan sebelum kelahiran kita, dan kini kita mengalami penentangan. Kita menjadi matang secara rohani apabila kita memilih untuk mentaati perintah-perintah Tuhan berikutan membuat pilihan-pilihan yang baik. Ini termasuk perjanjian dan tatacara injil dan pertaubatan apabila kita membuat kesalahan. Sebaliknya, jika kita kurang percaya rancangan Tuhan dan tidak patuh atau tidak melakukan sesuatu yang perlu dengan sengaja, kita tidak akan peroleh kematangan itu. Kitab Mormon mengajar, “Kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan” (Alma 34:32).
II.
Orang Suci Zaman Akhir yang memahami rancangan keselamatan Tuhan mempunyai pandangan dunia unik yang membantu mereka memahami perintah-perintah Tuhan, tatacara injil yang tetap, peranan asas penting Juruselamat kita, Yesus Kristus. Korban tebusan Juruselamat menyelamatkan kita daripada kematian dan, dengan syarat pertaubatan kita, menyelamatkan kita dari dosa. Dengan pandangan duniawi itu, Orang Suci Zaman Akhir mempunyai keutamaan dan latihan yang nyata dan diberkati dengan kekuatan untuk menahani kekecewaan dan kepedihan kehidupan fana.
Namun, tindakan mereka yang sedang cuba mengikut rancangan keselamatan Tuhan boleh menyebabkan kesalahfahaman atau percanggahan dengan ahli keluarga atau kawan yang tidak mempercayai prinsip-prinsip itu. Percanggahan akan sentiasa wujud. Setiap generasi yang telah cuba mengikut rancangan Tuhan seringkali menghadapi cabaran-cabaran. Secara sejarahnya, nabi Yesaya memberi kekuatan kepada orang Israel, yang dipanggil “kamu yang tahu akan hal yang benar, … yang telah menyimpan ajaran-Ku dalam hati.” Kepada mereka dia berkata, “Janganlah takut akan teguran manusia” (Yesaya 51:7; lihat juga 2 Nefi 8:7). Tidak kira apa sebab percanggahan bersama mereka yang tidak memahami atau percaya rancangan Tuhan, mereka yang faham akan sentiasa memilih cara Tuhan dan bukannya cara duniawi.
III.
Rancangan injil yang perlu diikuti oleh setiap keluarga yang bersedia untuk kehidupan abadi dan permuliaan telah dipelan rangka dalam perisytiharan Gereja pada tahun 1995, “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.”3 Pengisytiharan, semestinya, amat berbeza daripada undang-undang kini, latihan dan pembelaan dunia kita. Hari ini, perbezaan yang amat ketara ialah hidup bersama tanpa berkahwin, perkahwinan sama jantina, dan pembesaran kanak-kanak dalam perhubungan-perhubungan tersebut. Mereka yang tidak percaya atau inginkan permuliaan dan yang amat terpengaruh dengan cara keduniaan akan menganggap perisytiharan keluarga ini hanya satu kenyataan yang perlu diubah. Sebaliknya, Orang Suci Zaman Akhir menegaskan bahawa perisytiharan keluarga menerangkan jenis perhubungan keluarga yang diperlukan supaya pertumbuhan abadi yang paling penting boleh terjadi.
Kita telah menyaksikan penerimaan umum yang cepat berkenaan hidup bersama tanpa berkahwin dan perkahwinan sama jantina. Sokongan media, pendidikan, dan juga keperluan tempat kerja memberi cabaran yang susah bagi Orang Suci Zaman Akhir. Kita harus imbangi desakan yang bersaing untuk mentaati undang-undang Injil dalam kehidupan peribadi dan ajaran-ajaran apabila kita cuba untuk mengasihi semua.4 Dengan demikian kita kadangkala akan menghadapi tetapi tidak perlu takut akan sepertimana dipanggil Yesaya “celaan manusia.”
Orang Suci Zaman Akhir yang setia percaya bahawa perisytiharan keluarga, yang diterbitkan hampir suku abad lalu, merupakan penegasan semula Tuhan berkenaan kebenaran Injil yang diperlukan untuk menyokong kita ketika menghadapi cabaran-cabaran keluarga hari ini. Dua contoh ialah perkahwinan sama jantina dan kehidupan bersama tanpa berkahwin. 20 tahun selepas perisytiharan keluarga diumumkan, Mahkamah Agung Amerika Syarikat membenarkan perkahwinan sama jantina, menterbalikkan ribuan tahun berkenaan perkahwinan yang terhad kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Peratusan kanak-kanak di Amerika Syarikat yang dilahirkan oleh ibu yang tidak berkahwin dengan bapa mereka semakin meningkat: 5 peratus pada 1960,5 32 peratus pada 1995,6 dan kini 40 peratus.7
III.
Perisytiharan keluarga bermula dengan mengisytiharkan “bahawa perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita adalah ditahbiskan oleh Tuhan dan bahawa keluarga adalah pusat dalam rancangan Pencipta demi takdir ilahi yang abadi bagi anak-anak-Nya.” Ia juga menegaskan bahawa “jantina merupakan sifat yang asas untuk identiti dan tujuan pra-fana, fana, dan abadi seseorang.” Seterusnya ia menyatakan “Tuhan telah memerintah bahawa kuasa memperanakkan yang kudus harus digunakan hanya di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah dikahwinkan menurut undang-undang negara sebagai suami dan isteri.”
Perisytiharan itu menegaskan tugas berterusan bagi suami dan isteri untuk beranak pinak dan bertambah di dunia dan “tanggungjawab yang mustahak untuk menyayangi serta menjaga satu sama lain dan anak-anak mereka”: “Anak-anak berhak dilahirkan di dalam ikatan perkahwinan dan dibesarkan oleh seorang bapa dan seorang ibu yang melunaskan ikrar perkahwinan dengan kesetiaan yang mutlak.” Ia tidak benarkan penderaan pasangan atau anak, dan menegaskan bahawa “kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus.” Akhirnya, ia menggalakkan “langkah-langkah yang dicipta dengan tujuan mengekalkan serta menguatkan keluarga sebagai unit asas masyarakat.”
Pada tahun 1995, seorang Presiden Gereja dan 14 Rasul Tuhan menerbitkan kenyataan-kenyataan ajaran tersebut. Sebagai salah satu daripada tujuh Rasul-rasul tersebut yang masih hidup, saya rasa wajib untuk berkongsi apa yang telah mendorong perisytiharan keluarga dan maklumatnya.
Ilham yang menentukan keperluan perisytiharan berkenaan keluarga datang ke pemimpin-pemimpin Gereja lebih 23 tahun yang lalu. Ada yang terkejut kerana mereka fikir kebenaran ajaran berkenaan perkahwinan dan keluarga amat difahami tanpa memerlukan penyataan semula.8 Walaupun demikian, kami memperoleh persetujuan dan mula bekerja. Tajuk-tajuk ditentukan dan dibincangkan oleh ahli-ahli Kuorum Dua Belas selama setahun. Bahasa dicadangkan, dikaji semula, dan disemak. Kami berdoa kepada Tuhan untuk ilham-Nya berkenaan apa yang harus dinyatakan dan bagaimana ia harus dinyatakan. Kita semua belajar “baris demi baris ajaran demi ajaran,” seperti yang dijanjikan oleh Tuhan (A&P 98:12).
Ketika proses pendedahan ini, teks yang tercadang dibentangkan kepada Presidensi Utama, yang menyelia dan mengumumkan ajaran-ajaran Gereja. Setelah presidensi Gereja membuat penukaran yang seterusnya, perisytiharan keluarga diumumkan oleh Presiden Gereja, Gordon B. Hinckley. Di pertemuan wanita pada September 23, 1995, dia memperkenalkan perisytiharan itu dengan kata-kata berikut: “Disebabkan terdapatnya banyak pendapat palsu di dunia yang dianggap sebagai kebenaran, banyak penipuan berkenaan standard dan nilai-nilai, banyak godaan yang mencemarkan dunia, kami terdorong untuk memberi peringatan dan amaran.”9
Saya bersaksi bahawa perisytiharan keluarga merupakan satu kenyataan kebenaran abadi, kehendak Tuhan untuk anak-anak-Nya yang menginginkan kehidupan abadi. Ia telah pun menjadi asas ajaran Gereja dan dipraktikkan selama 22 tahun dan akan berterusan di masa yang akan datang. Pertimbangkan sedemikian, ajarkannya, hidupinya, dan anda akan diberkati apabila anda maju terus terhadap kehidupan abadi.
Empat puluh tahun yang lalu, Presiden Ezra Taft Benson mengajar bahawa “setiap generasi mempunyai ujian-ujian dan berpeluang untuk berdiri dan membuktikan diri.”10 Saya percaya bahawa tingkah laku kita terhadap dan penggunaan perisytiharan keluarga merupakan salah satu ujian tersebut untuk generasi ini. Saya doakan semua Orang Suci Zaman Akhir akan berdiri teguh dalam ujian itu.
Saya menutup dengan ajaran President Gordon B. Hinckley’s yang dituturkan dua tahun selepas perisytiharan keluarga diumumkan. Dia berkata: “Saya dapat melihat masa depan yang cerah dalam dunia yang tidak pasti. Jika kita memegang teguh kepada nilai-nilai kita, jika kita membina di atas warisan kita, jika kita taat kepada Tuhan, jika kita mengikut ajaran injil, kita akan diberkati dengan hebat. Kita akan dilihat sebagai orang istimewa yang menjumpai kunci ke kegembiraan yang istimewa.”11
Saya bersaksikan kebenaran dan kepentingan abadi perisytiharan keluarga, diungkapkan oleh Tuhan Yesus Kristus kepada Rasul-rasul-Nya untuk permuliaan anak-anak Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1–4), dalam nama Yesus Kristus, amin.