2010–2019
Adakah Hari Kemukjizatan Telah Berhenti?
Oktober 2017


2:3

Adakah Hari Kemukjizatan Telah Berhenti?

Tumpuan utama kita seharusnya kepada mukjizat-mukjizat rohani yang boleh didapati oleh semua anak-anak Tuhan.

Setahun lalu, dalam tugasan di California, saya dan presiden pancang pergi mengunjungi Clark dan Holly Fales dan keluarga mereka di kediaman mereka. Saya telah diberitahu mereka telah mengalami sebuah mukjizat baru-baru ini. Pada ketibaan kami, Clark sukar untuk berdiri dan menyapa kami kerana dia memakai pendakap belakang, pendakap leher dan pendakap di kedua lengannya.

Lebih dua bulan terdahulu, Clark, anaknya Ty, dan lebih kurang 30 remaja putera dan pemimpin berangkat ke aktiviti pengembaraan tinggi pancang, mendaki setinggi 14,180 kaki (4,322m) ke puncak Mount Shasta , salah satu puncak yang tertinggi di California. Pada hari kedua pendakian yang sukar, kebanyakan pendaki mencapai puncak—pencapaian yang mendebarkan dapat terjadi kerana persediaan yang berbulan.

Orang pertama yang mencapai puncak ialah Clark. Selepas berehat seketika berdekatan dengan pinggir puncak, dia berdiri dan mula berjalan. Ketika dia melakukan itu, dia tersandung dan jatuh ke belakang dari tepi tebing, menderita kejatuhan percuma kira-kira 40 kaki (12 m) dan terjatuh di luar kawalan ke cerun ais untuk 300 kaki (91 m) lagi. Luar biasanya, Clark terselamat, tetapi dia cedera teruk dan tidak dapat bergerak.

Mukjizat yang dialami oleh Clark sewaktu peristiwa trauma ini hanya permulaan. Antara yang pertama yang menjangkau dia “kebetulan” ialah sekumpulan pendaki yang terdiri daripada penyelamat gunung dan pakar perubatan kecemasan. Mereka segera merawat Clark yang terkejut dan menyediakan peralatan supaya dia hangat. Kumpulan ini juga “kebetulan” sedang menguji satu alat komunikasi baru dan menghantar permintaan kecemasan untuk bantuan dari kawasan di mana telefon bimbit tidak mempunyai signal. Sebuah helikopter kecil segera dihantar ke Mount Shasta dari satu jam jauhnya. Selepas dua cubaan pendaratan yang bahaya tetapi tidak berjaya di ketinggian yang mendorong batas pesawat, dan bergelut dengan keadaan angin yang berbahaya, juruterbang memulakan percubaan ketiga dan terakhir. Ketika helikopter mendekati dari sudut lain, arah angin “kebetulan” berubah dan pesawat dapat mendarat cukup lama untuk kumpulan itu dengan cepat dan seksa memuatkan Clark ke ruangan kecil di belakang tempat duduk juruterbang.

Sewaktu Clark sedang dinilai di pusat trauma, ujian menunjukkan bahawa dia mengalami retakan berganda di leher, belakang, tulang rusuk, dan pergelangan tangan; paru-paru yang tertusuk; dan banyak luka dan calar. Seorang pakar bedah neurotrauma yang terkenal “kebetulan” bertugas pada hari tersebut; dia cuma berada di hospital ini beberapa kali dalam setahun. Doktor ini kemudian menyatakan dia tidak pernah melihat sesiapa pun yang mengalami banyak kecederaan di saraf tunjang dan karotid arteri dan hidup. Clark bukan saja dijangka untuk hidup malah kembali berfungsi sepenuhnya. Menegaskan dirinya sebagai kafir, pakar bedah tersebut mengatakan kes Clark bertentangan dengan semua pembelajaran saintifiknya tentang kecederaan neurologi dan hanya boleh digambarkan sebagai mukjizat.

Sewaktu Clark dan Holly selesai menceritakan pengalaman yang dahsyat ini, saya merasa susah untuk berkata-kata. Ini bukan hanya disebabkan oleh mukjizat yang nyata itu, tetapi kerana sebab yang lebih besar. Saya memiliki tanggapan yang mendalam—satu kesaksian rohani—bahawa Holly dan setiap dari lima orang anak-anaknya yang cantik yang duduk bersama ibu bapa mereka di ruang tamu itu mempunyai iman yang membolehkan mereka menerima apa jua kesan yang mungkin akan terjadi pada hari itu dan mereka masih akan berkembang secara rohani. Clark dan Holly dan juga dua anak sulung mereka, Ty dan Porter, ada bersama dengan kita hari ini di Pusat Persidangan.

Dalam merenung pengalaman keluarga Fales, saya telah berfikir banyak tentang keadaan mereka yang lain. Bagaimana dengan (Orang Suci) yang beriman penuh yang tidak terkira, penerima berkat imamat, berdoa berterusan, pemegang perjanjian, orang suci yang penuh pengharapan yang tidak pernah didatangkan mukjizat? Sekurang-kurangnya dalam cara yang mereka fahami tentang mukjizat. Sekurang-kurangnya dalam cara orang lain menerima mukjizat.

Bagaimana pula dengan mereka yang menderita kesengsaraan yang mendalam—secara jasmani, secara mental, secara emosi—untuk bertahun atau berdekad atau untuk seluruh kehidupan fana mereka? Bagaimanakah dengan mereka yang telah meninggal di usia muda?

Baru dua bulan yang lalu, dua pemegang kad rekomen bait suci pasangan suami isteri, dengan tiga anak-anak penginjil sepenuh masa dan lima anak-anak yang lain di antara mereka, berlepas dengan kapal kecil untuk penerbangan yang pendek. Saya yakin mereka telah berdoa untuk keselamatan sebelum penerbangan dan telah berdoa bersungguh-sungguh ketika kapal mereka bertembung masalah mekanikal yang serius sebelum terhempas. Tidak ada yang terselamat. Bagaimana pula dengan mereka?

Adakah orang baik dan orang yang mereka kasihi mempunyai alasan untuk bertanya soalan yang dikatakan oleh Mormon:”Adakah hari kemukjizatan telah berhenti?”1

Pengetahuan saya yang terhad tidak dapat menjelaskan mengapa kadang-kadang adanya campur tangan ilahi dan ada masanya tidak. Tetapi mungkin kita kekurangan pemahaman apa yang membentuk sebuah mukjizat.

Sering kali kita menggambarkan mukjizat sebagai disembuhkan tanpa penjelasan penuh oleh sains perubatan atau sebagai mengelak bahaya bencana dengan mendengarkan kepada bisikan yang jelas. Walau bagaimanapun, mentakrifkan mukjizat sebagai “suatu peristiwa yang bermanfaat yang dibawa melalui kuasa ilahi yang tidak difahami oleh fana”2 memberi suatu perspektif yang luas kepada perkara-perkara yang lebih kekal secara alamiah. Definisi ini membenarkan kita untuk merenung peranan penting iman dalam menerima mukjizat.

Moroni mengajarkan, “Dan tiada orang pada bila-bila masa pun yang mengerjakan mukjizat sehinggalah setelah iman mereka.”3 Amon mengisytiharkan, “Demikianlah Tuhan telah menyediakan suatu cara agar manusia, melalui iman, boleh mengerjakan mukjizat-mukjizat menakjubkan.”4 Tuhan mengungkapkan kepada Joseph Smith, “Kerana Aku adalah Tuhan, … dan Aku akan memperlihatkan mukjizat … kepada mereka semua yang percaya pada nama-Ku.”5

Raja Nebukadnezzar meminta Sadrakh, Mesakh, dan Abednego menyembah patung emas yang dia telah sedia sebagai tuhan, mengancam, “Jika kamu tidak menyembah, kamu akan dicampakkan … ke dalam perapian yang menyala-nyala.” Kemudian dia mengejek mereka dengan “Tuhan manakah yang dapat melepaskan kamu dari dalam tanganku?”6

Tiga pengikut taat ini mengatakan: “Jika sedemikian, Tuhan kami yang kami puja akan melepaskan kami dari perapian yang menyala-nyala itu. … Tetapi seandainya tidak, hendaklah tuanku mengetahui, ya raja, bahawa kami tidak akan memuja tuhan tuanku.”7

Mereka memiliki keyakinan yang penuh bahawa Tuhan dapat menyelamatkan mereka, “tetapi seandainya tidak,” mereka memiliki iman yang penuh terhadap rancangan-Nya.

Serupa, Elder David A. Bednar sekali bertanya kepada seorang pemuda yang meminta berkat imamat, “Sekiranya merupakan kehendak Bapa di Syurga yang kamu akan meninggal dan pergi ke dunia roh untuk meneruskan pelayanan kamu, adakah kamu memiliki iman untuk tunduk kepada kehendak-Nya dan tidak disembuhkan?”8 Adakah kita memiliki iman untuk “tidak disembuhkan” dari kesengsaraan duniawi kita agar kita boleh disembuhkan secara abadi?

Satu soalan kritikal untuk direnung ialah “Di manakah kita meletakkan iman kita?” Adakah iman kita tertumpu hanya kepada penantian untuk kelegaan dari kesakitan dan penderitaan, atau adakah ia berpusat kukuh kepada Tuhan Bapa dan rancangan kudus-Nya dan dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya? Iman kepada Bapa di Syurga dan Putera-Nya membenarkan kita untuk memahami dan menerima kehendak Mereka sewaktu kita bersedia untuk keabadian.

Hari ini saya bersaksi tentang mukjizat-mukjizat. Menjadi seorang anak Tuhan ialah sebuah mukjizat.9 Menerima tubuh badan dalam gambaran-Nya dan keserupaan-Nya ialah sebuah mukjizat.10 Kurniaan seorang Juruselamat ialah suatu mukjizat.11 Korban Tebusan Yesus Kristus ialah suatu mukjizat.12 Potensi untuk kehidupan abadi ialah suatu mukjizat.13

Sementara adalah bagus untuk berdoa dan bekerja untuk perlindungan dan penyembuhan ketika kewujudan fana kita, tumpuan utama kita seharusnya pada mukjizat-mukjizat rohani yang boleh didapati oleh semua anak-anak Tuhan. Apa pun etnik kita, apa pun kewarganegaraan kita, apa pun yang telah kita lakukan sekiranya kita telah bertaubat, apa pun yang mungkin telah berlaku kepada kita—kita semua memiliki akses yang setara kepada mukjizat-mukjizat ini. Kita hidup dalam mukjizat, mukjizat-mukjizat selanjutnya terletak di hadapan. Dalam nama Yesus Kristus, amin