Perkara Harian Biasa Yang Abadi
Kerendahan hati tentang identiti kita dan tujuan Tuhan untuk kita adalah penting.
Semenjak pelayanan saya dalam misi British semasa seorang pemuda, saya memang suka kelucuan British. Kadangkala, ia digambarkan secara kutukan diri, kehidupan sederhana dan rendah. Satu contoh ini ialah bagaimana musim panas digambarkan. Musim panas British singkat dan tidak dapat diramal. Seorang penulis kata, “Saya suka musim panas British, ia hari tergemar saya sepanjang tahun.”1 Satu watak kartun British kegemaran saya digambarkan dalam katilnya bangun lewat suatu pagi dan kata kepada anjingnya, “Alamak! Kita kesiangan dan musim panas sudah habis.”2
Ada satu analogi dalam kelucuan ini berkenaan dengan hidup kita pada bumi yang indah ini. Kitab suci menjelaskan bahawa kewujudan fana kita adalah pendek. Dari perspektif abadi, masa kita pada bumi adalah pendek seperti musim panas British.3
Kadangkala tujuan dan kewujudan manusia juga dihuraikan secara rendah. Nabi Musa dibesarkan dari latar belakang yang baik. Seperti yang dicatat dalam Mutiara yang Sangat Berharga, Tuhan, menyediakan Musa demi tugas ilahinya, berikan dia satu gambaran keseluruhan dunia ini dan semua anak-anak manusia yang ada dan telah diciptakan.4 Musa kata: “ Sekarang, … aku tahu bahawa manusia bukanlah apa-apa, yang hal itu tidak pernah aku kira.”5
Kemudian, Tuhan, mematah perasaan tidak penting Musa, mengisytiharkan tujuan benar-Nya: “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”6
Kita semua sama di hadapan Tuhan. Ajaran Tuhan adalah jelas. Dalam Kitab Mormon, kita baca, “Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, yang tertawan dan bebas, lelaki dan perempuan.”7 Semua dijemput untuk datang kepada Tuhan.8
Sesiapa yang menuntut keunggulan di bawah rancangan Bapa kerana sifat-sifat seperti, ras, jantina, kewarganegaraan, bahasa, atau situasi ekonomi adalah salah secara moral dan tidak faham tujuan benar Tuhan bagi semua anak Bapa.9
Malangnya, pada zaman kita dalam hampir semua bahagian masyarakat, kita nampak kepentingan diri dan keangkuhan ditayangkan tetapi kerendahan hati dan pertanggungjawapan kepada Tuhan diperkecilkan. Kebanyakan masyarakat tidak faham kebenaran dasar dan tidak faham mengapa kita berada di bumi ini. Kerendahan hati yang benar, yang mustahak untuk mencapai tujuan Tuhan bagi kita, adalah kurang nyata.10
Adalah penting untuk memahami kepentingan kerendahan hati Kristus, kesolehan, sifat, dan kebijaksanaan-Nya seperti yang diberi contoh dalam kitab suci. Adalah bodoh untuk memandang rendah keperluan untuk terus berusaha untuk memperolehi sifat-sifat seperti Kristus ini setiap hari, terutamanya kerendahan hati.11
Kitab suci menjelaskan bahawa walaupun kehidupan bumi adalah pendek, ia sangat mustahak. Amulek, seorang teman penginjil Alma dalam Kitab Mormon, kata, “Kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan: ya, lihatlah masa kehidupan inilah masa bagi manusia untuk melaksanakan kerja mereka.”12 Seperti watak kartun saya, kita tidak mahu tidur sampai kehabisan musim panas.
Teladan kerendahan hati dan korban bagi manusia Juruselamat ialah kejadian yang paling mendalam dalam sejarah. Juruselamat, walaupun Dia seorang ahli Kesatuan Ketuhanan, rela datang ke bumi sebagai seorang bayi yang rendah dan mulakan satu kewujudan yang termasuk mengajar dan menyembuh saudara saudari-Nya serta menderita kesakitan yang tidak dapat dihuraikan di Getsemani dan di atas salib untuk melengkapkan Korban Tebusan-Nya. Tindakan kasih sayang dan kerendahan hati Kristus juga dikenali sebagai perendahan diri.13 Dia melakukan demikian untuk semua lelaki dan perempuan yang pernah dan akan Tuhan ciptakan.
Bapa Syurgawi kita tidak hendak anak-anak-Nya berputus asa atau mengaku kalah kepada usaha mereka untuk mencapai kemuliaan selestial. Apabila kita merenung tentang Tuhan Bapa dan Putera Kristus, tentang identiti Mereka, dan tentang apa yang sudah Mereka capai bagi pihak kita, kita akan penuh dengan ketakziman, kekaguman, kesyukuran, dan kerendahan hati.
Kerendahan Hati Penting untuk Menolong Tuhan Menubuhkan Gereja-Nya
Alma menanya satu soalan pada masanya yang berkait dengan zaman kini: “Jika kamu telah mengalami suatu perubahan hati, dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?”14 Alma terus kata, “Dapatkah kamu berkata, jika kamu dipanggil untuk mati pada waktu ini, … bahawa kamu telah cukup rendah hati?”15
Setiap kali saya baca tentang Alma yang Muda meninggalkan tuntutannya sebagai ketua negerinya untuk mengkhutbahkan firman Tuhan,16 saya terkagum. Alma memang ada satu kesaksian tentang Tuhan Bapa dan Yesus Kristus yang mendalam dan merasa dia bertanggungjawab kepada Mereka dengan sepenuhnya tanpa keraguan. Dia ada keutamaan yang betul dan kerendahan hati untuk meninggalkan taraf dan kedudukan kerana dia sedar bahawa melayan Tuhan adalah lebih penting.
Mempunyai kerendahan hati yang cukup dalam hidup kita untuk menolong menubuhkan Gereja adalah sangat bernilai. Satu contoh dalam sejarah Gereja menjelaskan prinsip ini. Pada Jun 1837, Nabi Joseph diilham semasa di dalam Bait Suci Kirtland untuk memanggil Heber C. Kimball untuk mengkhutbahkan injil Yesus Kristus di “England … dan buka pintu penyelamatan kepada negara itu.”17 Rasul Orson Hyde dan beberapa orang lain ditugaskan untuk menemani dia. Balasan Elder Kimball sangat ulung. “Saya hampir tidak boleh menerima satu misi yang begitu penting. … [Saya] hampir sedia untuk mengaku kalah kepada beban yang diletak ke atas saya.”18 Walau begitu, dia melaksanakan misi dengan iman, komitmen, dan kerendahan hati yang sempurna.
Kadang kala kerendahan hati adalah untuk menerima panggilan apabila kita tidak rasa tidak layak. Kadang kala kerendahan hati adalah untuk melayan dengan beriman apabila kita rasa kita berupaya untuk melakukan tugas yang lebih besar. Para pemimpin yang rendah hati sudah berkata dan menunjukkan bahawa adalah tidak penting di mana kita melayan, lebih penting bagaimana kita melayan.19 Kadang kala kerendahan hati adalah mengatasi perasaan luka apabila pemimpin kita atau ahli lain menzalimi kita.
Pada Julai 23, 1837, Nabi Joseph bertermu dengan Elder Thomas B. Marsh, Presiden Kuorum Dua Belas. Elder Marsh merasa kecewa bahawa Nabi sudah panggil dua ahli kuorumnya untuk pergi ke England tanpa berunding bersama dia. Apabila Joseph bertemu dengan Elder Marsh, semua kelukaan hati ditepikan, dan Nabi menerima satu wahyu yang luar biasa. Ia menjadi bahagian 112 Ajaran dan Perjanjian.20 Ia berikan arahan dari syurga berkenaan kerendahan hati dan kerja penginjil. Ayat 10 baca, “Jadilah engkau rendah hati; dan Tuhanmu akan menuntun tanganmu, dan memberi engkau jawapan terhadap doa-doamu.”21
Wahyu ini berlaku pada hari yang sama semasa Elder Kimball, Hyde, dan John Goodson, dengan kerendahan hati, mengkhutbahkan Pemulihan injil Yesus Kristus di Vauxhall Chapel di Preston, England.22 Ini kali pertama para penginjil mengkhutbahkan injil yang sudah dipulihkan di luar Amerika Utara pada zaman keagamaan ini. Usaha penginjil mereka menghasilkan pembaptisan penganut baru dengan hampir segera dan mendatangkan ramai ahli yang beriman.23
Bahagian wahyu berikut membimbing usaha penginjil kita hari ini. “Barang siapa yang akan kamu utus … akan memiliki kuasa untuk membuka pintu kerajaan-Ku kepada bangsa apa pun … sejauh mereka akan merendahkan hati mereka di hadapan-Ku dan berpegang kepada firman-Ku, dan mendengar suara Roh-Ku.”24
Kerendahan hati yang menyokong usaha penginjil ini membolehkan Tuhan untuk menubuhkan Gereja-Nya dalam cara yang kagum.
Dengan syukurnya, kita terus nampak ini berlaku dalam Gereja hari ini. Ahli-ahli, termasuk generasi yang meningkat dewasa, korbankan masa mereka dan menangguh pendidikan dan pekerjaan mereka untuk melayan misi. Ramai ahli umur emas meninggalkan pekerjaan dan membuat korban lain untuk melayan Tuhan dalam apa pun panggilan mereka. Kita tidak benarkan isu peribadi untuk mengalih perhatian kita atau memesong kita dari mencapai tujuan-Nya.25 Pelayanan Gereja memerlukan kerendahan hati. Kita melayani panggilan kita dengan keseluruhan hati, tenaga, minda, dan kekuatan kita. Pada setiap pangkat Gereja, adalah penting untuk memahami sifat kerendahan hati seperti Kristus.
Kerendahan Hati Harian Penting untuk Menolong Sediakan Individu untuk Menemu Tuhan
Matlamat mematuhi Tuhan dan menyerah diri kita kepada hasrat-Nya26 tidak dihargai dalam masyarakat hari ini berbanding dengan masa lalu. Pemimpin-pemimpin Kristian lain percaya kita hidup dalam dunia di mana agama Kristian tidak berkaitan.27
Buat banyak generasi lalu, sifat kerendahan hati Kristian Judeo dan hemah sivik kesederhanaan ialah standard utama.
Dalam dunia hari ini, ada keutamaan semakin diberikan ke atas keangkuhan, membesarkan kedudukan diri, dan “ketulenan” yang kadangkala menghala ke kekurangan kerendahan hati yang benar. Ada yang mencadangkan bahawa nilai-nilai moral untuk kegembiraan hari ini termasuk “menjadi tulen, kuat, produktif—dan terutamanya, jangan bergantung pada orang lain … kerana nasib anda … berada dalam tangan anda.”28
Kitab suci menyokong pendekatan yang berbeza. Kitab suci cadangkan kita harus menjadi pengikut Yesus Kristus yang benar. Ini termasuk menubuhkan satu perasaan kebertanggungjawapan kepada Tuhan dan satu pendekatan hidup yang rendah hati. Raja Benyamin ajar bahawa manusia alamiah ialah musuh kepada Tuhan dan mencadangkan bahawa kita perlu menyerahkan diri kepada “pujukan Roh Kudus.” Dia jelaskan bahawa ini perlukan kita untuk menjadi “peserah, lembut hati, rendah hati, sabar, [dan] penuh dengan kasih.”29
Ada orang yang menyalahgunakan ketulenan sebagai satu perayaan manusia alamiah dan sifat-sifat yang bertentangan kerendahan hati, kebaikan hati, belas kasihan, keampunan, dan ketertiban. Kita boleh meraya keunikan individu kita sebagai anak Tuhan tanpa menggunakan ketulenan sebagai satu alasan bagi tingkah laku yang tidak seperti Kristus.
Dalam usaha kita untuk memperolehi kerendahan hati, internet mendatangkan cabaran untuk mengelakkan keangkuhan. Dua contoh ialah pendekatan yang suka menurut nafsu untuk menarik perhatian atau menyerang orang lain dengan bergembar-gembur pada media sosial. Satu contoh lagi ialah cakap gah yang nampaknya rendah hati. Ia dihuraikan sebagai “satu kenyataan [atau foto] yang kononnya rendah hati, tetapi tujuan benarnya adalah untuk menarik perhatian kepada sesuatu yang sombong.”30 Para nabi memberi amaran tentang keangkuhan dan menekan tentang perkara yang memegah di dunia.31
Kemerosotan perbincangan sopan juga merupakan satu kerisauan. Asas abadi hak pilihan memerlukan kita menghormati pilihan yang kita tidak setuju. Konflik dan pertelagahan biasanya mencelah “sempadan tatasusila yang lazim.”32 Kita perlukan kesederhanaan dan kerendahan hati.
Alma memberi amaran tentang menjadi “bongkak dalam keangkuhan hatimu,” dalam “mengira bahawa kamu orang yang lebih baik daripada orang lain,” dan menganiaya mereka yang “berjalan menurut tarekat kudus Tuhan.”33
Saya mendapati orang yang benar-benarnya baik di antara orang dari semua agama yang merendahkan hati diri dan bertanggungjawab terhadap Tuhan. Banyak dari mereka mengikut ajaran nabi Mikha dari Perjanjian Lama, yang mengisytiharkan, “Perkara yang dituntut oleh Tuhan daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Tuhan kita.?”34
Apabila kita benar-benarnya rendah hati, kita berdoa demi keampunan dan mengampun orang lain. Seperti yang kita baca dalam Mosia, Alma ajar bahawa semakin banyak kita bertaubat, Tuhan akan mengampun pelanggaran kita.35 Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam Doa Tuhan,36 apabila kita tidak mengampun pelanggaran orang lain, kita membawa diri sendiri ke bawah penghukuman.37 Kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, dosa kita diampuni melalui pertaubatan. Apabila kita tidak mengampun mereka yang melanggar kita, kita menolak Korban Tebusan Juruselamat. Menaruh dendam dan enggan mendekati perhubungan dengan rendah hati dalam cara seperti Kristus akan bawakan kita ke bawah penghukuman. Menaruh dendam akan meracuni jiwa kita.38
Saya juga memberi amaran tentang keangkuhan dalam apa-apa bentuk pun. Tuhan, melalui nabi Moroni, buat satu perbandingan jelas di antara orang yang angkuh dan orang yang rendah hati: “Orang bodoh mengejek, tetapi mereka akan berduka; dan rahmat-Ku adalah cukup untuk mereka yang lembut hati.” Tuhan terus berfirman, “Aku memberikan kepada manusia kelemahan agar mereka boleh merendahkan hati; dan rahmat-Ku cukup untuk semua orang yang merendahkan hati mereka di hadapan-Ku; kerana jika mereka merendahkan hati mereka di hadapan-Ku, dan beriman kepada-Ku, maka Aku akan menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat bagi mereka.”39
Kerendahan hati juga termasuk bersyukur kepada berkat-berkat kita dan bantuan ilahi. Kerendahan hati bukan pencapaian yang tidak dapat dikenal pasti atau mengatasi cabaran besar. Ia satu tanda kekuatan rohani. Ia adalah mempunyai keyakinan hari ke hari, jam ke jam, kita boleh bergantung pada Tuhan, melayani Dia, dan mencapai tujuan-Nya. Saya berdoa supaya kita akan terus berusaha untuk menjadi benar-benarnya rendah hati setiap hari dalam dunia ini yang suka berbalah. Seorang pemuisi tulis:
Ujian keagungan ialah cara
Seorang menghadapi Harian abadi.40
Saya memberi saksi tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya dan kepentingan untuk melayani Dia setiap hari. Dalam nama Yesus Kristus, amin