2010–2019
Dengan Rancangan Ilahi
Oktober 2017


2:3

Dengan Rancangan Ilahi

Tangan Tuhan membimbing anda. Dengan “rancangan ilahi”, Dia berada dalam butiran kecil hidup anda dan juga pencapaian utama anda.

Saudara dan saudari, sambil saya berdiri di sini dalam persidangan umum antarabangsa yang mengilhamkan ini saya merasa kekuatan dan roh anda, saya terfikir ayat Rasul Petrus “[Guru], sungguh baik kami di sini.”1

Ini bukan apa yang Alma katakan selepas dia berkhutbah kepada rakyat Amoniha. Alma meninggalkan kota itu kerana kejahatan rakyatnya. Tidak lama kemudian satu malaikat tiba dan memanggil Alma untuk “kembali ke kota Amoniha, dan berkhutbah sekali lagi kepada orang di kota itu.”2

Alma melakukannya dengan “cepat” dan memasuki “kota melalui jalan lain.”3

“Dan sewaktu dia memasuki kota dia lapar, dan dia berkata kepada seorang lelaki: Akankah kamu memberikan kepada aku seorang hamba Tuhan yang rendah hati sesuatu untuk makan?

“Aku bangsa Nefi, dan aku tahu bahawa engkau adalah seorang nabi kudus Tuhan, kerana engkaulah lelaki yang seorang malaikat katakan dalam suatu penglihatan:”4

Lelaki itu ialah Amulek.

Sekarang, adakah Alma terserempak sahaja dengan Amulek? Tidak, itu bukan satu kebetulan yang dia memasuki kota itu dengan jalan yang akan membawa dia kepada seorang lelaki beriman yang akan menjadi rakan penginjilnya.

Elder Neal A. Maxwell pernah menjelaskan: “Tidak seorang pun daripada kita yang menggunakan sepenuhnya peluang orang yang diletakkan di dalam lingkaran sahabat kita. Anda dan saya mungkin memanggil pertemuan itu sebagai satu ‘kebetulan’ Perkataan ini boleh difahami untuk kegunaan manusia fana, tetapi kebetulan bukan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam menerangkan pekerjaan seorang Tuhan yang Maha Mengetahui. Dia tidak melakukan perkara dengan ‘kebetulan’ tetapi dengan ‘rancangan ilahi.’”5

Hidup kita seperti sebuah papan catur dan Tuhan menggerakkan kita dari satu tempat ke tempat lain—jika kita responsif kepada dorongan rohani. Melihat balik, kita boleh lihat tangan-Nya dalam hidup kita.

Kita melihat pertolongan syurga apabila Nefi pulang daripada mendapatkan kepingan-kepingan dari Laban. Dia “dipandu oleh Roh, tidak tahu terlebih dahulu hal-hal yang [yang dia] patut laksanakan.”6 Laban kemudian di depannya mabuk pengsan dan Nefi membunuhnya, mengambil kepingan-kepingan, dan lari kepada abangnya. Adakah dia bernasib baik untuk terserempak dengan Laban? Atau adakah itu kerana “rancangan ilahi”

Peristiwa penting yang terjadi dalam injil dan di Gereja melanjutkan kerajaan Tuhan di dunia. Mereka bukan secara kebetulan tetapi dengan rancangan Tuhan. Dia yang mencipta dunia ini boleh menenangkan laut dengan perkataan-Nya boleh mengerakkan Alma dan Amulek, Nefi dan Laban untuk ke tempat dan waktu yang sama.

Begitu juga dengan peristiwa dan perhubungan yang terjadi dalam hidup kita yang melanjutkan pekerjaan Tuhan di dunia.

Elder Joseph B. Wirthlin berkata tentang satu peristiwa di mana Presiden Monson berkata kepada dia, “Terdapat tangan yang membimbing di atas segala perkara. Sering kali perkara berlaku, ia bukan secara kebetulan. Satu hari, apabila kita melihat balik kepada apa yang merupakan kebetulan dalam hidup kita, kita akan sedar ia bukan kebetulan langsung.”7

Selalunya, pekerjaan baik kita hanya diketahui oleh beberapa orang. Bagaimanapun, ia tercatat di syurga. Satu hari, kita akan berdiri sebagai saksi tentang usaha dedikasi kesolehan kita yang sepenuh jiwa. Tidak ada percubaan atau malapetaka akan menggelincir rancangan keselamatan Tuhan. Sememangnya, dengan “rancangan ilahi”, “kegembiraan datang pada pagi.”8 Yesus mengajar “Aku datang ke dunia untuk melakukan kehendak Bapa-Ku,”9. Kita juga, saudara dan saudari.

Melalui pengalaman hidup saya, saya tahu Tuhan akan menggerakkan kita di atas papan catur untuk melakukan pekerjaannya. Apa yang dilihat sebagai satu kebetulan, sebenarnya diawasi oleh Bapa di Syurga, yang boleh menghitung setiap rambut seluruh manusia.10 Tidak satu burung pipit yang jatuh ke tanah pun tanpa pengetahuan Bapa kita.11 Tuhan berada dalam butiran kecil hidup kita, dan kejadian dan peluang tersebut adalah untuk menyediakan kita untuk mengangkat keluarga dan lain sambil kita membina kerajaan Tuhan di dunia. Ingatlah kata Tuhan kepada Abraham, “Aku mengetahui yang akhir dari yang awal; oleh kerana itu tangan-Ku akan berada di atas dirimu.”12

Tuhan meletakkan saya dalam rumah dengan ibu bapa yang penyayang. Dalam mata dunia, mereka hanya orang biasa; bapa setia saya seorang pemandu lori; ibu saya yang dikasihi, seorang suri rumah. Tuhan menolong saya mencari isteri saya yang tersayang, Melanie. Dia mendorong seorang ahli perniagaan yang menjadi kawan baik saya, untuk memberi saya peluang pekerjaan. Tuhan memanggil saya untuk melayani dalam misi, sebagai seorang lelaki muda dan juga sebagai presiden misi; Dia memanggil saya sebagai ahli Kuorum Tujuh Puluh, dan sekarang dia memanggil saya sebagai seorang Rasul. Melihat balik, saya sedar saya tidak mengatur sebarang pergerakan itu, Tuhan yang melakukannya, sama seperti dia mengatur pergerakan penting untuk anda dan mereka yang anda sayangi.

Apa yang anda harus cari dalam hidup anda? Mukjizat Tuhan apakah yang mengingatkan anda bahawa Dia berdekatan dan berkata “Saya berada di sini”? Fikirkan masa tersebut dan juga harian, dimana Tuhan telah bertindak dalam hidup anda—dan kemudian bertindak lagi. Hargainya sebagai masa Tuhan menunjukkan kepercayaan kepada anda dan pilihan anda. Tetapi benarkan Dia untuk membentuk anda dengan lebih daripada apa yang anda boleh bentukkan diri sendiri. Hargai penglibatan-Nya. Kadang-kadang kita memikirkan perubahan rancangan kita kerana tersilap langkah dalam perjalanan kita. Fikiran itu sebagai langkah pertama untuk “berada pada tugas suruhan Tuhan”13

Beberapa bulan lalu cucu perempuan kami menyertai kumpulan remaja untuk melawat beberapa kawasan bersejarah Gereja. Jadual perjalanannya menunjukkan bahawa dia akan melalui kawasan tempat abangnya melayani misi, cucu lelaki kami sedang melayani misi. Cucu perempuan kami tidak ada kehendak untuk mencari abang dia semasa misi. Tetapi apabila bas itu memasuki pekan yang abangnya melayani misi, dua penginjil dilihat sedang berjalan di jalan raya. Salah seorang penginjil itu adalah abangnya.

Harapan memenuhi bas itu apabila para remaja meminta pemandu bas untuk berhenti supaya dia boleh menyapa abangnya. Dalam kurang seminit, selepas tangisan dan perkataan manis, abangnya kembali kepada jalan dia memenuhi tugas penginjilannya. Kami kemudian mendapat tahu bahawa abang dia berada di jalan itu kurang daripada lima minit, dia berjalan kaki daripada satu pertemuan untuk ke keretanya.

Perjumpaan cucu-cucu Elder Rasband

Bapa di Syurga boleh meletakkan kita di satu situasi dengan niat yang tertentu. Dia telah melakukannya dalam hidup saya, dan Dia sedang melakukannya dalam hidup anda, seperti yang Dia lakukan dalam hidup cucu kami.

Setiap daripada kita adalah berharga dan amat disayangi oleh Tuhan, yang mengambil kisah, yang berbisik dan menjaga kita dalam caranya yang unik. Secara tak terhingga Dia sememangnya lebih bijak dan sangat berkuasa daripada lelaki dan wanita fana. Dia tahu cabaran kita, kejayaan kita dan keinginan soleh hati kita.

Lebih daripada setahun lalu, apabila saya berjalan melalui Temple Square, seorang sister penginjil mendekati saya dan berkata, “Adakah anda mengingati saya? Saya dari Florida.” Dia beritahu saya namanya, Sister Aida Chilan Ya, saya ingat berjumpa dengan dia dan keluarga dia. Presiden pancang dia telah mencadangkan supaya kami melawat keluarga keluarga mereka. Ia menjadi nyata yang kami berada di sana untuk anak perempuan mereka, Aida, yang belum dibaptiskan. Selepas lawatan kami dan dia diajar dan dilawati untuk lebih setahun, Aida dibaptiskan.

Elder Rasband dengan Aida Chilan dan rakannya

Selepas lawatan kami di Temple Square, dia menulis kepada saya satu surat. Dia berkata: “Saya tahu dengan hati saya bahawa Bapa di Syurga mengetahui kita dan Dia masih meletakkan kita di laluan bersama untuk sesuatu sebab. Terima kasih kerana menjadi salah seorang penginjil saya dan kerana cuba mencari saya lima tahun dahulu”14 Untuk datang kepada saya lima tahun dahulu”14 Aida juga menghantar saya kisah penukaran hatinya dan menceritakan “rancangan ilahi” yang telah berlaku dalam hidupnya, hingga ke pembaptisan dan penetapannya, melayani misi di Temple Square, dan perkahwinannya di bait suci baru-baru ini.15

Adakah ia satu kebetulan yang presiden pancang menggerakkan kami ke sebuah rumah di Chile atau yang saya dan dia akan kemudian bertemu di Temple Square? Kesaksian Aida mencatat bahawa semua ini adalah sebahagian “rancangan ilahi” Tuhan.

Tuhan suka bersama kita. Ia bukan satu kebetulan apabila anda merasa roh-Nya dan bertindak pada dorongan pertama anda. Anda dapat merasa-Nya seperti yang dijanjikan: “Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada di tangan kanan kita dan pada tangan kiri kita, roh-Nya akan berada di dalam hati kita, dan malaikat-malaikat-Nya akan mengelilingi kita untuk menanggung kita.”16

Kita semua mempunyai perkara serupa yang berlaku dalam hidup kita. Kita mungkin akan menemui seseorang seperti dikenali, memperbaharui persahabatan, atau menemui titik persamaan dengan seseorang yang tidak dikenali. Apabila itu berlaku, mungkin Tuhan sedang mengingatkan bahawa kita memang sebenarnya ialah saudara dan saudari. Kita semua sememangnya terlibat satu perjuangan, dalam apa yang Joseph Smith panggilkan “perjuangan Kristus”17

Sekarang di manakah hak pilihan kita muat ke dalam “rancangan ilahi”? Kita mempunyai pilihan untuk mengikut atau tidak mengikut Juruselamat dan juga pemimpin pilihan-Nya. Coraknya adalah jelas dalam Kitab Mormon apabila orang Nefi berpaling daripada Tuhan. Mormon meratap:

“Dan mereka melihat … bahawa Roh Tuhan tidak lagi memelihara mereka,ya, ia telah menarik diri daripada mereka kerana Roh Tuhan tidak berdiam di dalam bait suci yang tidak kudus—

“Oleh kerana itu Tuhan telah berhenti untuk memelihara mereka dengan kuasa-Nya yang ajaib dan tiada bandingan, kerana mereka telah jatuh ke dalam suatu keadaan ketidakpercayaan dan kejahatan yang dahsyat.”18

Bukan semua yang Tuhan minta daripada kita bergantung daripada betapa kuatnya kita, betapa beriman kita, atau apa yang kita tahu. Fikirkan tentang Saulus, yang Tuhan hentikan di jalan ke Damsyik. Dia sedang menuju ke arah yang salah dalam hidupnya, ia bukan ke utara atau ke selatan. Saulus telah diarahkan semula secara ilahi. Diketahui kemudian sebagai Paulus, pelayanan rasulnya mencerminkan apa yang Tuhan sudah tahu dia boleh lakukan dan capai, bukan apa yang dia telah mulakan sebagai Saulus. Dalam cara yang sama, Tuhan tahu apa yang kita boleh lakukan dan jadi. Apakah yang diajar oleh Rasul Paulus? “Kita tahu bahawa Tuhan mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.”19

Apabila kita soleh, bersedia dan sanggup, apabila kita berusaha untuk menjadi layak. Kita maju ke tempat yang tidak pernah dibayangkan dan menjadi sebahagian daripada “rancangan ilahi” Bapa di Syurga. Setiap daripada kita mempunyai sifat ketuhanan dalam kita. Apabila kita melihat Tuhan bekerja melalui kita dan bersama kita, kita boleh digalakkan, malah bersyukur untuk bimbingan itu. Apabila Bapa di Syurga kita berkata, “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia,”20 Dia bercakap tentang semua anak-anak-Nya—terutamanya anda.

Tangan Tuhan membimbing anda. Dengan “rancangan ilahi”, Dia berada dalam butiran kecil hidup anda dan juga pencapaian utama anda. Seperti dalam Amsal, “Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu, … dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu”.21 Saya bersaksi kepada anda bahawa Dia akan memberkati anda, menyokong anda, dan membawa kedamaian kepada anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.