Hati Seorang Balu
Marilah kita melakukan apa yang perlu untuk mempunyai hati balu, betul-betul bergembira dalam berkat-berkat yang akan memenuhi “keperluan” yang ikut.
Saya telah mempunyai berkat besar melayani antara para Orang Suci di kawasan Pasifik kebanyakan kehidupan dewasa saya. Iman, kasih, dan pengorbanan Orang Suci ini memenuhi saya dengan ilham, kesyukuran, dan kegembiraan. Kisah-kisah mereka seperti kisah anda sendiri.
Para Orang Suci ini mempunyai banyak persamaan dengan balu yang Juruselamat melihat sewaktu Dia “duduk … dan memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang.
“Lalu seorang balu yang miskin datang dan memasukkan dua keping mata wang tembaga yang sangat kecil nilainya. …
“Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.
“Semua orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka, tetapi balu ini, walaupun dia sangat miskin, memberikan segala yang ada padanya–dia mendermakan semua nafkahnya.”1
Walaupun dua wang tembaganya merupakan sumbangan yang kecil, pemberiannya sangat bernilai bagi Juruselamat, kerana dia memberi semuanya. Pada saat itu, Juruselamat penuh mengenali balu itu, kerana pemberiannya menunjukkan hatinya kepada Dia. Kualiti dan kedalaman kasih dan imannya cukup sehingga dia memberi, mengetahui bahawa “keperluannya” akan diberikan.
Saya telah melihat hati yang sama itu di para Orang Suci di Pasifik. Di kampung kecil di salah satu pulau ini, seorang lelaki yang tua dan isterinya menerima jemputan penginjil untuk bertanya dengan sungguh kepada Tuhan jika pelajaran-pelajaran yang mereka diajar benar. Dalam proses ini, mereka juga mempertimbangkan akibat komitmen-komitmen yang mereka akan perlu buat jika jawaban yang mereka terima membawa ke penerimaan injil yang dipulihkan. Mereka berpuasa dan berdoa untuk mengetahui kebenaran Gereja dan kebenaran Kitab Mormon. Jawaban kepada doa mereka datang dalam bentuk pengesahan yang manis tapi kuat: “Ya! Ia benar!”
Sesudah menerima kesaksian ini, mereka pilih untuk dibaptiskan. Ini bukanlah pilihan tanpa pengorbanan peribadi. Keputusan dan pembaptisan mereka pengorbanan besar. Mereka kehilangan kerja, mereka mengorbankan posisi sosial, persahabatan penting ditamatkan, dan sokongan, kasih, dan hormat keluarga ditarik. Mereka berjalan kaki ke gereja setiap Hari Ahad, berpandangan sepintas lalu dengan kawan dan jiran yang berjalan kaki ke arah yang bertentangan.
Dalam keadaan-keadaan sukar ini, saudara baik ini ditanya bagaimana dia rasa tentang keputusan mereka untuk menyertai Gereja. Dia menjawab dengan sederhana dan yakin, “Ia benar, bukan? Pilihan kami jelas.”
Dua Orang Suci yang baru bertukar hati ini betul-betul mempunyai hati seorang balu. Seperti balu, mereka “memberi semuanya” yang mereka mampu memberi, mengetahui bahawa mereka memberi daripada “keperluan” mereka. Sebagai hasilan hati mereka yang percaya dan iman mereka yang bertahan semasa masa yang susah itu, beban-beban mereka diringankan. Mereka ditolong dan dikelilingi oleh ahli-ahli Gereja yang menyokong dan melayani, dan mereka diperkukuh secara peribadi oleh pelayanan mereka dalam panggilan Gereja.
Setelah mereka memberi “semuanya,” hari yang paling hebat datang bila mereka dimeteraikan di bait suci sebagai keluarga abadi. Seperti yang Dia melakukan untuk penganut-penganut baru di bawah kepimpinan Alma, “Tuhan menguatkan mereka agar mereka dapat menanggung beban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan.”2 Begitulah hati seorang balu dicontohi dalam pasangan yang sungguh baik ini.
Biarlah saya berucap tentang satu lagi pengalaman di mana hati balu dilihat dengan jelas. Di Samoa, kami bekerjasama dengan majlis-majlis kampung untuk mendapat kebenaran untuk para penginjil mengkhutbahkan injil. Beberapa tahun lalu, saya bercakap dengan seorang ketua dari kampung di mana penginjil-penginjil telah dilarang bertahun-tahun lamanya. Perbualan saya bermula tidak lama selepas ketua besar membukakan kampung kepada Gereja, membenarkan penginil-penginjil kami mengajar orang yang berminat belajar tentang injil dan ajaran-ajarannya.
Selepas begitu banyak tahun, untuk mengalami perkara-perkara yang ajaib ini, saya ingin belajar tentang apa yang menyebabkan ketua tinggi ini mengambil tindakan ini. Saya bertanya mengenai ini, dan ketua menjawab, “Seorang lelaki dapat hidup dalam kegelapan selama suatu tempoh, tetapi akan datanglah suatu masa apabila dia akan sangat ingin datang ke dalam cahaya.”
Dengan membukakan kampung, ketua tinggi menunjukkan hati seorang balu—satu hati yang dilembutkan apabila kepanasan dan cahaya kebenaran diungkapkan. Pemimpin ini rela melepaskan tradisi lama, menghadapi banyak pertentangan, dan berdiri tegak supaya orang lain boleh diberkati. Dia merupakan pemimpin yang hatinya tertumpu pada kesejahteraan dan kebahagiaan orangnya dan bukan pada tradisi, kebudayaan, dan kuasa peribadi. Dia melepaskan hal-hal itu untuk ikut apa yang Presiden Thomas S. Monson telah mengajar kita: “Apabila kita mengikut teladan Juruselamat, kita akan berpeluang untuk menjadi cahaya dalam hidup orang lain.”3
Akhirnya, saya ingin kongsi satu lagi pengalaman antara para Orang suci Pasifik yang masih tertanam dalam jiwa saya. Beberapa tahun lalu saya penasihat muda untuk uskup di bahagian baru di Samoa Amerika. Kami ada 99 ahli, yang terdiri dari petani, pekerja kilang pengetinan, pekerja kerajaan, dan keluarga mereka. Sewaktu Presidensi Utama mengumumkan bahawa sebuah bait suci akan dibina di Samoa pada 1977, kami semua menyatakan kegembiraan dan kesyukuran. Untuk pergi ke bait suci dari Samoa Amerika pada masa itu memerlukan perjalanan ke Hawaii atau New Zealand. Ini merupakan perjalanan yang mahal dan melebihi kemampuan banyak ahli Gereja yang beriman.
Pada masa itu ahli-ahli digalakkan menderma kepada tabung pembinaan untuk membantu dalam pembinaan bait suci. Dengan penjelasan ini, uskup kami minta ahli-ahli bahagian kami untuk mempertimbangkan dengan doa apa yang mereka dapat memberi. Tarikh ditetapkan untuk keluarga-keluarga berkumpul dan memberi sumbangan mereka. Kemudian, semasa sumbangan-sumbangan ini dibuka secara sulit, lembaga uskup direndahkan hati dan tersentuh oleh iman dan kemurahan hati ahli-ahli bahagian kami yang sungguh baik.
Mengetahui setiap keluarga dan keadaan mereka, saya rasa kagum, hormat, dan kerendahan hati yang mendalam dan tetap. Dalam setiap cara, ini merupakan wang tembaga balu moden yang diberikan dari “keperluan” mereka, dengan kegembiraan mengetahui berkat dijanjikan dalam pembinaan bait suci kudus Tuhan di Samoa. Keluarga-keluarga ini telah memberikan semua yang mereka dapat memberikan kepada Tuhan, dengan iman yang mereka tidak akan ditinggalkan susah. Pemberian mereka menunjukkan hati balu mereka. Semua yang memberi berbuat demikian dengan rela dan gembira kerana hati balu di dalam mereka dapat melihat dengan mata iman berkat-berkat besar yang disediakan untuk keluarga mereka dan untuk semua orang di Samoa dan Samoa Amerika untuk generasi-generasi akan datang. Saya tahu bahawa pemberian-pemberian mereka yang dibaktikan, iaitu wang tembaga balu mereka, diketahui dan diterima oleh Tuhan.
Hati balu yang memberikan dua mata wang tembaga adalah hati yang akan memberi semuanya dengan membuat pengorbanan; dengan bertahan semasa kesusahan, penganiayaan, dan penolakan; dan dengan menanggung pelbagai jenis beban. Hati balu merupakan hati yang merasa dan mengetahui cahaya kebenaran dan akan memberikan apa sahaja untuk memeluk kebenaran itu. Ia juga membantu orang lain untuk melihat cahaya yang sama itu dan datang kepada kegembiraan dan kebahagiaan abadi yang sama. Akhirnya, hati balu ditakrifkan oleh kerelaan untuk memberikan semuanya untuk membangunkan kerajaan Tuhan di bumi.
Marilah kita menyertai sebagai Orang suci di seluruh dunia dalam melakukan apa yang perlu untuk mempunyai hati balu, betul-betul bergembira dalam berkat-berkat yang akan memenuhi “keperluan” yang ikut. Doa saya untuk setiap kita merupakan rayuan untuk mempunyai hati untuk menanggung beban kita, membuat pengorbanan yang perlu, dan mempunyai kerelaan untuk melakukan dan memberi. Saya berjanji bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan anda susah. Hati balu dipenuhi dengan kesyukuran bahawa Juruselamat adalah “seorang yang menderita kesengsaraan dan kesakitan”4 supaya kita tidak perlu rasa “cawan pahit.”5 Walaupun kelemahan dan kegagalan kita, Dia terus menawarkan tangan-Nya, yang tertusuk untuk kita. Dia akan mengangkat kita jika kita rela datang ke dalam cahaya injil-Nya, memeluk Dia, dan biar Dia memenuhi “keperluan” kita.
Saya memberi kesaksian saya mengenai kasih besar yang kita dapat kongsi sebagai pengikut-pengikut Tuhan Yesus Kristus. Saya mengasihi dan menyokong Presiden Thomas S. Monson sebagai nabi Tuhan di bumi. Kitab Mormon adalah satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus kepada dunia, dan saya menjemput semua untuk membacanya dan mendapat tahu pesanannya untuk anda. Semua yang menerima jemputan Tuhan untuk datang kepada-Nya akan mendapat kedamaian, kasih, dan cahaya. Yesus Kristus ialah Teladan Besar dan Penebus kita. Hanya melalui Yesus Kristus, dan mukjizat Korban tebusan-Nya yang tidak terakhir, kita dapat menerima kehidupan abadi. Semua ini saya bersaksi dalam nama-Nya yang suci, bahkan Yesus Kristus, amin.