2010–2019
Keperluan Di Depan Kita
Oktober 2017


2:3

Keperluan Di Depan Kita

Ada keperluan yang besar yang boleh kita bantu dalam keluarga kita, kalangan rakan kita, bahagian kita, dan komuniti kita.

Baru-baru ini kita sudah menyaksi banyak bencana semula jadi di Mexico, Amerika Syarikat, Asian, Caribbean, dan Afrika. Kejadian-kejadian ini menunjukkan kebaikan orang semasa beribu-ribu orang pergi menolong mereka yang berada dalam keadaan bahaya atau yang berkeperluan dan mereka yang menderita kehilangan. Saya sangat bersukacita untuk melihat para remaja puteri di Texas dan Florida, bersama ramai orang lain, memakai baju kuning Helping Hands dan membersihkan rumah selepas ribut taufan baru-baru ini. Beribu-ribu lagi mungkin ingin pergi menolong jika mereka tinggal lebih dekat. Tetapi, anda berikan pendermaan yang murah hati untuk meringankan penderitaan. Kemurahan hati dan rasa kasihan anda sangat berilham dan seperti Kristus.

Remaja puteri bersama Presiden Eyring

Hari ini saya ingin sebutkan satu aspek pelayanan yang saya rasa adalah penting bagi semua—tidak kira di mana pun kita berada. Bagi kita yang menonton berita tentang kejadian baru-baru ini dan tidak tahu bagaimana untuk menolong, jawapan itu adalah di depan kita.

Juruselamat mengajar, “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati: tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati.”1 Presiden Thomas S. Monson, berucap tentang ayat suci ini: “Saya percaya Juruselamat sedang memberitahu kita bahawa jika kita tidak hilangkan diri dalam pelayanan kepada orang lain, hidup kita kurang bererti. Mereka yang hanya hidup untuk diri sendiri akhirnya akan menjadi layu dan kehilangan hidup mereka, manakala mereka yang kehilangan diri dalam pelayanan kepada orang lain akan bertumbuh dan berkembang—dan akan menyelamatkan diri mereka.”2

Kita hidup dalam kebudayaan di mana kita lebih berfokus pada skrin kecil dalam tangan kita daripada orang yang di sekeliling kita. Kita gunakan SMS dan tweeting untuk menggantikan melihat muka seseorang atau bersenyum, lagi jarang, adakan satu perbualan muka ke muka. Kerap kali kita lebih mengambil berat ke atas berapa pengikut kita ada di media sosial dan berapa likes kita ada daripada memeluk seorang rakan dan tunjukkan kasih sayang, kerisauan dan minat yang benar. Teknologi moden memang kagum untuk menyebar pesanan injil Yesus Kristus dan menolong kita bergabung dengan keluarga dan rakan, tetapi jika kita tidak berjaga-jaga tentang cara kita gunakan alat elektronik, kita juga akan mula berfokus pada diri sendiri dan melupai bahawa asas mematuhi injil ialah pelayanan.

Saya sangat mengasihi dan beriman dalam remaja dan pemuda pemudi kita. Saya telah nampak dan rasa hasrat anda untuk melayan dan membuat perubahan di dunia. Saya percaya kebanyakan ahli gereja menimbangkan pelayanan sebagai pusat perjanjian dan penganutan mereka. Tetapi kadangkala adalah mudah untuk terlepas peluang untuk melayan kerana kita dialih perhatian atau kita carikan cara besar untuk mengubah dunia dan kita tidak nampak keperluan dalam keluarga kita, dalam kalangan rakan kita, dalam bahagian kita, dan dalam komuniti kita. Kita terharu apabila kita nampak penderitaan dan keperluan besar di tempat yang jauh, tetapi kita gagal melihat seorang yang perlukan persahabatan kita yang duduk di sebelah kita dalam kelas.

Sister Linda K. Burton mencerita tentang seorang presiden Lembaga Pertolongan pancang, bekerja bersama orang lain, mengutipkan kuilt (selimut) bagi orang yang perlukannya semasa tahun-tahun 1990-an. “Dia dan anak perempuannya memandu satu lori penuh dengan kuilt dari London ke Kosovo. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia menerima dorongan rohani yang terang yang tenggelam jauh ke dalam hatinya. Dorongan itu adalah ini: ‘Apa yang kamu telah buat adalah sangat baik. Sekarang pulang ke rumah, berjalan ke seberang jalan, dan layanlah jiran kamu!’”3

Apakah faedahnya untuk menyelamatkan dunia jika kita mengabaikan keperluan mereka yang paling rapat dengan kita dan mereka yang paling kita kasihi? Apakah nilai memperbaiki dunia jika orang di sekeliling kita sedang terkial-kial dan kita tidak mengambil perhatian? Bapa Syurgawi mungkin letakkan mereka yang perlukan kita dekat kita, mengetahui bahawa kita orang yang paling sesuai untuk menolong mereka.

Sarah dan adik perempuannya berjalan

Setiap orang boleh carikan cara untuk melayan seperti Kristus. Penasihat saya, Sister Carol F. McConkie, baru-baru ini memberitahu saya tentang cucu perempuannya, Sarah, yang berumur 10 tahun, sedar bahawa ibunya sudah jatuh sakit, buat keputusan untuk menolong ibunya secara diri sendiri. Dia bangunkan adiknya, menolong dia untuk mengubah baju, menggosok gigi, menyikat rambutnya, dan makan sarapan supaya ibunya boleh rehat. Dia lakukan pelayanan ini dengan senyap tanpa diminta kerana dia nampak satu keperluan dan berhasrat untuk menolong. Sarah tidak hanya memberkati ibunya, tetapi saya pasti dia juga rasa kegembiraan mengetahui bahawa dia meringankan beban seorang yang dia kasihi, dan memperkuatkan perhubungannya dengan adik perempuannya. Presiden James E. Faust kata: “Pelayanan boleh bermula pada apa-apa umur pun. … Ia tidak perlu menjadi satu projek yang besar, dan ia adalah paling mulia berlaku dalam keluarga.”4

Sarah dan adik perempuannya membaca buku

Kanak-kanak, adakah anda sedar betapa penting kepada ibu bapa anda dan ahli-ahli keluarga anda apabila anda carikan cara untuk melayan dalam rumah? Para remaja, memperkuatkan dan melayan ahli-ahli keluarga anda harus menjadi salah satu keutamaan anda apabila anda carikan cara untuk mengubah dunia. Menunjukkan kebaikan hati dan kerisauan terhadap saudara kandung dan ibu bapa anda menolong untuk merekakan satu suasana kesatuan dan menjemput Roh ke dalam rumah. Mengubah dunia bermula dengan memperkuatkan keluarga anda.

Satu kawasan fokus pelayanan kita ialah keluarga bahagian kita. Kadangkala anak-anak kita tanya, “Mengapa saya harus menghadiri Mutual? Saya tidak berfaedah daripada ia.”

Jika saya ingin gunakan peluang itu untuk mengajar, saya akan balas, “Mengapa anda fikir anda pergi ke Mutual untuk berfaedah daripada ia?”

Rakan-rakan muda saya, saya jamin bahawa akan adanya seorang yang berasa sunyi pada setiap pertemuan Gereja yang anda hadiri, yang sedang berjuang dengan cabaran dan perlukan seorang rakan, atau yang berasa sangat bersendirian. Anda boleh berikan sumbangan yang penting dalam setiap pertemuan atau aktiviti, dan Tuhan berhasrat anda untuk memberi perhatian kepada rakan setara anda dan kemudian melayan seperti Dia akan layan.

Elder D. Todd Christofferson ajar, “Satu tujuan utama Tuhan menubuhkan satu gereja adalah untuk menciptakan satu komuniti Orang Suci yang boleh menyokong satu sama lain di ‘lorong sempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan kekal.’” Dia terus kata, “Agama ini tidak hanya mementingkan diri sendiri; sebaliknya, kita semua dipanggil untuk melayan. Kitalah mata, tangan, kepala, kaki, dan anggota-anggota badan lain Kristus.”5

Adalah benar bahawa kita menghadiri pertemuan mingguan Gereja untuk mengambil bahagian dalam tatacara, belajar ajaran, dan diilhamkan, tetapi satu lagi tujuan untuk menghadiri Gereja adalah, sebagai satu keluarga bahagian dan pengikut Juruselamat Yesus Kristus, kita menjaga satu sama lain, menggalak satu sama lain, dan mencarikan cara untuk melayan dan memperkuatkan satu sama lain. Kita tidak hanya menerima dan mengambil berkat dari Gereja; kita perlu berikan dan bekalkan berkat. Remaja puteri dan remaja putera, lain kali anda menghadiri Mutual, jangan angkatkan telefon untuk melihat aktiviti rakan anda, henti, tengok sekeliling anda, dan tanya diri, “Siapa perlukan saya hari ini?” Anda mungkin kunci untuk mempengaruh seorang rakan setara atau memberi galakan kepada seorang kawan yang terkial-kial dengan senyap.

Minta Bapa Syurgawi untuk menunjukkan anda siapakah di sekeliling anda yang perlukan bantuan anda dan mengilhamkan anda untuk melayan mereka dalam cara yang paling baik. Ingatlah bahawa Juruselamat biasanya melayan satu orang demi satu orang.

Ethan dan keluarganya

Cucu lelaki kami, Ethan berumur 17 tahun. Musim panas ini, saya berasa terharu apabila dia memberitahu saya bahawa, diilham oleh teladan ibunya, dia berdoa setiap hari untuk berpeluang untuk melayan. Semasa kami bersama keluarganya, saya memerhati bagaimana Ethan bertindak terhadap adik beradiknya, dengan kesabaran, kasih sayang, dan kebaikan hati; dia menolong ibu bapanya; dan carikan cara untuk membantu orang lain. Saya terkagum ke atas kesedarannya tentang orang di sekelilingnya dan hasratnya untuk melayan mereka. Dia ialah satu teladan bagi saya. Melayan seperti Ethan—menjemput Tuhan untuk menolong kita mencarikan cara untuk melayan—akan benarkan Roh membuka mata kita untuk melihat keperluan di sekeliling kita, untuk melihat orang yang perlukan kita pada hari itu, untuk mengetahui cara untuk melayan mereka.

Gambar Ethan

Selain daripada melayan keluarga anda dan ahli-ahli bahagian anda, carikan peluang untuk melayan dalam kawasan kejiranan dan komuniti anda. Ada masanya kita dipanggil untuk menolong selepas satu bencana besar, tetapi setiap hari kita digalak untuk mencarikan peluang dalam kawasan kita untuk mengangkat dan menolong orang yang berkeperluan. Baru-baru ini saya diarah oleh seorang Presiden Kawasan, yang melayan dalam satu negara yang ada banyak cabaran duniawi. Dia kata bahawa cara terbaik untuk menolong orang yang berkeperluan di tempat jauh adalah membayar sumbangan puasa yang murah hati, menyumbang kepada Dana Bantuan Kemanusiaan Gereja, dan carikan cara untuk melayan orang dalam komuniti anda di mana anda tinggal. Gambarlah bagaimana seluruh dunia ini akan diberkati jika setiap orang mengikut nasihat ini!

Saudara saudari, terutamanya remaja, semasa anda berusaha untuk menjadi lebih seperti Juruselamat Yesus Kristus dan mematuhi perjanjian anda, anda akan terus diberkati dengan hasrat untuk meringankan penderitaan dan menolong orang yang kurang nasib baik. Ingatlah bahawa ada keperluan yang lebih besar di depan anda. Mulakan pelayanan anda dalam rumah dan keluarga anda. Perhubungan-perhubungan ini boleh menjadi abadi. Walaupun—terutamanya walaupun—keluarga anda kurang sempurna, anda boleh carikan cara untuk melayan, mengangkat, dan memperkuatkan. Bermula di mana anda tinggal, mengasihi mereka dalam keadaan mereka, dan bersedia untuk keluarga yang anda ingin ada pada masa depan.

Berdoa untuk menerima bantuan mengenal orang dalam bahagian anda yang perlukan kasih sayang dan galakan. Apabila menghadiri gereja, tanya, “Siapa perlukan saya hari ini? Apa yang boleh saya sumbangkan?”Dan bukan “Apakah faedah bagi saya untuk menghadiri pertemuan ini?”

Semasa anda memberkati keluarga dan ahli-ahli bahagian anda, carikan cara untuk memberkati orang dalam komuniti anda juga. Sama ada anda ada masa untuk pelayanan yang besar atau hanya boleh berikan beberapa jam setiap bulan, usaha anda akan memberkati hidup dan juga memberkati anda dalam cara yang tidak dapat anda gambarkan.

Presiden Spencesr W. Kimball kata: “Tuhan benar-benar perhatikan kita, dia mengawasi kita. Tetapi biasanya melalui orang lain yang dia memenuhi keperluan kita.”6 Semoga kita mengenali hak istimewa dan berkat kita untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan kerja Bapa Syurgawi kita semasa kita melayan anak-anak-Nya. Ini doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lukas 9:24.

  2. Thomas S. Monson, “What Have I Done for Someone Today? Liahona, Nov. 2009, 85.

  3. Linda K. Burton, “I Was a Stranger,” Liahona, Mei 2016, 15.

  4. James E. Faust, “Womanhood: The Highest Place of Honor,” Liahona, Julai 2000, 117.

  5. D. Todd Christofferson, “Why the Church,” Liahona, Nov. 2015, 108, 109.

  6. Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball (2006), 82.