“Ketika Aku Orang Asing”
Berdoa untuk mengetahui apa yang anda boleh lakukan—menurut keadaan dan masa anda—untuk melayan pelarian yang hidup dalam kejiranan dan komuniti anda.
Pada hari Lembaga Pertolongan ditubuhkan, Emma Smith mengisytiharkan: “Kita akan membuat sesuatu yang luar biasa. … Kita menjangka keadaan yang luar biasa dan panggilan yang mendesak.”1 Panggilan mendesak dan keadaan luar biasa itu sering mempersembahkan diri pada masa dahulu—seperti sekarang.
Satu datang pada persidangan umum Oktober 1856 ketika Presiden Brigham Young mengumumkan kepada umat bahawa para perintis kereta tolak masih berada dalam perjalanan dan lewat dalam musim. Dia mengisytiharkan: “Iman, agama, dan pengakuan agama anda, tidak akan menyelamatkan satu jiwa dalam kerajaan Selestial Tuhan, kecuali anda menjalankan prinsip-prinsip yang saya akan ajar anda sekarang. Pergi dan bawa kembali mereka yang sekarang di dataran, dan menjaga perkara-perkara yang kita panggil sementara, … jika tidak iman anda adalah sia-sia.”2
Kita mengingati dengan kesyukuran para lelaki yang pergi untuk menyelamatkan Orang suci yang menderita. Tetapi apa yang para saudari buat?
“Sister [Lucy Meserve] Smith mencatatkan … bahawa selepas peringatan Presiden Young, mereka yang hadir mengambil tindakan. … Wanita ‘[menanggalkan] kain dalam mereka [skirt dalam yang besar yang adalah fesyen masa itu dan juga memberi kehangatan], stoking, dan segala yang mereka boleh beri, di situ di Khemah ibadat lama, dan timbun [mereka] ke dalam wagon untuk dihantar kepada Orang suci di pergunungan.’”3
Beberapa minggu kemudian, Presiden Brigham Young mengumpulkan Orang suci sekali lagi di Khemah ibadat ketika para penyelamat dan rombongan kereta tolak mendekati Salt Lake City. Dengan segera, dia merayu dengan Orang suci—terutamanya para saudari—untuk merawat para penderita, memberi mereka makanan, dan menerima mereka, dan berkata: “Kamu akan mendapati sebahagian mereka mempunyai kaki beku ke buku lali; beberapa yang beku ke lutut dan beberapa yang mempunyai tangan yang telah fros. … Kami mahu kamu menerima mereka seperti anak-anak kamu sendiri, dan mempunyai perasaan yang sama untuk mereka.”4
Lucy Meserve Smith juga mencatatkan:
“Kami melakukan semua yang kami boleh, dengan bantuan saudara dan saudari yang baik, untuk menghibur yang memerlukannya. … Tangan dan kaki mereka mempunyai fros yang teruk. … Kami tidak menghentikan daya kami sehingga semua orang berasa selesa. …
“Saya tidak pernah berasa lebih puas dan, saya mungkin berkata, kepuasan di dalam kerja lain yang saya pernah lakukan dalam hidup saya, perasaan kesepakatan masih wujud. …
“Apa yang datang seterusnya untuk tangan yang rela lakukan?”5
Para saudari terkasih, cerita ini boleh disamakan kepada hari kita dan mereka yang menderita di seluruh dunia. Satu lagi “keadaan luar biasa” yang menyentuh hati kita.
Terdapat lebih daripada 60 juta pelarian termasuk orang yang dipaksa untuk memindah di seluruh dunia. Setengah daripada kumpulan itu adalah kanak-kanak.6 “Individu-individu ini telah mengalami kesukaran yang besar dan sedang bermula semula di … negara dan budaya yang baru. Walaupun kadangkala terdapat organisasi yang membantu mereka untuk mendapatkan tempat tinggal dan keperluan asas, apa yang mereka perlukan adalah seorang kawan yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri kepada rumah baru mereka, seorang yang boleh membantu mereka mempelajari bahasa baru, memahami sistem negara, dan berasa berhubung.”7
Musim panas yang lalu, saya bertemu dengan Sister Yvette Bugingo, yang pada umur 11 berlari dari satu tempat ke tempat yang lain selepas bapanya dibunuh dan tiga abang adiknya hilang di negara yang sedang berperang. Yvette dan ahli keluarga yang masih ada akhirnya hidup sebagai pelarian selama enam setengah tahun di negara jiran sehingga mereka boleh berpindah ke rumah yang tetap di mana mereka diberkati dengan pasangan penyayang yang membantu dengan pengangkutan, sekolah, dan perkara lain. Dia berkata mereka “adalah jawapan kepada doa-doa kami.”8 Ibu dan adik perempuannya ada bersama kita malam ini, menyanyi di dalam koir. Saya pernah berfikir banyak kali sejak bertemu dengan wanita-wanita baik ini, “Bagaimana jika cerita mereka adalah cerita saya?”
Sebagai saudari kita membentuk lebih daripada separuh di dalam gudang penyimpanan-Nya Tuhan untuk membantu anak-anak Bapa Syurgawi. Rumah stor-Nya tidak hanya mempunyai barang-barang tetapi juga masa, bakat, kemahiran, dan sifat ilahi kita. Sister Rosemary M. Wixom telah mengajar, “Sifat ilahi di dalam kita menyalakan keinginan kita untuk menjangkau kepada orang lain dan mendorong kita untuk bertindak.”9
Mengenali sifat ilahi kita, Presiden Russell M. Nelson menggesa:
“Kita memerlukan wanita-wanita yang tahu bagaimana membuat perkara yang penting berlaku melalui iman mereka dan akan mempertahankan moral dan keluarga dengan berani di dalam dunia yang penuh dosa … ; wanita yang tahu bagaimana untuk mendapatkan kuasa syurga untuk melindungi dan menguatkan kanak-kanak dan keluarga. …
“… Berkahwin atau bujang, kamu saudari mempunyai keupayaan tersendiri dan gerak hati khas yang diterima sebagai kurnia daripada Tuhan. Kami saudara tidak boleh membuat salinan pengaruh unik kamu.”10
Satu surat Presidensi Utama dihantar ke Gereja pada Oktober 27, 2015, meluahkan kebimbangan dan belas kasihan untuk jutaan orang yang berlari daripada rumah mereka untuk mencari kelegaan daripada konflik awam dan kesusahan yang lain. Presidensi Utama menjemput individu, keluarga, dan unit Gereja untuk mengambil bahagian dalam pelayanan seperti Kristus di projek bantuan pelarian tempatan dan menyumbang kepada dana kemanusiaan Gereja, yang mana praktikal.
Presidensi umum Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan Sekolah Primer telah mempertimbangkan bagaimana untuk menjawab jemputan Presidensi Utama. Kami tahu bahawa anda, saudari terkasih dari segala usia, datang dari pelbagai keadaan hidup dan hidup dalam pelbagai keadaan. Setiap ahli persaudarian seluruh dunia ini telah membuat perjanjian di pembaptisan untuk “menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.”11 Namun kita mesti ingat bahawa tidak seorang daripada kita harus berlari lebih cepat daripada kekuatan yang kita miliki.12
Dengan kebenaran ini di minda, kami telah menganjurkan satu usaha bantuan yang dipanggil “Ketika Aku Orang Asing” Ia dalah harapan kami bahawa anda akan berdoa untuk mengetahui apa yang anda boleh buat—menurut masa dan keadaan anda—untuk melayan pelarian yang tinggal di kejiranan dan komuniti anda. Ini adalah peluang untuk melayan satu-satu, dengan keluarga, dan melalui organisasi untuk menawarkan persahabatan, mentoring, dan pelayanan seperti Kristus yang lain dan adalah salah satu cara yang banyak untuk para saudari melayan.
Dalam semua usaha doa kita, kita perlu mengikuti nasihat bijak Raja Benyamin, yang diberikan kepada orang ramainya selepas dia menggesa mereka untuk menjaga mereka yang memerlukan bantuan: “Pastikanlah bahawa segala hal ini dilakukan menurut kebijaksanaan dan ketertiban.”13
Saudari, kita tahu bahawa menjangkau kepada orang lain dengan kasih sayang adalah penting kepada Tuhan. Pertimbangkan peringatan tulisan suci ini:
“Perlakukanlah mereka seperti kamu memperlakukan orang kamu sendiri, dan kasihilah mereka seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri.”14
“Janganlah segan menyambut orang yang belum kamu kenal ke rumah. Pernah orang berbuat demikian dan menyambut malaikat tanpa menyedarinya.”15
Dan Juruselamat berkata:
“Ketika aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu:
“Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian: Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku.”16
Juruselamat dengan kasih sayang memberi perhatian kepada balu yang hanya memasukkan dua keping mata wang tembaga kerana dia mendermakan semua nafkahnya.17 Dia juga memberitahu tentang perumpamaan Orang Samaria Yang Baik Hati, di mana Dia mengakhirkan dengan berkata, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”18 Kadangkala menjangkau kepada orang lain adalah menyusahkan. Tetapi apabila kita bekerja bersama dengan kasih sayang dan perpaduan, kita boleh mengharapkan bantuan syurga.
Di upacara pengebumian seorang anak perempuan Tuhan yang luar biasa, seorang berkongsi bahawa saudari ini, sebagai presiden pancang Lembaga Pertolongan, bekerja dengan orang lain di pancangnya untuk menyumbang selimut yang diberikan kepada orang yang menderita di Kosovo dalam tahun 1990-an. Dan seperti Orang Samaria Yang Baik Hati, dia membuat lebih apabila dia dan anak perempuannya memandu lori yang dipenuhi dengan selimut itu dari London ke Kosovo. Dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, dia menerima dorongan rohani yang terang yang tenggelam jauh ke dalam hatinya. Dorongan itu adalah ini: “Apa yang kamu telah buat adalah sangat baik. Sekarang pulang ke rumah, berjalan ke seberang jalan, dan layanlah jiran kamu!”19
Pengebumian itu dipenuhi dengan tambahan cerita berinspirasi tentang bagaimana wanita beriman ini mengenali dan menjawab panggilan yang mendesak dan luar biasa—dan juga pada masa yang biasa—di dalam lingkungan pengaruhnya. Sebagai contoh, dia membuka rumahnya dan hatinya untuk membantu orang muda yang menghadapi cabaran pada bila-bila masa—siang atau malam.
Saudariku yang terkasih, kita boleh yakin dengan bantuan Bapa Syurgawi apabila kita berlutut dan meminta petunjuk ilahi untuk memberkati anak-anak-Nya. Bapa Syurgawi; Juruselamat kita; Yesus Kristus; dan Roh Kudus bersedia untuk membantu.
Presiden Henry B. Eyring memberikan kesaksian yang berkuasa ini kepada wanita Gereja:
“Bapa Syurgawi dengar dan jawab doa-doa beriman anda untuk bimbingan dan untuk bantuan bertahan semasa melayan untuk-Nya.
“Roh Kudus dihantar kepada anda dan mereka yang anda jaga. Anda akan dikuatkan dan juga diberi inspirasi untuk mengetahui had keupayaan anda untuk melayan. Roh akan memberi kenyamanan kepada anda apabila anda mungkin bertanya, ‘Adakah apa yang saya buat cukup?’”20
Apabila kita mempertimbangkan “panggilan yang mendesak” oleh orang yang memerlukan bantuan kita, mari kita menanya diri kita, “Bagaimana jika cerita mereka adalah cerita saya?” Kita boleh kemudian mendapatkan inspirasi, bertindak di atas tanggapan yang kita terima, dan menjangkau dalam perpaduan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam daya kita dan inspirasi untuk berbuat demikian. Mungkin kemudian ia boleh dikatakan mengenai kita, seperti dikatakan oleh Juruselamat mengenai seorang saudari penyayang yang melayani-Nya: “Apa yang telah dilakukannya untuk-Ku itu baik dan terpuji. … Wanita ini melakukan apa yang dapat dilakukannya.”21 Saya memanggil itu luar biasa! Dalam nama Yesus Kristus, amin.