2010–2019
Di Mana Dua atau Tiga Orang Berkumpul
April 2016


14:23

Di Mana Dua atau Tiga Orang Berkumpul

Jika anda dengar dengan Roh, anda akan mendapati hati anda dilembutkan, iman anda diperkukuh, dan kebolehan anda untuk mengasihi Tuhan dipertingkatkan.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, saya mengalu-alukan anda ke Persidangan Umum Tahunan ke-186 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saya bergembira untuk bersama dengan anda, dan saya menyambut anda dengan hangat.

Saya bersyukur kerana anda telah datang ke persidangan ini untuk merasa ilham dari syurga dan untuk merasa lebih dekat dengan Bapa Syurgawi kita dan kepada Tuhan Yesus Kristus.

Orang yang telah berkumpul di pertemuan ini, yang sedang diadakan di seluruh dunia, merupakan berjuta-juta pengikut Yesus Kristus yang telah masuk perjanjian untuk selalu mengingat Dia dan melayani-Nya. Kerana mukjizat teknologi yang moden, pemisahan masa dan jarak yang panjang melenyap. Kita bertemu seolah-olah kita semua bersama di satu dewan yang besar.

Tetapi yang lebih penting daripada pengumpulan kita bersama adalah nama siapa yang menjadi tujuan kita untuk berkumpul. Tuhan berjanji bahawa bahkan dengan banyak pengikut-Nya di bumi hari ini, Dia akan dekat dengan setiap kita. Dia berkata kepada kumpulan pengikut-Nya yang kecil pada tahun 1829, “Sesungguhnya, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, … di mana dua atau tiga orang berkumpul bersama dalam nama-Ku, … lihatlah, di sana Aku akan berada di tengah mereka—demikian pula Aku berada di tengahmu” (A&P 6:32).

Jumlah kita lebih daripada satu atau dua orang, sekumpulan pengikut-Nya yang sangat banyak yang berkumpul di persidangan ini, dan seperti yang dijanjikan, Tuhan berada di antara kita. Kerana Dia adalah lembaga yang dibangkitkan dan dimuliakan, Dia tidak berada di setiap tempat secara jasmani di mana Orang Suci berkumpul. Tetapi, oleh kuasa Roh, kita dapat merasa bahawa Dia berada di sini bersama kita hari ini.

Di mana dan bila kita rasa dekat dengan Juruselamat bergantung pada setiap kita. Dia memberi arahan ini:

“Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, teman-teman-Ku, Aku tinggalkan firman ini bersamamu untuk direnungkan dalam hatimu, dengan perintah ini yang Aku berikan kepadamu, bahawa kamu hendaknya meminta kepada-Ku saat Aku dekat—

“Mendekatlah kepada-Ku dan Aku akan mendekat kepadamu; carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemukan-Ku; mintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu” (A&P 88:62–63).

Saya kenal sekurang-kurangnya dua orang yang sedang mendengar hari ini yang ingin berkat itu dengan seluruh hati mereka. Mereka akan cuba dengan rajin untuk mendekat kepada Tuhan semasa persidangan ini. Mereka berdua menulis surat kepada saya—surat-surat mereka sampai di pejabat saya dalam minggu yang sama—merayu untuk jenis pertolongan yang sama.

Kedua-dua mereka merupakan penganut kepada Gereja dan sebelumnya telah menerima kesaksian-kesaksian yang jelas mengenai kasih sayang Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, Juruselamat dunia. Mereka tahu bahawa Nabi Joseph Smith menguruskan Gereja oleh wahyu langsung dari Tuhan dan bahawa kunci-kunci imamat kudus telah dipulihkan. Kedua-dua mereka merasa kesaksian bahawa kunci-kunci itu sedang digunakan dalam Gereja hari ini. Mereka mengongsi kesaksian bertulis mereka yang sungguh-sungguh kepada saya.

Tetapi kedua-dua mereka mengesali bahawa perasaan-perasaan kasih kepada Tuhan dan kasih-Nya kepada mereka sedang kekurangan. Kedua-dua mereka ingin, dengan sepenuh hati, agar saya menolong mereka untuk mendapatkan semula kebahagiaan dan perasaan kasih sayang yang mereka mempunyai sewaktu mereka masuk ke dalam kerajaan Tuhan. Kedua-dua mereka menyatakan ketakutan bahawa jika mereka tidak dapat mendapatkan semula perasaan kasih itu kepada Juruselamat dan Gereja-Nya dengan sepenuhnya, cabaran-cabaran dan ujian-ujian yang mereka hadapi akhirnya akan mengatasi iman mereka.

Mereka tidak berseorangan dalam kebimbangan ini, dan ujian ini bukan baru. Semasa pelayanan-Nya yang fana, Juruselamat memberikan kita perumpamaan benih dan penabur. Benih itu merupakan firman Tuhan. Penabur itu merupakan Tuhan. Kehidupan benih itu dan pertumbuhannya bergantung pada keadaan tanah. Anda ingat kata-kata-Nya:

“Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan, lalu burung datang dan memakan habis benih itu:

“Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih itu segera bertunas kerana tanahnya sedikit:

Tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.

“Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri; semak berduri itu tumbuh, lalu membantutkan tumbuhan itu:

“Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu berbuah: hasilnya ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang tiga puluh kali ganda.

“Siapa yang bertelinga, hendaklah dia mendengar” (Matius 13:4–9).

Sekali lagi, benih merupakan firman Tuhan. Tanah merupakan hati orang yang menerima benih.

Semua kita mempunyai banyak persamaan dengan orang-orang yang sungguh baik yang menulis surat kepada saya untuk pertolongan dan ketenangan hati. Kita semua pernah mempunyai benih, atau firman Tuhan, yang ditanam dalam hati kita pada satu masa. Bagi sesetengah orang, pengalaman ini berlaku pada zaman kanak-kanak bila orang tua kita menjemput kita untuk dibaptis dan ditetapkan oleh orang dengan wewenang. Ada juga orang yang diajar oleh orang-orang suruhan yang dipanggil oleh Tuhan. Setiap orang merasa bahawa benih itu baik, bahkan merasa pembesaran dalam hati kita, dan mengalami kebahagiaan ketika hati dan minda kita diperluas.

Iman semua kita pernah diuji oleh berkat-berkat penting yang ditangguhkan, serangan-serangan ganas dari mereka yang ingin memusnahkan iman kita, godaan-godaan untuk berdosa, dan minat-minat mementingkan diri yang mengurangkan usaha-usaha kita untuk mengusahakan dan melembutkan kedalaman rohani hati kita.

Mereka yang disedihkan oleh kehilangan kebahagiaan yang mereka pernah mempunyai merupakan orang yang diberkati. Ada orang yang tidak melihat kelayuan iman di dalam diri mereka. Setan bijak. Dia memberitahu orang yang dia ingin menjadi sengsara bahawa kebahagiaan itu yang mereka pernah rasa adalah delusi diri kebudak-budakan.

Hari ini pesanan saya kepada kita semua adalah bahawa akan ada kesempatan yang amat penting dalam beberapa hari berikut untuk memilih untuk membiarkan hati kita dilembutkan dan untuk menerima dan memelihara benih. Benih itu merupakan firman Tuhan, dan ia akan dicurahkan ke atas semua kita yang mendengar, menonton, dan membaca hasilan persidangan ini. Muzik, ucapan-ucapan, dan kesaksian-kesaksian telah disediakan oleh orang suruhan Tuhan yang telah mencari dengan tekun untuk Roh Kudus membimbing mereka dalam persiapan mereka. Mereka telah berdoa lebih lama dan dengan lebih rendah hati semasa hari-hari persidangan ini telah mendekat.

Mereka telah berdoa untuk mempunyai kuasa untuk menggalakkan anda untuk membuat pilihan-pilihan yang akan menciptakan dalam hati anda tanah yang lebih subur untuk firman Tuhan yang baik bertumbuh dan berbuah. Jika anda dengar dengan Roh, anda akan mendapati hati anda dilembutkan, iman anda diperkukuh, dan kebolehan anda untuk mengasihi Tuhan dipertingkatkan.

Pilihan anda untuk berdoa dengan maksud hati yang sepenuhnya akan mengubah pengalaman anda dalam sesi-sesi persidangan dan dalam hari-hari dan bulan-bulan berikut.

Ramai antara anda sudah bermula. Pada permulaan sesi ini, anda lebih daripada mendengar doa; anda menambahkan iman anda kepada permintaan agar kita akan menikmati berkat pencurahan Roh Kudus ke atas kita. Ketika anda menambah rayuan sunyi anda dalam nama Yesus Kristus, anda lebih mendekat kepada-Nya. Ini adalah persidangan-Nya. Hanya Roh Kudus dapat membawa berkat-berkat yang Tuhan ingin untuk kita. Dalam kasih-Nya bagi kita, Dia telah berjanji bahawa kita dapat rasa itu:

“Dan apa pun yang akan mereka ucapkan ketika digerakkan oleh Roh Kudus akan menjadi tulisan suci, akan menjadi kehendak Tuhan, akan menjadi fikiran Tuhan, akan menjadi firman Tuhan, akan menjadi suara Tuhan, dan kuasa Tuhan pada keselamatan.

“Lihatlah, inilah janji Tuhan kepadamu, hai kamu para hamba-Ku.

“Kerananya, jadilah riang, dan janganlah takut, kerana Aku Tuhan bersamamu, dan akan berdiri di dekatmu; dan kamu akan memberikan kesaksian tentang Aku, bahkan Yesus Kristus, bahawa Aku adalah Putera Tuhan yang hidup, bahawa Aku dahulu ada, bahawa Aku ada, dan bahawa Aku ada yang akan datang” (A&P 68:4–6).

Anda boleh berdoa dan menambahkan iman anda setiap kali seorang suruhan Tuhan mendekati mimbar agar janji Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian bahagian 50 akan digenapi:

“Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, dia yang ditahbiskan oleh-Ku dan diutus untuk mengkhutbahkan firman kebenaran melalui Penolong, di dalam Roh kebenaran, adakah dia mengkhutbahkannya melalui Roh kebenaran ataukah suatu cara lain?

“Dan jika itu melalui suatu cara lain bukanlah dari Tuhan.

“Dan lagi, dia yang menerima firman kebenaran, adakah dia menerimanya melalui Roh kebenaran ataukah suatu cara lain?

“Jika itu melalui suatu cara lain bukanlah dari Tuhan.

“Oleh kerana itu, mengapa kiranya bahawa kamu tidak dapat mengerti dan mengetahui, bahawa dia yang menerima firman melalui Roh kebenaran menerimanya sebagaimana dikhutbahkan melalui Roh kebenaran?

“Kerananya, dia yang berkhutbah dan dia yang menerima, saling mengerti, dan keduanya diteguhkan dan bersukacita bersama” (A&P 50:17–22).

Anda boleh berdoa sebelum koir akan bernyanyi. Pengarah koir, para pemain organ, dan para ahli koir telah berdoa dan berlatih dengan doa dalam hati mereka dan dengan iman bahawa muzik dan kata-kata akan melembutkan hati orang dan memperbesarkan kuasa mereka untuk membina iman orang lain. Mereka akan membuat persembahan untuk Tuhan seolah-olah mereka berada di hadapan Dia, dan mereka akan mengetahui bahawa Bapa Syurgawi kita mendengar mereka sama seperti Dia mendengar doa-doa kita. Koir ini telah bekerja bersama dengan kasih sayang untuk memenuhi janji Juruselamat kepada Emma Smith: “Kerana jiwa-Ku senang akan nyanyian hati; ya, nyanyian orang soleh adalah doa bagi-Ku, dan akan dijawab dengan berkat ke atas kepala mereka” (A&P 25:12).

Jika anda bukan saja mendengar tetapi juga berdoa semasa mereka bernyanyi, doa anda dan doa-doa mereka akan dijawab dengan berkat ke atas kepala anda dan juga kepala mereka. Anda akan merasa berkat kasih sayang dan kelulusan Juruselamat. Semua orang yang menyertai pujian itu akan rasa kasih sayang mereka kepada-Nya bertambah.

Anda mungkin pilih untuk berdoa ketika seorang pembicara mendekati akhir pesanannya. Dia akan berdoa secara diam kepada Bapa agar Roh Kudus akan memberikan dia kata-kata kesaksian yang akan mengangkat hati, harapan, dan keazaman para pendengar untuk selalu mengingat Juruselamat dan mematuhi perintah-perintah yang telah Dia berikan kita.

Kesaksian itu bukan pengulangan pesanan. Ia adalah pengesahan sesuatu kebenaran yang Roh boleh membawa ke dalam hati mereka yang sedang berdoa untuk bantuan, untuk arahan ilahi, dan untuk menerima kasih suci Kristus.

Kesaksian sebenar akan diberikan kepada para pembicara. Kata-kata mereka mungkin sedikit saja, tetapi kata-kata itu akan dibawa ke dalam hati seorang pendengar yang rendah hati yang telah datang ke persidangan ini lapar untuk firman Tuhan yang baik.

Saya tahu dari pengalaman apa yang iman dari orang baik boleh buat untuk membawa kata-kata daripada Roh pada akhir ucapan. Lebih daripada satu kali, seseorang pernah berkata kepada saya selepas kesaksian saya, “Bagaimanakah anda tahu apa yang saya perlu dengar?” Saya telah belajar agar jangan terkejut apabila saya tidak dapat ingat mengatakan kata-kata itu. Saya mengucapkan kata-kata kesaksian, tetapi Tuhan berada di sana, memberi kata-kata itu kepada saya tepat pada masanya. Janji itu yang Tuhan akan berikan kita kata-kata pada saat yang tepat termasuk kesaksian (lihat A&P 24:6). Dengar dengan teliti kepada kesaksian-kesaksian yang diberikan di persidangan ini—anda akan rasa lebih dekat dengan Tuhan.

Anda dapat rasa bahawa saya mendekati masa bila saya akan mengakhiri pesanan yang telah saya cuba sampaikan dengan kesaksian kebenaran. Doa-doa anda akan membantu saya untuk memberikan kata-kata kesaksian yang mungkin akan menolong seseorang yang sangat memerlukan jawaban bagi soalan-soalannya.

Saya memberikan anda kesaksian saya yang pasti bahawa Bapa Syurgawi kita, Elohim yang agung, mengasihi dan mengenali kita, setiap satu kita. Di bawah arahan-Nya, Putera-Nya, Yehovah, menjadi Pencipta. Saya bersaksi bahawa Yesus dari Nasaret dilahirkan sebagai Putera Tuhan. Dia menyembuhkan yang sakit, memberi penglihatan kepada yang buta, dan membangkitkan yang mati. Dia membayar harga semua dosa setiap anak Bapa Syurgawi yang dilahir ke dalam kefanaan. Dia mematahkan talian kematian untuk semua orang bila Dia bangkit dari kuburan pada Hari Ahad Paskah pertama itu. Dia hidup hari ini, seorang Tuhan—dibangkitkan dan mulia.

Ini adalah satu-satunya Gereja yang benar, dan Dia adalah batu sudut utama. Thomas S. Monson ialah nabi-Nya kepada seluruh dunia. Para nabi dan rasul yang akan anda dengar di persidangan ini berucap untuk Tuhan. Mereka adalah orang suruhan-Nya, diberikan wewenang untuk bertindak bagi-Nya. Dia pergi di hadapan orang suruhan-Nya di dunia. Ini saya tahu. Dan saya bersaksi dengan demikian dalam nama-Nya, bahkan nama kudus Yesus Kristus, amin.