Apakah Yang Harus Kami Lakukan?
Kita membina kerajaan apabila kita membela orang lain. Kita juga membina kerajaan apabila kita bersuara dan memberi kesaksian tentang kebenaran.
Selepas Kebangkitan dan Kenaikan Yesus Kristus, rasul Petrus mengajar, “Semua orang … harus tahu bahawa Yesus yang saudara-saudara salibkan itu, ialah Dia yang sudah diangkat oleh Tuhan menjadi Tuhan dan Penyelamat!” Orang ramai mendengar ini dan menjadi gelisah dan menanya Petrus dan yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?”1 Dan mereka kemudiannya mematuhi ajaran Petrus dengan kegembiraan.
Besok ialah hari Ahad Paska, saya harap kita juga mengetahui Juruselamat, bertaubat, dan mematuh dengan kegembiraan.
Kita akan dengar arahan yang diilhamkan dari para pemimpin Gereja, lelaki dan perempuan, dalam persidangan umum ini. Hati kita akan dipengaruhi oleh kata-kata mereka, saya tanya anda petang ini, “Para wanita dan saudari, apakah yang harus kita lakukan?”
Presiden umum Lembaga Pertolongan, Eliza R. Snow mengisytiharkan kepada para saudara hampir 150 tahun dahulu, “Tuhan sudah berikan kita tanggungjawab yang besar.”2 Saya bersaksi bahawa pengisytiharannya masih benar hari ini.
Gereja Tuhan perlukan para wanita yang berohani menggunakan kurnia istimewa mereka untuk membela dan juga bersuara dan untuk mempertahankan kebenaran Injil. Inspirasi dan intuisi kita diperlukan untuk membina kerajaan Tuhan, ini bererti melakukan tugas kita untuk mendatangkan keselamatan kepada anak-anak Tuhan.
Membina Kerajaan melalui Pembelaan
Kita membina kerajaan apabila kita membela orang lain. Tetapi, anak Tuhan pertama yang harus kita membela dalam Injil yang sudah dipulihkan ialah diri kita sendiri. Emma Smith kata, “Saya hendakkan Roh Tuhan untuk mengetahui dan memahami diri sendiri, supaya saya boleh mengatasi apa-apa pun tradisi atau sifat yang tidak akan mendatangkan permuliaan.”3 Kita mesti kembangkan iman yang kuat dalam Injil Juruselamat dan bermaju depan, diperkukuhkan oleh perjanjian bait suci, ke arah permuliaan.
Apakah yang harus kita lakukan jika tradisi kita tidak selaras dengan Injil Yesus Kristus yang dipulihkan? Untuk meninggalkan tradisi-tradisi itu mungkin memerlukan sokongan emosi dan pembelaan dari orang lain, seperti yang sudah saya alami.
Selepas saya dilahirkan, ibu bapa saya tanamkan sepohon pokok magnolia di halaman belakang rumah supaya pada perayaan perkahwinan saya yang akan diadakan dalam gereja Protestant nenek moyang kami, kami akan ada bunga magnolia. Tetapi, pada hari perkahwinan saya, ibu bapa saya dan bunga magnolia tidak bersama saya. Sebagai seorang penganut Gereja baru buat hanya satu tahun, saya pergi ke Salt Lake City, Utah, untuk menerima anugerahan bait suci dan dimeteraikan kepada David, tunangan saya.
Selepas saya tinggalkan Louisiana dan menghampiri Utah, saya dilanda satu perasaan ketunawismaan. Sebelum perkahwinan saya, saya akan tinggal bersama nenek tiri David, yang dipanggil Makcik Carol.
Saya datang ke Utah, seorang orang asing, tinggal di rumah seorang yang tidak saya kenal sebelum dimeteraikan buat keabadian kepada satu keluarga yang baru saya kenali. (Nasib baik saya cintai dan percaya suami saya dan Tuhan!)
Semasa saya berdiri di pintu depan Makcik Carol, saya mahu sembunyi. Pintu itu buka—saya berdiri di situ seperti seekor arnab yang takut—dan Makcik Carol, tanpa berkata apa-apa pun, memeluk saya. Dia, seorang yang tidak beranak diri sendiri, faham—hati pembelanya faham—bahawa saya perlu satu tempat yang selamat. Saat itu menyenangkan hati dan manis! Rasa takut sudah hilang, dan saya berasa saya berada di satu tempat rohani yang selamat.
Kasih sayang ialah tindakan untuk meluangkan satu tempat dalam kehidupan anda untuk orang lain, seperti Makcik Carol buat untuk saya.
Para ibu luangkan tubuh badan mereka untuk membela seorang bayi yang belum dilahirkan, dan semoga juga luangkan satu tempat dalam hati mereka semasa mereka membesarkan anak-anak mereka, tetapi pembelaan tidak hanya terhad kepada melahirkan anak-anak. Hawa dipanggil “ibu” sebelum dia beranak.4 Saya percaya bahawa “untuk menjadi ibu” bererti “untuk memberi hidup.” Fikir tentang banyak cara anda boleh “memberi hidup”. Mungkin ia bererti memberi hidup emosi kepada seorang yang tidak berharapan atau memberi hidup rohani kepada seorang yang ragu-ragu. Dengan bantuan Roh Kudus, kita boleh menyediakan satu tempat penyembuhan emosi bagi orang yang didiskriminasikan, orang yang ditolak, dan orang asing. Dalam cara-cara yang halus dan berkuasa ini, kita membina kerajaan Tuhan. Para saudari, kita semua datang ke bumi dengan kurnia keibuan, kurnia memberi hidup, dan kurnia membela kerana ini rancangan Tuhan.
Mengikut rancangan-Nya dan menjadi seorang pembina kerajaan memerlukan pengorbanan yang tidak mementingkan diri. Elder Orson F. Whitney tulis: “Semua yang kita derita dan tahan, terutamanya semasa kita menahan dengan sabar, … menyucikan hati kita dan membuatkan kita lebih halus dan lebih bermurah hati. … dan melalui … kesusahan dan kesengsaraan, kita memperolehi pendidikan … yang akan membuatkan kita lebih seperti Bapa dan Ibu kita di Syurga.” 5 Cubaan-cubaan yang menyucikan ini membawa kita kepada Kristus, yang boleh menyembuhkan kita dan membuatkan kita berguna dalam kerja keselamatan.
Membina Kerajaan melalui Ucapan dan Kesaksian
Kita juga membina kerajaan apabila kita berucap dan memberi saksi tentang kebenaran. Kita ikut pola Tuhan. Dia berfirman dan mengajar dengan kuasa dan wewenang Tuhan. Para saudari, kita boleh juga. Wanita suka berbual-bual dan berhimpun! Ketika kita melaksanakan tanggungjawab kita dari wewenang imamat, perbualan dan perhimpunan kita menjadi pengajaran Injil dan bimbingan.
Sister Julie B. Beck, bekas presiden umum Lembaga Pertolongan ajar: “Keupayaan untuk menjadi layak, menerima, dan bertindak pada wahyu peribadi ialah satu kemahiran yang paling penting yang boleh diperolehi dalam hidup ini. … Ia perlukan satu usaha yang besar.”6
Wahyu peribadi datang dari Roh Kudus akan medorong kita untuk belajar, berucap, dan bertindak berdasarkan kebenaran abadi—kebenaran Tuhan. Apabila kita lebih mengikut Kristus, kita akan lebih merasa kasih dan arahan-Nya; lebih kita merasa kasih dan arahan-Nya, lebih kita ingin bersuara dan mengajar kebenaran seperti yang Dia lakukan, mahupun pada masa kita menghadapi pertentangan.
Beberapa tahun dahulu, saya berdoa demi kata-kata untuk mempertahankan keibuan apabila saya menerima satu panggilan telefon tanpa nama.
Pemanggil itu tanya, “Andakah Neill Marriott, ibu yang ada satu keluarga yang besar?”
Saya jawab dengan riang, “Ya!” menjangkakan bahawa dia akan kata, Baik sekali!”
Tetapi tidak! Saya tidak akan lupa suaranya yang membalas: “Saya sangat tersinggung bahawa anda bawa kanak-kanak ke dunia yang terlalu penuh sesak ini!”
“Oh,” saya tergagap-gagap, “Saya faham perasaan anda.”
Dia balas dengan marah, “Tidak—anda tidak faham!”
Kemudian saya merengek,“Mungkin saya tidak faham.”
Dia mula berucap dengan marah tentang pilihan bodoh saya untuk menjadi seorang ibu. Semasa dia berucap, saya mula berdoa demi bantuan dan satu fikiran halus datang ke minda saya: “Apakah yang akan Tuhan kata kepada dia?” Saya rasa saya mendapati kekuatan dan keberanian apabila saya fikir tentang Yesus Kristus.
Saya membalas, “ Saya gembira untuk menjadi seorang ibu, dan saya janji anda saya akan lakukan segala dalam kuasa saya untuk membela anak-anak saya supaya mereka akan buatkan dunia ini satu tempat yang lebih baik .”
Dia jawab, “Saya harap anda buat demikian!” dan mengakhirkan perbualan kami.
Itu bukan satu perkara yang besar—saya hanya berdiri dalam dapur saya! Tetapi dalam cara kecil saya, saya boleh bersuara untuk mempertahankan keluarga, ibu, dan pembela kerana dua perkara: (1) saya faham dan percaya kepada ajaran Tuhan, dan (2) saya berdoa demi kata-kata untuk menyampaikan kebenaran ini.
Menjadi berbeza daripada dunia ini akan datangkan kritikan, tetapi kita mesti memegang kepada asas-asas abadi dan bersaksi tentang mereka, tidak kira apa pun jawapan dunia.
Apabila kita tanya diri sendiri, “Apakah yang harus kita lakukan?” Marilah kita merenungkan soalan ini: “Apa yang terus Juruselamat lakukan?” Dia membela. Dia mencipta. Dia menggalakkan perkembangan dan kebaikan. Wanita dan saudari, kita boleh lakukan perkara-perkara ini! Gadis Sekolah Primer, adakah seorang dalam keluarga anda yang perlukan kasih sayang dan kebaikan hati anda? Anda membina kerajaan dengan membela orang lain juga.
Penciptaan bumi oleh Juruselamat di bawah arahan Bapa-Nya ialah satu tindakan pembelaan. Dia berikan satu tempat bagi kita untuk berkembang dan membina iman dengan kuasa tebusan-Nya. Iman kepada Yesus Kristus dan Penebusan-Nya ialah tempat sembuh dan harapan, tempat perkembangan dan tujuan. Kita semua perlu satu tempat rohani dan jasmani. Kita, saudari dari pelbagai usia, boleh ciptakan tempat ini; satu tempat yang kudus.
Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk menjadi wanita yang mengikut Juruselamat, yang membela dengan inspirasi, dan mematuhi kebenaran tanpa ketakutan. Apabila kita tanya Bapa di Syurga untuk membuatkan kita pembina kerajaan-Nya, kuasa-Nya akan datang kepada kita dan kita akan tahu cara untuk membela, dan akhirnya menjadi seperti ibu bapa syurgawi kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.