Dia Meminta Kita Untuk Menjadi Tangan-Nya
Pelayanan seperti Kristus yang benar adalah tidak mementingkan diri sendiri dan bertumpu kepada orang lain.
“Saling mengasihi; sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu.”1 Kata-kata ini, dinyanyikan oleh koir agung ini, dikatakan oleh Yesus beberapa jam sebelum pengorbanan penebusan-Nya—satu pengorbanan yang digambarkan oleh Elder Jeffrey R. Holland sebagai “manifestasi cinta yang murni yang paling megah yang pernah ditunjukkan dalam sejarah dunia ini.”2
Yesus bukan sahaja mengajar kita mengasihi, tetapi Dia hidup apa yang dia ajar. Sepanjang pelayanan-Nya, Yesus “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik”3 dan “memohon semua untuk mengikuti contoh-Nya.”4 Dia mengajar, “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati: tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati.”5
Presiden Thomas S. Monson, yang memahami dan hidup peringatan untuk mengasihi, berkata: “Saya percaya bahawa Juruselamat sedang memberitahu kita bahawa kecuali kita kehilangan diri dalam pelayanan kepada orang lain, terdapat sedikit maksud di dalam hidup kita. Mereka yang hanya hidup untuk diri sendiri akhirnya akan menjadi layu dan … kehilangan hidup mereka, manakala mereka yang kehilangan diri dalam pelayanan kepada orang lain akan bertumbuh dan berkembang—dan akan menyelamatkan diri mereka.”6
Pelayanan seperti Kristus yang benar adalah tidak mementingkan diri sendiri dan bertumpu kepada orang lain. Seorang wanita yang menjaga suaminya yang sakit menjelaskan, “Jangan memikirkan kerja anda sebagai satu beban; fikirkannya sebagai satu peluang untuk belajar maksud cinta sejati.”7
Berucap di devotional BYU, Sister Sondra D. Heaston menanya: “Bagaimana jika kita boleh melihat ke dalam hati satu sama lain? Adakah kita akan memahami satu sama lain lebih baik? Dengan merasai apa yang orang lain rasai, melihat apa yang orang lain lihat, dan dengar apa yang orang lain dengar, adakah kita akan buat, dan mengambil, masa untuk melayan orang lain, dan adakah kita akan melayan mereka dengan cara yang berbeza? Adakah kita akan melayan mereka dengan lebih kesabaran, lebih kebaikan hati, dan lebih toleransi?”
Sister Heaston berkongsi satu pengalaman daripada masa dia melayan di kem Remaja Puteri. Dia berkata:
“Salah satu … pengucap devotional kita … mengajar kita tentang bagaimana ‘menjadi.’ Salah satu kenyataannya … adalah, ‘Jadilah seorang yang menjangkau untuk mengetahui dan melayan orang lain—buang cermin dan lihat melalui tingkap.’
“Untuk membuat demonstrasi ini, dia memanggil seorang remaja puteri dan meminta remaja puteri itu berdiri menghadapnya. [Dia] kemudian membawa keluar satu cermin dan meletakkannya di antara remaja puteri itu dan dirinya supaya dia, [pengucap], melihat ke dalam cermin semasa dia cuba bercakap dengan remaja puteri itu. Seperti yang diramalkan, perbualan itu tidak efektif atau ikhlas. Ini adalah objek pengajaran yang sangat berkesan yang menunjukkan betapa susahnya untuk berkomunikasi dengan atau melayan orang lain jika kita terlalu mementingkan diri kita dan hanya melihat diri kita dan keperluan kita. [Dia] kemudian mengalihkan cermin itu, mengambil keluar satu bingkai tingkap, dan meletakkannya di antara mukanya dan muka remaja puteri itu. … Kita boleh melihat bahawa remaja puteri itu menjadi tumpuannya dan bahawa pelayanan yang benar memerlukan kita fokus kepada keperluan dan emosi orang lain. Sering kali kita sangat bimbang tentang diri sendiri dan kehidupan sibuk kita—apabila kita melihat ke dalam cermin pada masa mencari peluang untuk melayan—kita tidak boleh melihat dengan jelas melalui tingkap pelayanan.”8
Presiden Monson sering kali mengingatkan kita bahawa kita “di kelilingi oleh mereka yang memerlukan perhatian kita, galakkan kita, sokongan kita, hiburan kita, dan kebaikan kita—sama ada mereka ahli keluarga, kawan, kenalan, atau orang asing.” Dia berkata, “Kita adalah tangan Tuhan di bumi, dengan mandat untuk melayan dan mengangkat anak-anak-Nya. Dia bergantung kepada setiap seorang daripada kita.”9
Tahun lalu di Januari, majalah Friend dan Liahona menjemput kanak-kanak di seluruh dunia untuk mengikut nasihat Presiden Monson—untuk menjadi tangan Tuhan. Kanak-kanak dijemput melaksanakan tindakan pelayanan—besar dan kecil. Mereka kemudian digalakkan untuk mengesan tangan mereka pada sehelai kertas, potong, tulis cara mereka melayan, dan hantar kepada majalah. Kebanyakan anda yang dengar pada malam ini mungkin adalah antara ribuan kanak-kanak yang berbuat demikian.10
Apabila kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengasihi dan melayan orang lain semasa muda, mereka menetapkan corak pelayanan untuk sepanjang kehidupan mereka. Sering kali kanak-kanak mengajar kita bahawa untuk menunjukkan kasih sayang dan pelayanan tidak perlu menjadi sesuatu yang besar dan hebat untuk menjadi bermakna dan membuat perbezaan.
Seorang guru Sekolah Primer berkongsi contoh yang seterusnya. “Hari ini,” dia berkata, “kelas umur lima dan enam tahun kita telah buat rantai kasih. Setiap anak melukis gambar pada jalur kertas: satu mengenai diri sendiri, satu mengenai Yesus, dan beberapa mengenai ahli keluarga dan orang kesayangan. Kita meletak gam pada jalur untuk membuat bulatan yang bergelung melalui satu sama lain untuk membuat satu rantai yang dijadikan rantai kasih. Ketika mereka melukis, kanak-kanak bercakap mengenai keluarga mereka.
“Heather berkata, ‘Saya berfikir adik saya tidak mengasihi saya. Kita selalu bergaduh. … Saya benci diri saya. Saya mempunyai hidup yang buruk.’ Dan dia meletakkan kepalanya di dalam tangannya.
“Saya berfikir tentang keadaan keluarganya dan berasa mungkin dia benar-benar mempunyai kehidupan yang susah. Tetapi selepas Heather berkata demikian, Anna, di hujung meja, menjawab, ‘Heather, saya akan meletakkan kamu di antara saya dan Yesus kerana Dia mengasihi kamu dan saya mengasihi kamu.’
“Ketika Anna mengatakan itu, Heather merangkak di bawah meja untuk mencapai Anna dan memeluknya.
“Pada penghujung kelas, ketika neneknya datang untuk menjemputnya, Heather berkata, ‘Tahu tak, Nenek? Yesus mengasihi saya.’”
Apabila kita menjangkau dengan kasih dan melayan walaupun dalam cara yang paling kecil, hati berubah dan dilembutkan apabila orang lain merasai kasih sayang Tuhan.
Kadangkala, kerana terdapat ramai orang di sekelilingi kita yang memerlukan bantuan daripada beban, ia boleh menjadi sukar untuk memenuhi pelbagai keperluan mendesak.
Saudari, sebahagian anda yang mendengar mungkin menghampiri keupayaan dalam pelayanan keperluan ahli keluarga. Ingatlah, dalam rutin dan kerja-kerja biasa itu, anda “berada dalam pelayanan Tuhanmu.”11
Sebahagian anda yang lain mungkin merasa kekosongan yang boleh diisi apabila anda mencari peluang untuk membantu mengurangkan beban orang lain dalam kejiranan atau komuniti anda.
Kita semua boleh memasukkan beberapa pelayanan ke dalam kehidupan harian kita. Kita hidup di dunia yang dipenuhi perbalahan. Kita memberi pelayanan apabila kita tidak mengkritik, tidak gosip, berhenti menghakimi, memberi senyuman, mengucapkan terima kasih, dan apabila kita sabar dan baik hati.
Pelayanan yang lain mengambil masa, perancangan teliti, dan tenaga tambahan. Tetapi ia adalah bernilai untuk setiap usaha kita. Mungkin kita boleh mula dengan menanya diri kita soalan-soalan ini:
-
Siapa di dalam lingkaran pengaruh saya yang boleh saya bantu hari ini?
-
Apakah sumber dan masa yang saya ada?
-
Dalam cara apakah saya boleh menggunakan bakat dan kemahiran saya untuk memberkati orang lain?
-
Apakah yang boleh kita buat sebagai keluarga?
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:
“Anda mesti buat … apa yang pengikut Kristus buat dalam setiap zaman keagamaan: berunding bersama-sama, gunakan semua sumber yang sedia ada, dapatkan inspirasi Roh Kudus, tanya Tuhan untuk pengesahan-Nya, dan kemudian gulung lengan baju anda dan pergi kerja.
“Saya bagi anda satu janji,” dia berkata. “Jika anda mengikut corak ini, anda akan menerima bimbingan yang tertentu untuk mengetahui siapa, apa, bila, dan di mana semasa memberi di dalam cara Tuhan.”12
Bila-bila masa saya berfikir tentang apabila Juruselamat akan datang lagi, saya berfikir tentang lawatan-Nya kepada orang Nefi apabila Dia menanya:
“Adakah sesiapa yang sakit di kalanganmu? Bawalah mereka ke mari. Adakah kamu mempunyai sesiapa pun yang lumpuh, atau buta, atau tempang, atau lumpuh, atau berpenyakit kusta, atau yang mati rasa, atau yang tuli, atau sengsara dalam apa cara sekali pun? Bawalah mereka ke mari dan Aku akan menyembuhkan mereka, kerana Aku memiliki rasa kasihan kepadamu; hati-Ku dipenuhi dengan belas kasihan. …
“… [Juruselamat] menyembuhkan mereka semuanya.”13
Untuk sekarang, Dia meminta kita untuk menjadi tangan-Nya.
Saya telah mengetahui bahawa ia adalah kasih Tuhan dan jiran yang memberi makna kepada kehidupan. Semoga kita mengikuti contoh Juruselamat kita dan peringatan-Nya untuk menjangkau kepada orang lain dengan kasih sayang.
Saya bersaksi kepada realiti janji Presiden Henry B. Eyring “bahawa jika [kita akan] menggunakan kurnia [kita] untuk melayan orang lain, [kita akan] merasai kasih sayang Tuhan untuk orang itu. [Kita akan] juga merasai kasih sayang-Nya untuk [kita].”14 Dalam nama Yesus Kristus, amin.