“Agar Aku boleh Menarik Semua Orang Kepada-Ku”
Apabila kita mendekati Tuhan, kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus akan wujud dalam kehidupan kita.
MSaudara saudari yang dikasihi, ketika kami tinggal di Afrika, saya meminta nasihat daripada Elder Wilford W. Andersen, ahli Tujuh Puluh berkenaan bagaimana untuk membantu Orang Suci yang kemiskinan. Pandangan hebat yang dia telah kongsikan ialah: “Semakin jauh perhubungan pemberi dan penerima, semakin penerima akan berasa keberhakan.”
Prinsip ini dasar sistem kebajikan Gereja. Apabila ahli-ahli tidak dapat memenuhi keperluan diri, pertamanya perlu merujuk kepada keluarga sendiri. Kemudiannya, jika perlu, mereka juga boleh merujuk pemimpin-pemimpin Gereja tempatan mereka untuk bantuan keperluan duniawi.1 Ahli keluarga dan pemimpin Gereja tempatan adalah orang yang paling peka bagi mereka yang berkeperluan, sering kali pernah menghadapi situasi yang sama, dan faham bagaimana untuk memberi bantuan yang terbaik. Kerana kerapatan dengan pemberi, mereka yang menerima bantuan menurut corak ini berasa bersyukur dan biasanya tidak akan berasa keberhakan.
Konsep—“Semakin jauh perhubungan pemberi dan penerima, semakin keberhakan penerima”—juga mempunyai aplikasi rohani yang mendalam. Bapa Syurgawi dan Anak-Nya, Yesus Kristus, Pemberi mutlak. Semakin kita menjauhi Mereka, semakin kita akan merasa keberhakan. Kita mula merasai kita berhak menerima rahmat dan berkat-berkat terhutang kepada kita. Kita cenderung untuk melihat persekitaran, mengenali ketidaksamaan, dan berdukacita—dan juga tersinggung—oleh ketidakadilan yang ditanggapi. Walaupun tahap ketidakadilan melingkungi hal kecil sehinggalah yang amat besar, apabila kita menjauhi Tuhan, ketidaksamaan kecil tampak besar. Kita berasa Tuhan bertanggungjawab untuk membaiki kesemuanya—serta merta!
Perbezaan yang terhasil dari jarak perhubungan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah digambarkan dalam Kitab Mormon di mana terdapatnya perbezaan hebat di antara Nefi dan abang-abangnya, Laman dan Lemuel.
-
Nefi miliki “hasrat yang besar untuk tahu tentang misteri Tuhan, oleh kerana itu, [dia] berseru kepada Tuhan” dan hatinya dilunakkan.2 Di sebaliknya, Laman dan Lemuel berjauhan dari Tuhan—mereka tidak mengenali-Nya.
-
Nefi menerima tugas-tugas tanpa rungutan, tetapi Laman and Lemuel “merungut dalam banyak hal.” Merungut merupakan contoh kitab rengekan kanak-kanak. Kitab suci mencatat bahawa “mereka merungut kerana mereka tidak mengetahui urusan-urusan Tuhan itu yang telah menciptakan mereka.”3
-
Kerapatan hubungan Nefi kepada Tuhan membolehkannya mengenali dan bersyukur atas “belas kasihan” Tuhan.4 Sebaliknya, apabila Laman dan Lemuel lihat berkat yang diterima oleh Nefi, mereka “geram terhadapnya kerana mereka tidak memahami urusan Tuhan.”5 Laman and Lemuel telah melihat berkat-berkat yang diterima sebagai hak dan dengan marahnya menganggap mereka patut peroleh lebih. Mereka menganggap berkat-berkat Nefi sebagai “kesalahan” terhadap mereka. Ini merupakan contoh kitab keberhakan yang tidak puas.
-
Nefi menggunakan iman terhadap Tuhan untuk mencapai apa yang diarahkan.6 Di sebaliknya, Laman and Lemuel, “kerana mereka keras hati, … tidak melihat kepada Tuhan sebagaimana mereka patut.”7 Mereka menganggap Tuhan bertanggungjawab untuk memberi jawapan kepada soalan yang tidak ditanyakan. “Tuhan tidak menjadikannya nyata kepada kami,” mereka berkata, tetapi mereka langsung tidak bertanya.8 Ini merupakan contoh pengkritikan mengejek.
Oleh kerana mereka berjauhan daripada Juruselamat, Laman dan Lemuel merungut, suka berselisih, dan tidak beriman. Mereka terasa kehidupan mereka tidak adil dan mereka berhak menerima rahmat Tuhan. Di sebaliknya, kerana dia telah merapati Tuhan, Nefi sedari bahawa kehidupan adalah tidak adil terhadap Yesus Kristus. Walaupun murni dengan sepenuhnya, Juruselamatlah yang akan paling menderita.
Semakin rapatnya kita kepada Yesus Kristus dari segi minda dan hasrat hati, kita akan lebih bersyukur terhadap penderitaan murni-Nya, kita akan lebih bersyukur terhadap rahmat dan keampunan, dan keinginan untuk bertaubat dan menjadi seperti-Nya. Jarak perhubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus adalah penting, tetapi arah kemajuan kita lebih penting. Tuhan lebih gembira dengan pendosa bertaubat yang sedang cuba mendekati-Nya berbanding dengan mereka yang memuliakan diri, yang suka mencari kesalahan, bagaikan orang Farisi dan jurutulis zaman dulu, yang tidak sedari betapanya mereka perlu bertaubat.9
Ketika kecil, saya menyanyikan nyanyian Krismas Swedia yang memberi ajaran mudah tetapi hebat —mendekati Juruselamat menyebabkan kita berubah. Liriknya berbunyi seperti berikut:
Apabila pagi Krismas tiba
Saya ingin ke kandang,
Di mana Tuhan pada waktu malam
Telahpun berehat di atas jerami.
Betapa baiknya Kau ingin
Untuk datang ke Bumi!
Kini, saya tidak ingin membazirkan
Zaman kanak dalam dosa.
Yesus, kami memerlukan-Mu,
Kamu rakan baik kanak-kanak.
Saya tidak ingin menyedihkan-Mu
Dengan dosa-dosa ku lagi.10
Apabila kita membayangkan diri di kandang Betlehem “di mana Tuhan pada waktu malamnya sudahpun berehat di atas jerami,” kita mudah mengenali Juruselamat sebagai kurniaan daripada seorang Bapa Syurgawi penyayang dan baik hati. Sebalik berasa keberhakan terhadap berkat dan rahmat-Nya, kita membina keinginan kuat untuk berhenti menyedihkan Tuhan.
Tidak kira mana arah atau jarak perhubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, kita boleh pilih untuk berpaling kepada Mereka dan mendekati Mereka. Mereka akan membantu kita. Sepertimana yang dikatakan oleh Juruselamat kepada orang Nefi selepas kebangkitan-Nya:
“Dan Bapa-Ku mengutus-Ku agar Aku boleh diangkat ke atas salib; dan setelah Aku diangkat ke atas salib, agar Aku boleh menarik semua orang kepada-Ku.
“Dan untuk sebab ini Aku telah diangkat; oleh itu, menurut kuasa Bapa Aku akan menarik semua orang kepada-Ku.”11
Untuk mendekati Juruselamat, kita perlu meningkatkan keimanan kita terhadap-Nya, membuat dan menurut perjanjian-perjanjian, dan peroleh Roh Kudus bersama kita. Kita juga perlu bertindak dengan iman, bertindak balas dengan arahan rohani yang diterima. Kesemua unsur-unsur ini datang bersama dalam sakramen. Sememangnya, cara terbaik yang saya ketahui untuk mendekati Tuhan ialah membuat persediaan yang cermat dan mengambil sakramen dengan layak setiap minggu.
Seorang kawan kami dari Afrika Selatan berkongsi bagaimana dia menyedari pekara ini. Ketika Diane seorang penganut baru, dia menghadiri satu cabang di luar Johannesburg. Pada suatu Ahad, sambil dia duduk bersama umat lain, susun atur bilik gereja menyebabkan seorang deakon tidak nampak dia ketika sakramen diberikan. Diane kecewa tetapi tidak berkata apa-apa. Seorang ahli lain perasan dia tertinggal sakramen lalu memberitahu presiden cabang selepas pertemuan itu. Ketika Sekolah Hari Ahad bermula, Diane dipimpin masuk ke sebuah kelas kosong.
Seorang pemegang imamat masuk. Dia melutut, memberkati roti, dan memberikannya sekeping. Dia memakannya. Dia melutut semula dan memberkati sedikit air lalu memberinya sebuah cawan kecil. Dia meminumnya. Kemudiannya, Diane dengan serta merta terfikirkan dua pekara: Pertama, “Oh, dia [pemegang imamat itu] melakukannya khas untuk saya.” Kemudian, “Oh, Dia [Juruselamat] melakukannya khas untuk saya.” Diane merasai kasih sayang Bapa Syurgawi.
Kesedaran bahawa pengorbanan Juruselamat adalah khas untuknya membantu dia berasa rapat terhadap-Nya dan mencipta keinginan yang hebat untuk mengekalkan perasaan itu dalam hatinya. Dia sedar bahawa walaupun dia duduk bersama umat lain untuk mengambil sakramen, perjanjian-perjanjian yang diperbaharui setiap Ahad adalah kepunyaannya sendiri. Sakramen telah membantu—dan akan seterusnya membantu—Diane merasai kuasa kasih ketuhanan, mengenali dorongan Tuhan dalam hidupnya, dan merapati Juruselamat.
Juruselamat memperkenalkan sakramen sebagai yayasan rohani yang tidak boleh diketepikan. Dia berfirman:
“Dan Aku memberi kepadamu satu perintah bahawa kamu haruslah melakukan hal-hal ini [mengambil serta dalam sakramen]. Dan jika kamu akan melakukan hal-hal ini diberkatilah kamu, kerana kamu dibangunkan di atas batu-Ku.
“Tetapi sesiapa di antara kamu yang akan melakukan lebih atau kurang daripada ini tidaklah dibangunkan di atas batu-Ku, tetapi dibangunkan di atas landasan pasir; dan apabila hujan turun, dan banjir datang, dan angin bertiup, dan melanda mereka, mereka akan roboh.”12
Yesus tidak berkata “jika hujan turun, jika banjir datang, dan jika angin bertiup” tetapi “apabila.” Tiada orang yang boleh menghindari cabaran hidup; kita semua memerlukan keselamatan yang diperoleh dari pengambilan sakramen.
Pada hari Kebangkitan Juruselamat, dua pengikut mengembara ke sebuah kampung bernama Emmaus. Kerana tidak dikenali, Tuhan yang telah dibangkitkan itu menyertai perjalanan mereka. Dalam perjalanan itu, Dia mengajar mereka dari kitab suci. Apabila tiba ke destinasi, mereka menjemput-Nya untuk makan bersama.
“Waktu Dia duduk makan dengan mereka, Dia mengambil roti, mengucap berkat, lalu memecah-mecahkannya dan memberikannya kepada mereka.
“Ketika itu terbukalah mata mereka dan mereka mengenal Dia, tetapi Dia lenyap dari tengah-tengah mereka.
“Kata mereka seorang kepada yang lain: “Bukankah hati kita berkobar-kobar, ketika Dia berbicara dengan kita di tengah jalan dan ketika Dia menerangkan Kitab suci kepada kita?
““Lalu bangunlah mereka dan terus kembali ke Yerusalem. Di situ mereka mendapati [Rasul-rasul] berkumpul bersama.”
Kemudian mereka bersaksi kepada Rasul-rasul bahawa “sesungguhnya Tuhan telah bangkit. …
“Lalu kedua orang itu pun menceritakan apa yang terjadi di tengah jalan dan bagaimana mereka mengenal Dia di waktu Dia memecah-mecahkan roti.”13
Sakramen sesungguhnya membantu kita mengenali Juruselamat kita. Ia juga mengingatkan kita berkenaan penderitaan-Nya yang tida berdosa. Jika kehidupan ini adil dengan sepenuhnya, anda dan saya tidak akan dibangkitkan; anda dan saya tidak akan berdiri bersih di hadapan Tuhan. Oleh demikian, saya bersyukur kehidupan tidaklah adil.
Pada masa yang sama, saya boleh menyatakan dengan tegas bahawa, kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, akhirnya, dengan pemahaman abadi dalam segala hal, akan tiadanya ketidakadilan. “Apa-apa yang tidak adil dalam hidup ini boleh diperbaiki.”14 Keadaan kini mungkin tidak akan berubah, tetapi melalui rasa kasihan, kebaikan, dan kasih sayang, kita semua akan menerima lebih daripada yang dilayaki, lebih daripada yang diperolehi, dan lebih daripada apa yang diharapkan. Kita telah dijanjikan “Tuhan akan menghapuskan segala air mata [kita]; dan maut tidak akan ada lagi, tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.”15
Tidak kira di mana pendirian perhubungan anda dengan Tuhan, saya menjemput anda untuk mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, Dermawan Mutlak dan Pemberi segala hal yang baik. Saya menjemput anda untuk hadiri pertemuan Sakramen setiap minggu dan mengambil lambang kudus badan dan darah Juruselamat. Saya menjemput anda untuk merasai Tuhan berdekatan sepertimana Dia telah diperkenalkan, sepertimana Dia terhadap pengikut dahulu, ketika “memecahkan roti.”
Apabila anda berbuat demikian, saya berjanji anda akan rasa lebih rapat kepada Tuhan. Kecenderungan semulajadi untuk merengek, keberhakan yang tidak puas hati, dan keraguan yang bersifat mengejek akan hilang. Perasaan-perasaan tersebut akan diganti dengan perasaan kasih dan syukur yang lebih terhadap kurniaan Bapa Syurgawi iaitu Anak-Nya. Apabila kita mendekati Tuhan, kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus akan wujud dalam kehidupan kita. Dan, seperti pengikut-pengikut yang berada dalam perjalanan ke Emmaus, kita akan mendapati bahawa Juruselamat telahpun sentiasa berhampiran. Dengan sungguhnya saya memberi kesaksian dan bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.