“Sesiapa Yang Menyambut Mereka, Menyambut Aku”
Kita harus mencapai kepada remaja yang merasa keseorangan, tertinggal, atau diluar pagar.
Tuhan mengasihi anak-anak-Nya. Juruselamat berkata, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! … orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Tuhan.”1
Kanak-kanak mendapati diri mereka di dalam pelbagai konfigurasi keluarga yang rumit.
Contohnya, hari ini, lebih dua kali ganda kanak-kanak di Amerika Syarikat tinggal dengan hanya satu ibu atau bapa jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu.2 Dan terdapat banyak keluarga yang kurang bersatu dalam kasih terhadap Tuhan dan kerelaan untuk menaati perintah-Nya.
Dalam kekecohan rohani yang semakin meningkat ini, Injil yang dipulihkan akan terus sambung untuk mengangkat standard, yang ideal, iaitu corak Tuhan.
“Anak-anak berhak dilahirkan di dalam ikatan perkahwinan dan dibesarkan oleh seorang bapa dan seorang ibu yang melunaskan ikrar perkahwinan dengan kesetiaan yang mutlak. …
“Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang mustahak untuk menyayangi serta menjaga satu sama lain dan anak-anak mereka. … ibu bapa mempunyai tugas yang kudus untuk membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan kesolehan, menafkahi mereka dari segi keperluan fizikal mahupun keperluan rohani mereka, dan mengajar mereka untuk menya-yangi serta melayani satu sama lain, [dan] mentaati perintah-perintah Tuhan.”3
Kami mengetahui bahawa terdapat ramai ibu bapa yang baik diseluruh dunia, dalam pelbagai agama,yang menjaga anak mereka dengan kasih sayang. Kami dengan syukur mengakui keluarga di dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang dipenuhi dengan jagaan ibu dan bapa yang telah menukar hati kepada Juruselamat, yang dimeteraikan dengan wewenang imamat, dan juga mempelajari dalam keluarga mereka untuk mengasihi dan mempercayai Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
Pembelaan saya hari ini adalah untuk beratus ribu kanak-kanak, remaja dan pemuda-pemudi yang tidak datang daripada “gambaran keluarga sempurna”. Saya berucap bukan sahaja untuk remaja yang telah mengalami kematian, penceraian atau iman berkurangan ibubapa mereka tetapi juga beribu remaja putera dan puteri dari seluruh dunia yang memeluk Injil tanpa seorang ibu atau bapa untuk ke Gereja dengan mereka.4
Orang Suci Zaman Akhir ini memasuki Gereja dengan iman yang besar. Mereka berharap untuk membina keluarga ideal dalam hidup mereka sendiri pada satu hari nanti.5 Sambil itu, mereka menjadi sebahagian daripada tenaga mubaligh, pemuda-pemudi soleh, dan mereka yang berlutut pada altar untuk memulakan keluarga mereka.
Kami akan terus mengajar corak Tuhan untuk keluarga, tetapi sekarang dengan berjuta keluarga, dan kepelbagaian yang kita ada dalam kanak-kanak Gereja, kita harus lebih bertimbang rasa dan peka. Budaya dan vernacular Gereja kita kadangkala unik. Kanak-kanak Sekolah Primer tidak akan berhenti menyanyi “K’luarga Dapat Kekal Selamanya,”6 Tetapi apabila mereka menyanyi, “Hatiku gembira bila ayahku datang”7 atau “Ayah serta ibu mengajarkan,”8 bukan semua kanak-kanak akan menyanyikan tentang keluarga mereka.
Kawan kami Bette berkongsi satu pengalaman dia alami di Gereja apabila dia berumur 10 tahun. Dia berkata “Cikgu kami mengongsi satu pelajaran tentang perkahwinan bait suci. Dia menanya saya, ‘Bette, ibu bapa kamu tidak kahwin di bait suci, kan?’ [Cikgu saya dan seluruh kelas] mengetahui jawapannya.” Pengajaran cikgu itu bersambung dan Bette membayangkan yang paling teruk. Bette berkata, “Saya menangis bermalam-malam, Apabila saya mempunyai masalah jantung dua tahun kemudian dan fikir bahawa saya akan mati, saya panik, berfikir bahawa saya akan seorang diri selamanya.”
Kawan saya Leif menghadiri Gereja seorang diri. Sekali, di Sekolah Primer, dia di minta untuk memberi ucapan pendek. Dia tidak mempunyai ibu atau bapa di Gereja untuk berdiri di sebelah nya dan menolong dia jika dia lupa ucapannya. Leif berasa takut. Daripada memalukan diri sendiri, dia menjauhkan diri daripada Gereja untuk beberapa bulan.
“Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua …
“Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.”9
Kanak-kanak dan remaja ini diberkati dengan hati yang mempercayai dan kurnia rohani. Leif memberitahu saya, “Saya tahu dalam minda saya bahawa Tuhan adalah Bapa saya dan saya tahu Dia mengetahui saya dan mengasihi saya.”
Kawan kami Veronique berkata, “Apabila saya mempelajari asas-asas Injil dan belajar Kitab Mormon, ia seperti saya mengingati hal-hal yang saya sudah tahu tetapi lupa.”
Kawan kami Zuleika datang daripada Alegrete, Brazil. Walaupun keluarganya tidak warak dalam agama, pada umur 12, Zuleika mula membaca Alkitab dan melawat gereja tempatan, ingin lebih mengetahui tentang Tuhan. Dengan kebenaran ibu bapanya yang keberatan, dia belajar dengan para mubaligh, mendapat kesaksian, dan dibaptiskan. Zuleika memberitahu saya: “Semasa perbincangan, saya ditunjukkan gambar Bait Suci Salt Lake and di ajar tentang tatacara Injil pemeteraian. Mulai dari detik itu, saya mempunyai keinginan untuk satu hari masuk ke dalam rumah Tuhan dan mempunyai keluarga abadi.”
Walaupun situasi duniawi seorang kanak-kanak tidak begitu ideal, DNA rohani kanak-kanak itu adalah sempurna sebab identiti sebenar setiap orang adalah anak lelaki atau perempuan Tuhan.
Presiden Monson pernah berkata: “Bantulah anak-anak Tuhan memahami apa yang tulen dan penting dalam hidup. Tolong mereka membina kekuatan untuk memilih jalan yang akan memastikan mereka selamat ke arah kehidupan abadi.”10 Marilah membuka tangan dan hati kita lebih besar. Remaja-remaja ini memerlukan masa dan kesaksian kita.
Brandon, yang menyertai Gereja di Colorado di sekolah menengah, memberitahu saya tentang mereka yang mencapai kepada dia sebelum dan selepas pembaptisannya. Dia berkata: “Saya berada di rumah-rumah keluarga yang mengikuti Injil. Ia menunjukkan saya suatu standard yang saya rasa keluarga saya pun boleh ikuti.”
Veronique, dilahirkan di Belanda, menghadiri sekolah dengan anak perempuan kami bernama Kristen sewaktu kami tinggal di Germany. Veronique berkata: “Murid sekolah yang merupakan ahli Gereja mempunyai suatu cahaya pada mereka. Saya sedar bahawa cahaya itu datang daripada iman mereka dalam Yesus Kristus dan dengan mengamalkan ajaran-Nya.”
Kawan saya Max dibaptiskan apabila umurnya lapan tahun. Bapanya bukan seorang ahli gereja, dan Max boleh pergi ke gereja atau tidak.
Sebagai seorang remaja, selepas tidak menghadiri Gereja untuk beberapa bulan, Max mempunyai perasaan untuk menghadiri Gereja semula dan bertekad pada satu hari Ahad dia akan kembali. Tetapi azam dia mula lemah apabila dia sampai ke pintu masuk gereja dan perut dia kecut.
Berdiri di depan pintu, adalah uskup baru. Max tidak mengenal dia, dan dia pasti uskup baru itu tidak mengenal Max. Apabila Max datang, muka uskup bersenyuman, dan menghulurkan tangan dan berkata, “Max, sangat bagus dapat melihat kamu!”
“Sambil dia berkata perkataan itu,” Max kata, “satu perasaan menyenangkan datang kepadaku dan saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul.”11
Mengetahui nama seseorang boleh membawa perubahan.
“Dan terjadilah bahawa Dia [Yesus] memerintahkan agar anak-anak kecil mereka harus dibawa [kepada dia]. …
“Dia mengambil anak-anak kecil mereka, satu demi satu, dan memberkati mereka, dan berdoa kepada Bapa untuk mereka.
“Dan apabila Dia telah melakukan ini Dia menangis lagi.”12
Dengan permintaan ibu bapa mereka, remaja yang mengasihi Injil menunggu lama untuk dibaptiskan.
Ibu bapa Emily bercerai apabila dia masih lagi seorang kanak-kanak, dan dia tidak mendapat kebenaran untuk dibaptiskan sehingga dia berumur 15 tahun. Kawan kami Emily bercakap dengan bangga tentang seorang pemimpin Remaja Puteri yang selalu “mencapai dan menolong menguatkan kesaksiannya.”13
Colten dan Preston adalah remaja yang tinggal di Utah. Ibu bapa mereka bercerai, dan mereka belum lagi menerima kebenaran untuk dibaptiskan. Walaupun mereka tidak dapat memberi sakramen, mereka membawa roti setiap minggu. Dan walaupun mereka tidak dapat memasuki Bait Suci untuk melakukan pembaptisan dengan remaja lain sebagai rombongan bahagian nya, dua remaja itu mencari nama keluarga di pusat sejarah keluarga. Pengaruh terbesar dalam menolong remaja kita untuk rasa diperlukan adalah remaja lain yang soleh.
Saya tutup dengan contoh seorang kawan baru, seseorang yang kita jumpa beberapa minggu lalu apabila melawat Misi Zambia Lusaka.
Elder Joseph Sengooba datang daripada Uganda. Bapanya meninggal dunia apabila dia berumur 7 tahun. Pada umur sembilan, bila ibu dan saudaranya tidak dapat menjaga dia, dia berseorangan diri. Pada umur 12, dia bertemu dengan para mubaligh dan dibaptiskan.
Joseph memberitahu saya tentang hari pertama dia di Gereja: “Selepas pertemuan sakramen, Saya fikirkan ia masa untuk pulang ke rumah, tetapi mubaligh memperkenalkan saya kepada Joshua Walusimbi. Joshua beritahu saya bahawa dia akan menjadi kawan saya, dia memberi saya Buku Nyanyian Kanak-Kanak supaya saya tidak ke Sekolah Primer dengan tangan kosong. Dalam Sekolah Primer, Joshua meletakkan satu kerusi bersebelahan dengan dia. Presiden Sekolah Primer menjemput saya ke hadapan dan meminta seluruh Sekolah Primer untuk menyanyikan ‘Aku Anak Tuhan.’ kepada saya, saya rasa amat istimewa.”
Presiden cawangan membawa Joseph ke rumah keluarga Pierre Mungoza, dia itu menjadi rumah dia selama empat tahun berikutnya.
Lapan tahun kemudian apabila Elder Joseph Sengooba memulakan misinya, dia terkejut apabila pelatih dia adalah Elder Joshua Walusimbi, budak lelaki yang membuat dia rasa diterima pada hari pertama di Sekolah Primer. Dan Presiden Misi dia? Dia adalah Presiden Leif Erickson, budak lelaki yang menjauhkan diri dari Sekolah Primer sebab dia takut untuk memberi sebuah ucapan. Tuhan menyayangi anak-anak-Nya
Apabila Kathy dan saya berada di Afrika beberapa minggu lalu, kami melawat Mubji-Mayi, Republik Demokratik Congo. Kerana Gereja tidak cukup besar untuk memuatkan 2,000 ahli Gereja, kita bertemu di luar dibawah penutup plastik yang disokong dengan tiang buluh. Apabila pertemuan bermula, kami boleh melihat banyak kanak-kanak memerhatikan kami, berpaut pada batang besi di luar pagar yang mengelilingi hartanah itu. Kathy berbisik pada saya, “Neil, mahukah kamu menjemput kanak-kanak itu untuk masuk?” Saya bercakap dengan Presiden Daerah Kalonji di atas podium dan meminta dia jika dia boleh menjemput kanak-kanak di luar pagar untuk masuk dan menyertai kita.
Saya terkejut, dengan jemputan Presiden Kalonji, kanak-kanak tersebut bukan sahaja masuk tetapi masuk dengan berlari—lebih daripada 50, mungkin 100 orang—berpakaian comot dan berkaki ayam namun semua dengan senyuman cantik dan muka teruja.
Saya sungguh tersentuh dengan pengalaman ini dan melihatnya sebagai suatu tanda bagi kita unutk mencapai kepada remaja yang berasa keseorangan, tertinggal, atau di luar pagar. Marilah kita berfikir tentang mereka, menjemput mereka, menerima mereka, dan lakukan segala yang kita boleh untuk memperkuatkan kasih mereka kepada Juruselamat. Yesus berkata, “Sesiapa yang menyambut … kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.”14 Dalam nama Yesus Kristus, amin.